- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 75,891
- Reaction score
- 12,065
- Points
- 1,906
Sahkah surat lulus RM35 juta untuk bina dewan di Pagoh, Ahli Parlimen soal Muhyiddin
January 16, 2021 4:58 PM
Akmal Nasir.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengesahkan surat memaklumkan peruntukan lebih RM35 juta diluluskan bagi membina dewan di Parlimen Pagoh, yang tersebar di media sosial.
Sekiranya surat itu sah, Akmal mempersoalkan kenapa jumlah sebegitu besar untuk membina sebuah dewan di Pagoh, dan apakah kewajaran melaksanakan projek itu ketika negara berdepan wabak.
“Kalau surat ini tidak benar, elok nafikan segera,” katanya di Facebook.
Akmal mengulas gambar sekeping surat yang dikatakan kepada ketua pengarah kerja raya, bertarikh 11 Jan, menyatakan peruntukan sebanyak lebih RM35 juta diluluskan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.
Kesahihan gambar itu masih belum dipastikan dan FMT sedang mendapatkan respons Pejabat Perdana Menteri.
“Kami mohon pencerahan,” kata Akmal, dan menambah keutamaan dana lebih elok diberikan kepada petugas barisan depan atau mengurangkan bebanan rakyat ketika darurat.
Kerajaan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 12 Jan.
www.freemalaysiatoday.com

Akmal Nasir menggesa perdana menteri mengesahkan surat memaklumkan peruntukan lebih RM35 juta diluluskan bagi membina dewan di Parlimen Pagoh.