BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saintis Berjaya Mengubah Sel Kanser Kembali Menjadi Sel Normal

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,476
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,476
Reaction score
7,475
Points
916
Awards
1
27.12.2024 - Penyelidik dari Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) mengumumkan kejayaan mereka mengubah sel kanser kembali menjadi sel normal. Penemuan mereka ini membuka peluang kepada rawatan baharu yang hanya memusnahkan sel kanser sahaja dalam tubuh pesakit.

Kanser-Kolon-B-950x535.jpg.webp


Rawatan radioterapi yang digunakan sekarang memusnahkan sel normal dan kanser. Penyelidik di KAIST menemukan molekul MYB, HDAC2 dan FOXA2 yang berfungsi sebagai pengawal selia induk proses pembezaan sel dinding usus. Apabila ketiga-tiga molekul ini dihalang pada sel kanser usus, ia berubah semula menjadi sel normal tanpa mendatangkan impak pada sel normal di persekitaran.

Pada waktu ini ujian hanya dilakukan secara digital, eksperimen di tahap molekul dan tikus makmal sahaja. Lebih banyak ujian perlu dijalankan sebelum ia boleh dilakukan pada manusia. Penyelidik akan melakukan lebih banyak kajian dengan harap teknik halangan molekul pengawal selia induk turut boleh digunakan pada kanser di bahagian lain tubuh.

Berita asal https://news.kaist.ac.kr/newsen/htm...esident Kwang,a state resembling normal colon
 
Back
Top
Log in Register