hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,878
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,878
- Reaction score
- 1,396
- Points
- 201
Sah 10 terbunuh pesawat terhempas atas salji di Alaska
Washington: Serpihan pesawat kecil yang hilang di Alaska ditemui pada Jumaat, di atas ais laut dengan semua 10 orang di dalamnya disahkan terkorban, kata pihak berkuasa.
New York Post melaporkan, jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Mike Salerno berkata, pasukan penyelamat menemui pesawat itu ketika pencarian menggunakan helikopter di lokasi terakhir pesawat dan menurunkan dua penyelamat untuk menyiasat.
Pesawat Cessna Caravan yang membawa sembilan penumpang dan seorang juruterbang berlepas dari Unalakleet sekitar jam 2.37 petang, Khamis dan menuju ke Nome.
Bagaimanapun, pesawat itu terputus hubungan dengan pihak berkuasa kira-kira sejam kemudian.
Pihak berkuasa pada Jumaat berkata, pesawat itu hilang dalam sekelip mata.
Pada Khamis lalu sekitar jam 3.18 petang, pesawat itu mengalami keadaan 'menjunam dan kehilangan kelajuan yang cepat' kata Pegawai Pengawal Pantai AS, Leftenan Komander Benjamin McIntyre-Coble pada Jumaat sebelum serpihan itu ditemui.
"Mengenai kejadian itu, saya tidak boleh membuat spekulasi," katanya.
Pasukan Pengawal Pantai kini menganggap usaha untuk mencari pesawat itu sebagai operasi pencarian dan penyelamatan, kata McIntyre-Coble, sambil menambah beliau tidak tahu sama ada pesawat itu mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan sebelum hilang.
Semua sembilan penumpang adalah dewasa, namun identiti mereka belum diumumkan.
Kejadian pesawat di Alaska ini adalah tragedi penerbangan utama ketiga di Amerika Syarikat dalam tempoh seminggu.
Rabu lalu, sebuah penerbangan American Airlines terhempas ke helikopter Tentera berhampiran Washington.
Dua hari kemudian, sebuah pesawat pengangkutan perubatan terhempas di Philadelphia mengorbankan enam orang di dalam pesawat dan seorang lagi di darat.
Kredit
