BTC USD 64,465.4 Gold USD 2,459.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabatoj nasi kandar

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
GEORGETOWN: “Saya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebar khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta orang ramai memboikot Restoran Nasi Kandar Subaidah.

“Sikap tidak bertanggungjawab itu mengundang masalah apabila pihak syarikat terpaksa menanggung kerugian hampir 30 peratus akibat penyebaran SMS itu,” kata Pengerusi Subaidah Holding Sdn Bhd, Syed Azmi Syed Nazir.

Beliau berkata, kiriman SMS dalam bahasa Inggeris itu dikesan berlaku sejak dua minggu lalu yang kononnya memberitahu bahawa pemilik Restoran Nasi Kandar Subaidah adalah bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Katanya, dalam kiriman SMS lain yang dihantar dalam bahasa Inggeris turut menyebut bahawa pemilik Restoran Nasi Kandar Kayu dimiliki Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzil.


“Lebih membimbangkan apabila kenyataan berunsur fitnah dan dipercayai dipengaruhi dengan hasutan ini turut memberitahu apa yang harus dilakukan oleh penerima SMS ini jika mereka adalah masyarakat bukan Islam.


“Penyedaran SMS berbaur fitnah ini sangat mengecewakan kerana ia cuba memecah-belahkan semangat perpaduan antara kaum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Adilfitri 2008 anjuran Hotel Berjaya Georgetown, di sini, kelmarin.

Syed Azmi berkata, penyebaran SMS oleh pihak tidak dikenali itu turut menyebabkan penerima SMS tertanya-tanya mengenai motif dan tujuan sebenar mesej itu disebarkan.

Beliau mendakwa, kerugian yang ditanggung 15 rangkaian Restoran Nasi Kandar Subaidah bukan sedikit, malah menyebabkan pelanggan setianya semakin berkurangan.

Katanya, perniagaan Restoran Nasi Kandar Subaidah adalah perniagaan keluarga yang diterajui Abdul Aziz Abdul Razak dan tidak terbabit dalam campur tangan politik.

“Saya berharap orang ramai tidak percaya dengan kiriman SMS itu kerana ia fitnah semata-mata dan pihak syarikat juga tidak bercadang membuat laporan polis berhubung kiriman SMS itu kerana menganggapnya sebagai fitnah semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ahmad Ismail ketika dihubungi menafikan beliau terbabit dalam mana-mana perniagaan nasi kandar di negara ini.

Beliau berkata, penyebaran SMS itu dipercayai mungkin disebarkan pesaing mereka yang ingin mensabotaj perniagaan Restoran Nasi Kandar Subaidah.

Katanya, perkara seumpama itu boleh berlaku kerana ia tidak seharusnya membabitkan kaum lain kerana tindakan dan perbuatan itu tidak logik, malah cuba merosakkan perniagaan orang lain.

“Saya berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan kiriman SMS seumpama itu,” katanya.

Dunia politik melayu amat unik sampai nak meniaga nasi kandaq pun kena tempiasnya
 
Last edited:
Sponsored Post

aku suka tajuk thread ni... 'sabatoj nasi kandar'.... ingtkn nama kedai baru tadi... Sorry ek tuan tanah..:D:D:D

kalau itu ler nama kedainya memang patut kena sabotaj...

:eek::eek::eek:


tapi nama yang unik memang menarik perhatian orang...dulu kat penang ada satu restoran nama LETS GET FAT

masakan dia memang boleh buat orang GET FAT sebab nak makan banyak and yang paling best dessert SAGO GULA MELAKAnya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register