BTC USD 28,318.4 Gold USD 1,965.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Safdar ketuai pembayaran MasterCard Asia Tenggara

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Safdar Khan


MASTERCARD mengumumkan pelantikan Safdar Khan mengetuai perniagaan pembayaran Islamik di Asia Tenggara, berkuatkuasa serta-merta.

Menurut kenyataan media, Safdar sebelum ini adalah Pengurus Negara bagi pasaran Malaysia dan Brunei turut dinaikkan pangkat memegang jawatan Pengurus Negara Kumpulan bagi pasaran Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Safdar juga akan terus berkhidmat di Kuala Lumpur, dengan matlamat untuk memacu pertumbuhan dalam kalangan negara-negara terlibat menjelang pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) pada 2015.

“Ketika menyandang jawatan Pengurus Negara bagi pasaran Malaysia dan Brunei, Safdar melakukan pelbagai usaha mengukuhkan hubungan di antara institusi-institusi kewangan utama dan pedagang, selain memainkan peranan penting mengetengahkan MasterCard di dalam sektor pembayaran Islamik.

“Beliau antara lain melancarkan Tabung Haji Debit-i MasterCard, kad debit Islamik bukan perbankan pertama di dunia,” katanya.Sementara itu, Presiden MasterCard Asia Tenggara, Matthew Driver berkata, pihaknya yakin dengan keupayaan Safdar menggalas tanggungjawab baharu untuk terus memimpin dan memacu arah tuju baru penyelesaian pembayaran berasaskan syariah di rantau ini.

“Kami amat yakin dengan peluang besar bagi segmen itu yang akan menampung keperluan gaya hidup Muslim di Asia Tenggara.

“Adalah menjadi komitmen kami untuk menawarkan penyelesaian pembayaran yang selamat, ringkas dan pintar untuk pasaran itu,” katanya.

Safdar menyertai MasterCard pada 2006 selaku Naib Presiden, Akaun Global, Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika, sebelum menyandang tugas semasa sebagai Pengurus Negara untuk pasaran Malaysia dan Brunei serta memegang jawatan Ketua Kawasan, Qatar, Oman dan Kuwait.
 
Top
Log in Register