snowhazel_orange
Legendary Member
- Joined
- May 13, 2008
- Messages
- 10,685
- Reaction score
- 4
- Points
- 115
Oleh SHAH NIZAM OMAR
[email protected]
KUALA LUMPUR - Gadai nyawa ambil barang jatuh!
Itu senario dihadapi pengurusan trek transit aliran ringan (LRT) ekoran tindakan ramai orang sengaja menceroboh trek LRT tanpa memikirkan risiko keselamatan walaupun untuk mengutip barangan yang terjatuh ke atas trek. Perbuatan itu sekali gus menjejaskan perkhidmatan tren.
Ini kerana apabila seseorang itu menceroboh masuk ke trek, tren boleh berhenti secara mengejut dan mengakibatkan penumpang tercedera.
Gejala itu didedahkan Pengurus Kanan Operasi Rel, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), Ismail Abdullah yang memberitahu, kejadian trek diceroboh berlaku hampir setiap hari dan boleh melewatkan perkhidmatan LRT.
"Keseluruhan trek mempunyai jaluran keselamatan dipanggil alat pencegahan pencerobohan (PIES) yang bertindak memberhentikan tren secara mengejut lalu menyebabkan penumpang di dalamnya tercedera.
"Tren akan berhenti sekiranya berat sesuatu objek yang jatuh ke atas PIES melebihi tujuh kilogram, sebab itu kalau telefon atau tiket jatuh ke atasnya ia tidak memberikan sebarang kesan," katanya.
Ismail menambah, berdasarkan statistik aliran Kelana Jaya menunjukkan kes pencerobohan yang ketara meningkat berbanding aliran Ampang iaitu 191 kes bagi 2007 manakala 195 kes pada 2008.
"Namun aliran Ampang tidak menunjukkan kenaikan malah ia turun daripada 12 kes pada 2007 kepada 11 kes pada 2008 disebabkan kedudukan tren aliran tersebut sedikit tinggi berbanding aliran Kelana Jaya," katanya.
sape penah buat? gila cari nahas #:-S

1. pengguna turun ke trek semata-mata untuk mengambil gambar!
2. mereka yang terjun atau turun ke trek berkemungkinan tersentuh trek ketiga berdekatan platform tengah yang membekalkan kuasa elektrik 750 volt untuk tren berfungsi.
3. menyeberang ke platform sebelah mengambil jalan mudah dengan turun ke trek dan memanjat pagar di platform tengah untuk ke seberang. Ini sering berlaku di stesen Pasar Seni.
4. 36% daripada kes pencerobohan trek membabitkan warga asing dan penceroboh kebanyakannya berusia 22 tahun ke atas dan dilakukan terutamanya pada waktu platform lengang.
5. kebanyakan mereka yang turun untuk mengambil gambar di atas trek adalah terdiri daripada warga asing terutama pelancong Arab.
6. gangguan paling serius pada sistem aliran Ampang ialah apabila kabel elektrik dicuri
sape penah buat? gila cari nahas #:-S
Last edited: