Sahkah surat lulus RM35 juta untuk bina dewan di Pagoh, Ahli Parlimen soal Muhyiddin

CG Sponsors




apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,383
Reaction score
538
Points
121
View attachment 332411

Semalam dapat mesej dari HKL untuk beberapa keperluan. Terus pagi ini hantar keperluan air mineral 100 katon, sabun mandi, shampoo,biskut, keropok, makanan kering untuk dihadiahkan pada frontliner di HKL. Di sini wad kecemasan penuh dengan positif covid yang stage 3 - 5.
Jumpa dengan Pengarah Hospital. Beliau baik tadi sambut dan ucap terima kasih. Siap bagi sijil pada saya. Beliau dari bulan 9 tak balik Sabah jumpa isteri dan keluarga sampai sekarang kerana berkhidmat. Kasihan Dr. Katanya inilah tanggungjawab kami ustaz. Saya kena kuat dan sentiasa ada disini bagi semangat pada frontliner lain. Semoga semua terus kuat yer.
Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew
hari nie dia hntr 500 set kfc & 25 000 face mask kt polis
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,371
Reaction score
1,555
Points
201
'Bina banyak hospital tidak dapat selesaikan masalah Covid-19'
BERNAMA

DR Jemilah. FOTO Arkib NSTP
Putrajaya: Membina lebih banyak hospital tidak akan dapat menyelesaikan masalah Covid-19 sekiranya orang ramai tidak mengubah tingkah laku mereka, kata Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Beliau berkata, dalam menangani pandemik itu, langkah awal perlu bermula dengan orang ramai mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 dan mempengaruhi mereka di sekeliling.


"Kita perlu mengubah tingkah laku kita. Kita perlu membantu, fikirkan petugas barisan hadapan yang berjuang, bekerja keras dan tertekan," katanya dalam sesi webinar bertajuk: Perniagaan Dalam Era Covid19: Menetapkan Semula Senario Perniagaan dengan Covid-19.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang bertindak sebagai moderator pada sesi berkenaan yang turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Associates Sdn Bhd Datuk Seri Idris Jala.

Dr Jemilah juga menzahirkan kebimbangan negara kurang maju mempunyai akses yang terhad kepada vaksin Covid-19 kerana negara-negara kaya membeli lebih daripada yang mereka perlukan.

"Di mana kita akan mendapatkan vaksin kita jika semuanya dimonopoli oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah? Di manakah peluang bagi negara yang kurang maju mendapatkannya?

"Hampir seperti aparteid, yang anda tahu, hanya orang yang memiliki sijil vaksin boleh melakukan perjalanan dan berniaga ketika negara membangun tidak memiliki akses," kata beliau sambil menambah bahawa keadaan itu menuntut penyusunan semula nilai-nilai asas dan kemanusiaan.

Sementara itu, Jala berkata, Covid-19 muncul sebagai cabaran besar bagi perniagaan dengan perangkaan menunjukkan bahawa kira-kira 34,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini ditutup hingga Oktober tahun lalu.

Beliau yang menggesa syarikat supaya mencipta semula diri dengan mempraktikkan ESSA (Eliminate, Simplify, Standardize and Automate - menghapuskan, memudahkan, menyeragamkan dan mengautomasikan), berkata; "Saya selalu memberitahu orang, dalam krisis seperti ini, jangan sia-siakan peluang, orang tahu perlu melakukan ESSA."

"Saya percaya menjadi suatu keperluan bagi setiap syarikat untuk melalui proses ESSA, sementara masih dalam proses sekatan pergerakan," katanya lagi.

Beliau mencadangkan kerajaan dan syarikat mengambil pendekatan secara usaha sama untuk beralih kepada digital dan memberi contoh tahun lepas sahaja, Amazon mencatat kenaikan 34 peratus dalam jualan global kepada US$330 bilion (RM1,334 bilion), manakala Alibaba mencapai jualan US$74 bilion (RM299 bilion) dalam hanya sehari pada November.

"Ini adalah peluang besar bagi Malaysia untuk melonjak ke depan dalam digital, ia tidak boleh dilakukan oleh kerajaan, dengan bersendirian melakukan semua infrastruktur. Syarikat perlu bersama-sama dan mengambil kesempatan ini, daripada meratap tentang Covid-19," katanya.
Dana jasa pon tak berguna waktu kovid ni puan, menteri timbalan menteri banyak pon kes tetap naik.. so tak selesaikan masalah covid gak puan... Apatah lagi bina dewan .. hahah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register