Saham Top Glove menjunam susulan tuduhan tindas pekerja

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,562
Reaction score
12,177
Points
2,376
Kt obersea.. fb , apple. Kene saman beratus juta sebb mcm2.. kt malaysia company buat duit .. amat disayangi... Heheh.. dunia politk malaysia ni haprak lvl nazak da bro
Rakyat marhaien jugak lah jadi mangsa
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,911
Reaction score
12,067
Points
1,906
Jtk ada saman kan pasal hostel.. ape jadi ye ?? @cek mek molek

tn GamezStar, berita mediamassa update setakat bakal disaman, pastu takde update dah

 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,115
Reaction score
2,600
Points
206
Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda



KUALA LUMPUR: Syarikat pembuat sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Berhad, yakin bakat anak muda tempatan boleh dimanfaatkan untuk membantu syarikat lebih maju ke hadapan.

Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow berkata, atas sebab itu, inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

"Kami berbesar hati kerana turut dapat kerjasama daripada kerajaan. Sebagai sebuah syarikat yang besar, kami memerlukan ramai bakat muda terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan, sains, pemasaran dan lain-lain.

"Kami yakin anak tempatan juga mempunyai kemampuan, kerana itu kami jalankan kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan banyak lagi," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.

Langkah itu juga, kata Lee, adalah salah satu usaha syarikat untuk memastikan keseimbangan antara tenaga kerja tempatan dan luar.

"Sebelum ini kami kurang memberi perhatian kepada aspek pengambilan pekerja. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami sedar hal ini tidak boleh dipandang remeh.

"Tahun lalu, kami ambil lebih 6,000 pekerja tempatan dan kami sasarkan untuk naikkan jumlahnya kepada 12,000 pada tahun hadapan.

"Kami berharap bekerjasama dengan lebih banyak IPT dan sekolah serta kolej teknikal dan vokasional. Anak-anak muda kita perlu tahu yang ada tempat untuk mereka menyumbangkan idea dan tenaga profesional dalam negara.

"Dalam masa yang sama, mereka juga berpeluang untuk memperoleh pengalaman kerja di luar negara kerana Top Glove juga beroperasi di banyak negara lain," ujarnya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register