Sabar, cool dan bersemangat'

CG Sponsors




renazlin

Fun Poster
Joined
Sep 6, 2009
Messages
160
Reaction score
0
Points
10
BAGI tiga graduan terbaik kursus kejururawatan Institut Sains Kesihatan dan Kejururawatan Mahkota, Melaka mereka mempunyai aura seorang jururawat yang menyebabkan pesakit mudah 'jatuh hati' dengan kelembutan wajah dan personaliti yang ditonjolkan.

1)Liaw Mei Ling, 28,
-"Semua pesakit dalam keadaan tertekan. Kita perlu buat mereka sebagai kawan. Jangan sesekali marah mereka. Malah kena lakukan sesuatu supaya mereka nampak kita cool.
-Dari situlah mereka akan meletakkan kepercayaan kepada kita,"
Dia tidak pernah menyimpan rasa geram kepada pesakit, jauh sekali untuk memarahi mereka.

2)G. Vasanthi, 24.
-Dia tidak akan 'memberi muka' kepada mana-mana pesakit yang terlalu agresif."Disebabkan saya kini bekerja di pusat perubatan swasta, jadi pelbagai ragam 'orang korporat' dapat dilihat apabila mereka masuk wad.
-Ada yang baik dan ada juga yang suka memaki hamun," katanya.
-Prinsip Vasanthi juga mudah. Tanpa mengira apa juga latar belakang pesakitnya, apabila berada di pusat rawatan pesakit adalah rakannya. Bahkan, dia menganggap mereka semuanya sama.
-"Saya bertanggungjawab untuk menjaga mereka tidak kira siang atau malam. Mereka sebahagian daripada diri saya hingga ke akhir hayat pun saya mesti jaga mereka," kata anak kelahiran Kedah itu lagi.

3)Che Rohana Che Rosni, 28,
- tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi seorang jururawat.
-"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan beranikan diri untuk sertai bidang ini. Tidak sangka akhirnya bidang ini adalah separuh daripada jiwa saya," katanya.
-Tidak dinafikan, wanita berwajah lembut itu mempunyai daya tarikan tersendiri untuk memujuk pesakit dan tidak hairan dia berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Ditambah pula dia tidak pernah merancang untuk menjadi seorang jururawat profesional.
-"Tiada siapa pernah mendorong saya masuk ke bidang ini dan tidak sangka saya boleh lakukannya," kata ibu kepada seorang anak itu.
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
owh...ingatkan ape td..hehehehehe :)
 

Norfazli

Active+ Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
3,202
Reaction score
88
Points
30
harap adik-adik jururawat ini akan kerja kat swasta
bilangan pesakit tidak ramai
gaji banyak.kurang stress
 
Sponsored Post
Top
Log in Register