Sabah Dalam Peta Pasport Filipina, Wisma Putra Tidak Teragak Ambil Tindakan Tegas

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
27.08.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Luar tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas susulan keputusan Filipina meluluskan rang undang-undang (RUU) baharu memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu sebagai sebahagian peta pasport negara itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan pihaknya juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan sebagai reaksi balas selain tindakan-tindakan yang telah diambil sebelum ini.

"Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar sentiasa memandang serius apa-apa isu berkaitan hak kedaulatan negara, termasuk Sabah, dan kekal konsisten dengan pendirian tegas untuk tidak melayani sebarang tuntutan seperti ini.

"Di kesempatan ini, saya juga mengharapkan agar pemimpin di peringkat negeri atau peringkat Persekutuan tidak mengeruhkan situasi demi kepentingan politik peribadi.

"Kementerian juga akan meneruskan perbincangan dengan kementerian dan agensi lain yang berkaitan, dan juga kerajaan negeri Sabah sebelum memutuskan opsyen-opsyen yang akan dilaksanakan," katanya pada sidang kamar khas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab usul yang dikemukakan Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) berkenaan kelulusan Jawatankuasa Dewan Luar Negara Filipina terhadap RUU tersebut.

Ujarnya, setiap kali kenyataan berhubung isu tuntutan ke atas Sabah timbul, Kementerian Luar mengambil tindakan segera bagi menolak kenyataan-kenyataan tersebut.

Ia termasuk mengemukakan nota bantahan, mengeluarkan kenyataan media atau memanggil Duta Besar Filipina ke Kementerian Luar.

"Tindakan-tindakan sedemikian adalah bertujuan menegaskan pendirian Malaysia terhadap status negeri Sabah," katanya.



Berita asal https://www.astroawani.com/berita-m...tidak-teragakagak-ambil-tindakan-tegas-256971
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Cadangan Sabah Dalam Peta Pasport Filipina Bukan Pendirian Rasmi Negara Itu - Kamarudin

27.08.2020 - Kuala Lumpur, Cadangan memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu ke dalam peta pasport Filipina bukan langkah terbaharu atau pendirian rasmi kerajaan negara itu, menurut Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Kamarudin Jaafar.

Beliau berkata perkara itu merupakan cadangan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Filipina untuk mewujudkan rang undang-undang gantian bagi meminda, mengganti atau memansuhkan Akta Pasport Filipina 1996.

“Kementerian ini sedang memantau rapi perkembangan cadangan Rang Undang-Undang Dewan 6399 oleh ahli Dewan Perwakilan Filipina ini. “Cadangan yang dikemukakan itu bukanlah pendirian rasmi kerajaan Filipina, ia adalah polemik yang sengaja diulang dari ahli politik Filipina bagi tujuan hanya untuk meraih sokongan politik domestik Filipina semata-mata,” katanya ketika menggulung usul Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Ujarnya, kerajaan sedang mempertimbang beberapa opsyen sebagai reaksi balas berdasarkan perkembangan situasi atau status cadangan rang undang-undang itu.

“Kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas. Opsyen yang ada pada kita tidak hanya terbatas kepada tindakan-tindakan yang kita telah ambil sebelum ini (kemuka nota bantahan, mengeluarkan kenyataan media atau memanggil Duta Besar Filipina ke kementerian),” katanya.

Kamarudin berkata negara tidak akan berkompromi dan mengiktiraf sebarang bentuk tuntutan oleh mana-mana pihak asing ke atas Sabah. Beliau turut menegaskan isu tuntutan terhadap Sabah oleh Filipina adalah tidak berasas dan tidak relevan kerana Sabah merupakan negeri dalam Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub dalam laporan Suruhanjaya Cobbold bertarikh 1 Ogos 1962.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada 14 Sept 1963, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia manakala pada 16 Sept 1963, Sabah menyertai Persekutuan Malaysia secara rasmi.

Terdahulu, Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) membawa usul bagi Dewan Rakyat membahaskan isu kemasukan Sabah dan EEZ sejauh 200 batu sebagai sebahagian daripada peta pada muka hadapan pasport Filipina dengan tujuan menekan dan menegaskan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1874232
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Cubaan Filipina Tuntut Sabah Tidak Boleh Di Terima

04.09.2020 - Kuala Lumpur, Cubaan beberapa pegawai Filipina mempersoalkan kedaulatan Malaysia ke atas Sabah tidak boleh diterima, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam soal itu, Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata beliau menyokong usaha kerajaan untuk menegaskan integritinya ke atas kawasan itu kepada semua badan serantau dan antarabangsa.

“Sabah adalah sebahagian Malaysia. Keputusan ini dibuat oleh rakyat Sabah sendiri pada 1963. Rakyat Malaysia bersatu dalam mempertahankan setiap inci daripada kawasan kami,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Anwar berkata dengan situasi pandemik Covid-19 ketika ini, kini bukan masanya untuk berpolitik dan memulakan provokasi.

“Ini merupakan masa untuk memberi tumpuan pada usaha memerangi Covid-19, membantu jutaan keluarga miskin dan golongan tidak berkemampuan yang terkesan oleh krisis ekonomi dan menentukan hala tuju dan masa depan baharu yang lebih aman dan makmur untuk rakyat Malaysia dan Filipina,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/anwar-cubaan-filipina-tuntut-sabah-tidak-boleh-diterima/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,187
Reaction score
11,958
Points
2,376
DEWAN RAKYAT | "Malaysia Akan Pertahankan Sabah Sampai Bila-Bila" - Menteri

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong) menyatakan pendirian tegas kementerian itu bahawa sebarang tuntutan terhadap Sabah tidak akan dilayan. Status Sabah dalam Persekutuan Malaysia adalah sah dan diterima masyarakat antarabangsa.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register