BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabotaj rakan niaga sendiri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup bertindak mensabotaj rakan perniagaan sendiri dengan merompak puluhan produk makanan kesihatan bernilai RM30,000 milik rakannya itu selain merosakkan reputasi syarikatnya di kalangan pelanggan tetapnya.

Mangsa, Pang Su Chan, 28, yang juga cacat penglihatan mendakwa mula mengenali lelaki berusia 40-an berkenaan sejak Ogos tahun lalu.

Menurutnya, dia menjalankan urus niaga membekal produk makanan dan buku kesihatan yang diimport dari luar negara bersama seorang rakannya di Kepong sejak 2002.

“Pada 2 Ogos tahun lalu, saya dan rakan mengambil keputusan mengiklankan produk kami di akhbar seluruh negara bertujuan meluaskan pasaran dan jualan.

“Beberapa hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki berasal dari Sabah yang mendakwa mahu bekerjasama untuk membekalkan produk kami kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Menurut Pang, dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan memberi segala bekalan produk diminta lelaki berkenaan dianggarkan bernilai RM15,000.

“Pada hujung Ogos, saya dan rakan yang pulang dari Singapura atas urusan perniagaan terkejut apabila mendapati rumah kami dipecah masuk dan beberapa barangan jualan hilang.

“Apabila bertanyakan perkara itu kepada jiran berhampiran, mereka mendakwa melihat lelaki terbabit memasuki rumah saya dan mengambil semua barangan terbabit yang dianggarkan berjumlah RM15,000,” katanya.

Katanya, dia semakin tersentak apabila dua pelanggannya yang mahu dikenali sebagai Yee, 60, dan Chee, 51, memberitahu lelaki berkenaan menjual produk itu dengan harga lebih murah kepada mereka.
 
Mudahnya percaya pada orang....~X(
 
berhati2 je la.....$$$ smua sngup buat ape jer...:mad::mad::-?
:(scam:(scam:(scam
 
Mudahnya diperbod0hkan....
 
macam2 lah dunia sekarang neh...
 
produk apa yg dia jual?
smpai snggup org curi dan jual blk? :-?

klu aku baik aku curi duit or brng kemas je...
lagi cepat laku dan x berisiko....lepas2 emas dileburkan hbs la trace...
nie jual mknn or ubat....aiseyman...
 
Jahat tul....

Pasni rasa nak bukak perniagaan lintah baru arr sebelah tmpt TT... Ni kira sabotaj x...? :D
 
Back
Top
Log in Register