RUU355: Mana lebih utama kita dahulukan, kata menteri agama

CG Sponsors




logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,796
Reaction score
430
Points
91
Bole cuba bentang dlm masa terdekat tapi belum tentu akan disokong oleh org Islam PH. PN perlu dptkan 2/3 MP atau semua kerusi MP Islam/Melayu masa PRU15 utk menjamin RUU355 diluluskan. PH yg didominasi oleh org kafir pasti menentang walaupun takde kena mengena dgn org kafir.
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,507
Reaction score
1,755
Points
206
Bole cuba bentang dlm masa terdekat tapi belum tentu akan disokong oleh org Islam PH. PN perlu dptkan 2/3 MP atau semua kerusi MP Islam/Melayu masa PRU15 utk menjamin RUU355 diluluskan. PH yg didominasi oleh org kafir pasti menentang walaupun takde kena mengena dgn org kafir.
dan org melayu Islam dalam PH pun akan tentang gak sbb kene ikut tuannya
nnt xdapat 10%
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
5m ·

At the time of writing, nobody retweet Article 19 (I guess nobody knows the NGO Article 19), but Malaysiakini gave them full coverage to hit back at the Minister.

What did our Minister do? Correcting Zurairi AR for using the word "harsher" for RUU 355.

And singling out a journalist, even though the Minister is only trying give the right context....IS A HARASSMENT..
according to Zurairi.


1597071096274.png

1597071114199.png

1597071142372.png
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,005
Reaction score
1,371
Points
151
Akta RU355 tu memang patut buat pun
Sbb undang2 hukuman yg sedia ada belum cukup kuat utk menakutkan pesalah islam..da bg ancaman api neraka pun, tak mkn babi arak pun masih mkn duit haram jadah betuiii

walaubagaimanapun kene persiapkan kertas keje betul2, sbb kita tanak nanti apabila kita implement undang2 Syariah boleh menimbulkan fitnah pd dunia islam sendiri..malu kita nanti utk u-turn

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Akta RU355 tu memang patut buat pun
Sbb undang2 hukuman yg sedia ada belum cukup kuat utk menakutkan pesalah islam..da bg ancaman api neraka pun, tak mkn babi arak pun masih mkn duit haram jadah betuiii

walaubagaimanapun kene persiapkan kertas keje betul2, sbb kita tanak nanti apabila kita implement undang2 Syariah boleh menimbulkan fitnah pd dunia islam sendiri..malu kita nanti utk u-turn



Adakah RUU 355 itu hudud?


Nik Fatma Amirah Nik Muhamad

1 Sep 2016, 1:26 pm

Dikemaskini 4 tahun lepas


ULASAN


Akta 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu, ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.


Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.

Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989].

Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.

Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan.

Manakala, buat kali pertama pindaan pada tahun 2016 baru-baru ini dibawa secara usul persendirian oleh yang berhormat anggota parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.


Analogi permit lebuh raya 5 lorong
Usul yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang menimbulkan banyak persoalan.

Oleh itu, Biro Penyelidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil inisiatif memberi kefahaman kepada masyarakat dengan menganjurkan wacana bertajuk “RUU 355: Wajarkah bukan Islam bimbang?” yang bertempat di The Mines 2, Seri Kembangan.

Ia membariskan lima panelis, antaranya felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Madya Dr Shamrahayu, Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee dari Pertubuhan Ikram Malaysia, Mujahid Yusof Rawa (Parti Amanah Negara), Howard Lee (DAP) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS).
Saya bersetuju dengan analogi Dr Zulfakar, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) semasa wacana tersebut:

“Pindaan Akta 355 ini seumpama permit atau lesen untuk membina lebuh raya lima lorong (lima lorong yang memperkasakan lima maqasid syariah).”
Apabila menyebut cadangan pembinaan lebuh raya, terdapat dua pandangan.
Pandangan pertama daripada golongan yang tidak bersetuju untuk membina lebuh raya ini kerana tanahnya akan diambil dan yang pastinya akan ada tol yang membebankan.

Pandangan kedua pula datang daripada golongan yang bersetuju dengan pembinaan lebuh raya kerana akan menjadikan perjalanan lebih laju dan selesa.
Beginilah analoginya untuk pindaan Akta 355 ini. Ada yang tidak bersetuju kerana belum terbukti kesempurnaan proses perancangan dan beberapa isu teknikal untuk pindaan ini.
Proses ke arah pembinaan lebuh raya memerlukan langkah atau perancangan yang sangat rapi, seperti rundingan dengan pemilik tanah, bayaran pampasan yang sewajarnya kepada pemilik tanah, menyediakan pusat rehat dan rawat yang diuruskan dengan baik.

Ia bukan sekadar membina tol dan mendenda mereka yang melanggar peraturan.
Begitu juga untuk pindaan RUU 355 ini – ia memerlukan perancangan yang rapi, rundingan dengan pelbagai pihak dan perlaksanaan dalam suasana yang adil dan jauh daripada fitnah.
Dr Shamrahayu juga ada menyatakan di dalam wacana yang sama bahawa "jangan disebabkan ketidaksempurnaan melaksanakan hukum Islam, Islam difitnah".
Siapa patut bimbang?
Sebenarnya yang sepatutnya bimbang adalah orang Islam, bukannya bukan Islam.

Apabila pindaan ini diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi dan sempurna, ia akan membuka jalan kepada keburukan yang lebih besar.

Nama baik Islam akan tercalar dek kerana sistem keadilan syariah yang tidak teratur dan tidak adil.
Seterusnya, wujud persepsi dari segi ketidakmampuan sistem undang-undang negeri untuk menjalankan hukuman tersebut, terutamanya pada bahagian pendakwaan dan perlaksanaan hukuman,yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.

Di samping itu, ketidaksempurnaan perlaksanaan hukum Islam juga akan mencemari nama baik negara Islam itu sendiri.

Sebagai contoh,perlaksanaan syariah di Pakistan telah menyebabkan mangsa rogol dibicara bawah hukuman zina sehingga mangsa rogol juga dimasukkan ke dalam penjara.

Di negara Sudan, kes terkenal Mahmud Mohd Taha (yang dibunuh kerana pandangan politik yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan syariah).

Ia menggambarkan bukan sahaja kurang kesempurnaan dalam perlaksanaan hukum Islam, tetapi salah guna institusi agama untuk menindas orang yang mereka tidak suka atau menyingkirkan individu tertentu kerana kepentingan politik.
Jadi, jelas bahawa ketidaksempurnaan pelaksanaan hukum Islam akan memberi kesan yang besar.

Yang lebih membimbangkan adalah dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan hukum Islam untuk menyingkirkan individu tertentu disebabkan kepentingan politik.

Ini yang harus kita bimbang dan kita tidak mahu suasana seperti ini terjadi di dalam negara kita ini.
RUU 355 bukan hudud
Dr Zuhdi pula menjelaskan pindaan ini matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memberi ruang kepada profesion kehakiman syariah.
Kenyataan ini jelas bahawa RUU 355 ini bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja, bukannya hudud.

Enakmen jenayah negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang mempunyai hukuman hudud.

Jadi, yang tidak boleh dibantah oleh orang Islam adalah dua enakmen ini dan bukannya RUU ini.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan RUU 355 di bawah Muslim Youth Legal Interest Group (MYLIG), badan sukarelawan yang membantu pelajar Muslim jurusan undang-undang mencapai impian dalam bidang perundangan, mendapati RUU ini bukan hudud.

Ia hanyalah sebuah cadangan perubahan aturan undang-undang yang sangat bersifat prosedural yang melibatkan mahkamah bawah bidang kuasa persekutuan.

Maka, RUU ini bukanlah termasuk hukum Islam substantif yang berdasarkan dalil daripada al-Quran dan Sunnah.

Maka, setiap Muslim boleh memilih untuk menyokong ataupun menolak perubahan aturan ini.

Ini bermaksud jika aturan perubahan undang-undang prosedural ini dibawa dengan perancangan yang rapi, ia wajar disokong, tetapi jika ia mengelirukan pengurusan Mahkamah Syariah, maka ia wajar untuk ditolak dan diganti dengan aturan yang lebih tersusun.

Kenyataan tersebut juga menyebut, “oleh kerana kita dapati RUU 355 ini bukan undang-undang Islam substantif tetapi lebih kepada prosedur, maka semua pihak termasuk bukan Islam juga wajar menyatakan pandangan dalam isi aturan undang-undang ini.

Jika terdapat pihak yang mempunyai cadangan untuk memperkemaskan lagi aturan ini, maka seharusnya kita terima tanpa mengira latar belakang agama.

Apabila meneliti kenyataan tersebut, kita dapat simpulkan bahawa RUU 355 ini bagus kerana ia bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Tetapi yang menjadi kebimbangan adalah dari sudut pelaksanaan, kecukupan fasiliti dan sejauh mana kemampuan sistem undang-undang di peringkat negeri bersedia untuk menjalankan hukuman tersebut.

Cadangan
Sebagai kesimpulan, pertama, perlunya rundingan dan perbincangan dengan banyak pihak, antaranya pihak berkepentingan dalam isu ini, seperti bidang penguatkuasaan, pendakwaan, hakim Mahkamah Syariah, peguam syarie, dan jabatan-jabatan agama untuk memastikan kelancaran proses pindaan akta ini.

Kedua, perlu ada usaha untuk memberi kefahaman sebenar dari sudut perundangan kepada golongan bukan Islam.

Namun, tidak bermakna mereka tidak boleh menyokong atau membantah selepas mereka sudah memahaminya.

Ketiga, perlu memberi penekanan kepada kelengkapan kemudahan dan sistem sokongan sebelum pindaan Akta 355.

Contohnya institusi penjara, pemakaian kaedah pembuktian Mahkamah Syariah yang lebih menyeluruh, memastikan semua daerah mempunyai jumlah hakim syarie yang mencukupi, dan mempersiapkan pelatihan profesional kepada pihak-pihak yang akan terlibat sebagai contoh bahagian pendakwaan, guaman, kehakiman dan pengurusan Mahkamah Syariah.

Keempat, semua pihak perlu berhenti dari mempolitikkan isu ini dan mengelirukan masyarakat umum dengan persepsi yang tidak tepat dengan sudut pandang undang-undang.
Islam sepatutnya perlu dipersembahkan dengan baik, rahmah dan harmoni, bukan sekadar melalui perlaksanaan bidang kuasa mahkamah.

Tetapi juga dalam konteks syariah secara keseluruhan bagi mencapai lima maqasid syariah yang dijanjikan oleh Allah akan membawa kebaikan kepada manusia.

Kita mengharapkan suatu hari nanti syariat Allah mampu tertegak dalam kerangka keadilan dan rahmah. Semoga Malaysia menuju negara rahmah berasaskan maqasid syariah!
NIK FATMA AMIRAH NIK MUHAMAD pelajar sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan aktivis IKRAM Siswa.​


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Nazrul Nazir
1j ·

Mahkamah Tinggi Syariah (hierarki kedua tertinggi untuk Mahkamah Syariah) hanya ada kuasa jatuhkan hukuman tidak lebih daripada penjara 3 tahun, denda maksimum RM5,000, dan enam kali sebatan. Manakala Mahkamah Sesyen (hierarki kedua terendah untuk Mahkamah Sivil) ada kuasa jatuhkan apa sahaja hukuman kecuali hukuman mati. Kenapa? Sebab Akta 355.

Tiba-tiba bila kita kata nak pinda Akta 355, geng liberal badut sarkas kepala dungga kata kita nak "harsher" (beratkan) hukuman Syariah, menyeksa orang, menghukum blablabla.

Di manakah akal fikiran yang telah diberikan oleh Allah SWT jika anda tidak menggunakannya? (Sajat, 20entah)

P/s: Liberal badut sarkas kepala dungga ada akal fikiran ke 😏
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,796
Reaction score
430
Points
91
Undang2 syariah yg lebih ketat akan menjadikan org Islam lebih baik. Sbb tu org kafir menentang (konon2 atas dasar hak asasi kemanusiaan) sbb diorang tak nak org Islam jadi lebih baik. Yg diorang nak org Islam ramai jadi jahat, jadi penentang agama sendiri, byk dlm penjara & pusat pemulihan, berpecah belah dan berada di kelas bawahan.

Sbb tu org kafir ialah musuk Islam yg nyata. Malangnya masih ada org Islam yg sanggup ikut golongan kafir ni menentang saudara sebangsa/seagama.

Nazrul Nazir
1j ·

Mahkamah Tinggi Syariah (hierarki kedua tertinggi untuk Mahkamah Syariah) hanya ada kuasa jatuhkan hukuman tidak lebih daripada penjara 3 tahun, denda maksimum RM5,000, dan enam kali sebatan. Manakala Mahkamah Sesyen (hierarki kedua terendah untuk Mahkamah Sivil) ada kuasa jatuhkan apa sahaja hukuman kecuali hukuman mati. Kenapa? Sebab Akta 355.

Tiba-tiba bila kita kata nak pinda Akta 355, geng liberal badut sarkas kepala dungga kata kita nak "harsher" (beratkan) hukuman Syariah, menyeksa orang, menghukum blablabla.

Di manakah akal fikiran yang telah diberikan oleh Allah SWT jika anda tidak menggunakannya? (Sajat, 20entah)

P/s: Liberal badut sarkas kepala dungga ada akal fikiran ke 😏
 

Faizudin

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
7,623
Reaction score
1,252
Points
151
Kata sokong RUU 355, tapi pi join pertubuhan pengganas LTTE+Komunis. :ROFLMAO:
ramai orang sakit dalam nie :sneaky:
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
5j ·
Dia tweet tag menteri agama. Menteri reply dia kata dia kena harras. Celah mana menteri agama tu harras hang Zurairi Abd Rahman? Tisu sangat jorno Malay Mail ni.

1597105868053.png

1597105878510.png

1597105887257.png

1597105895795.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Lukman Sheriff
1j


Melodrama Raja Drama

Saya tak faham golongan ekstrim liberal kiri ini. Di UK, tiap2 kali nak naik tren tubenya, ada announcement kata “mind the gap”. Ia adalah amaran yang membawa maksud berhati2 menjaga ruang antara keretapi dan platform supaya tidak jatuh di antaranya bila menaiki tube. Kalau tidak dalam erti kata lain mungkin boleh tercedera. Dan ini berkali2 sehari diulang2 setiap kali naik tube.

Walaupun beribu kali diberi amaran, tak pernahlah setahu saya ada mana2 mamat orang putih komplen ini sebagai harassment /gangguan/ugutan. Tak da sesiapa berhati tisu sensitif sangat nak ambil hati. Memalukan nak sensitif sebab seolah tak faham bahasa.

Tetapi liberal kiri kita yang sepatutnya mengagungkan budaya barat sampai Malaysia jadi sensitif. Depa ni kritik orang lain supaya menghormati kebebasan bersuara orang yang mengkritik terutamanya berkaitan ugama islam. Minta orang ramai jangan sensitif sangat. Tuduh orang lain kurang imanlah dan pelbagai label2 kesat.

Tetapi apabila salah seorang dari mereka menulis pasal RUU 355 yang berkaitan agama, dan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menegur baik2 sebagai adik/beradik salah penggunaan perkataan dalam tulisan itu dan suruh berhati2 menggunakan perkataan tersebut (“mind your words”) mereka terus jadi sensitif. Tak boleh tegur. Jadi Raja drama. Kata teguran baik ini sebagai harassment. Dr zul sebut sekali aje bukan macam beribu kali di uk, itu pun jadi harassment. Tiada ugutan keganasan langsung. Cuba lihat lampiran.

Sebenarnya dr zul memberi fair komen. Zurairi boleh sahaja berdebat. Tetapi dia ambil pendekatan macam tak boleh ditegur. Macam dia maksum tak boleh dikritik. Kritikan keatasnya sama macam kritikan ke atas semua wartawan pula. Dan ini satu kesalahan besar dan harassment terhadap kewartawanan. Dia boleh tuduh macam2 Kat orang lain tapi bila kena batang hidung dia, tak boleh langsung. Hipokrit sungguh.

Dan seperti biasa kumpulan CIJ luar negara supportlah apa2 kerja pihak mereka. Depa ni sebenarnya cuba “suppress fair comment tentang press”. Mereka komplen bertahun2 pasal ni terhadap orang lain tetapi mereka boleh buat pula. Kepala bapak golongan ini.

Jadi kalau saya tulis posting ni jadi harassment lah nanti. Patutnya kena ada macam “ipcmc” untuk journalists di malaysia ini. Mereka patut dikawalselia supaya tidak abuse kewartawanan mereka. Mereka boleh tulis macam2 tetapi kta tak boleh buat fair comment pun. Tulisan dia orang boleh menjemput cacian dan makian terhadap seseorang. Tapi tulisan pandangan mereka, tak boleh ada cacian dan makian. Perangai buruk sungguh.

Satu contoh melodrama terbaik oleh seorang Raja drama.


1597191179974.png

1597191187658.png

1597191207871.png

1597191229535.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register