RUU355: Mana lebih utama kita dahulukan, kata menteri agama

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,615
Reaction score
592
Points
81
Tak sabar nmpk geng armada ni RUU, dlu zaman PH nape senyap je..haihhh...bajet islamic la armada pala bana ni..
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
Tak sabar nmpk geng armada ni RUU, dlu zaman PH nape senyap je..haihhh...bajet islamic la armada pala bana ni..
Dunia da terbalik ni
Mcm nak kiamat jd nya

yg tak usul sebok nak ru355
Yg da usul plak kata nanti dulu sabo
Huhuh
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,536
Reaction score
383
Points
51
politik ni mcm roda..ahli politik yg bergerak turun naik..rakyat ni mcm hub tayar..dok tgh2..x gerak mana pon...dok kena pusing mcm tu la...
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,354
Reaction score
552
Points
126
Faiz ‘tiup seruling’ atas arahan siapa? – Shahir

MGF28072019_PC-PEMUDA-GAGASAN-SEJAHTERA40-1-681x453.jpg
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil yang begitu ghairah ‘menembak’ Pas berhubung isu Rang Undang-Undang 355 seolah-olah cuba menangguk di air yang keruh dan menjadi batu api.

Tindakan Faiz itu menimbulkan persoalan memandangkan pada ketika ini fokus negara untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada pandemik Covid-19. Oleh itu, cubaan Faiz untuk menimbulkan isu itu semata-mata mahu menimbulkan persepsi yang kurang enak terhadap Pas.

Ketua Dewan Pemuda Parti Ikatan Malaysia, Shahir Adnan berkata, isu RUU355 bukanlah sesuatu yang asing kerana saban tahun dimainkan oleh pemimpin DAP dan sekarang baton ini sudah diserahkan kepada Amanah.

”Sikap terlalu fokus kepada politik dan terlalu banyak berpolitik berbanding memerintah. Beliau gagal untuk melihat PN kini sibuk memerintah dan memastikan negara terselamat daripada kesan buruk daripada segi ekonomi dan kesihatan umum akibat pandemik Covid-19.

”Benar RUU355 ini adalah penting dan menjadi isu fokus umat beragama Islam di negara kita, tetapi setiap isu ada masa dan ketika yang sesuai untuk diketengahkan.

”Seorang pemimpin yang mengangkat diri sebagai pemimpin masa hadapan untuk Amanah perlu tahu untuk meletakkan sesuatu isu berdasarkan keutamaan. Isu RUU355 adalah penting, tetapi isu Covid-19 dan memulihkan ekonomi adalah lebih ‘time sensitive’,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahir yang menyifatkan tindakan Faiz yang mencetuskan isu ini sebagai peniup seruling sebuah orkestra.

”Seperti sebuah orkestra, pemimpin muda Amanah ini meniup seruling beliau seraya konduktor memberikan isyarat kepadanya. Penuh tekun dan disiplin, seruling ditiup memainkan melodi yang diarahkan – tanpa cacat atau cela.

”Konduktor orkestra tentu bangga mempunyai seorang yang amat setia dan taat seperti saudara Faiz Fadzil ini.

”Penonton dapat melihat bayang konduktor dan gerakan tangan yang penuh emosi dan autoritatif.

”Penonton juga dapat meneka siapa gerangan konduktor tersebut namun wajahnya masih belum dapat ditatap dengan jelas kerana konduktor orkestra ini lebih selesa untuk beroperasi dalam kerahsiaan,” katanya penuh makna. – MalaysiaGazette
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
Suruh PAN buat himpunan ru355 laaa kalu berani ...jgn sembang kari:D
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,536
Reaction score
383
Points
51
Faiz ‘tiup seruling’ atas arahan siapa? – Shahir

View attachment 264209Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil yang begitu ghairah ‘menembak’ Pas berhubung isu Rang Undang-Undang 355 seolah-olah cuba menangguk di air yang keruh dan menjadi batu api.

Tindakan Faiz itu menimbulkan persoalan memandangkan pada ketika ini fokus negara untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada pandemik Covid-19. Oleh itu, cubaan Faiz untuk menimbulkan isu itu semata-mata mahu menimbulkan persepsi yang kurang enak terhadap Pas.

Ketua Dewan Pemuda Parti Ikatan Malaysia, Shahir Adnan berkata, isu RUU355 bukanlah sesuatu yang asing kerana saban tahun dimainkan oleh pemimpin DAP dan sekarang baton ini sudah diserahkan kepada Amanah.

”Sikap terlalu fokus kepada politik dan terlalu banyak berpolitik berbanding memerintah. Beliau gagal untuk melihat PN kini sibuk memerintah dan memastikan negara terselamat daripada kesan buruk daripada segi ekonomi dan kesihatan umum akibat pandemik Covid-19.

”Benar RUU355 ini adalah penting dan menjadi isu fokus umat beragama Islam di negara kita, tetapi setiap isu ada masa dan ketika yang sesuai untuk diketengahkan.

”Seorang pemimpin yang mengangkat diri sebagai pemimpin masa hadapan untuk Amanah perlu tahu untuk meletakkan sesuatu isu berdasarkan keutamaan. Isu RUU355 adalah penting, tetapi isu Covid-19 dan memulihkan ekonomi adalah lebih ‘time sensitive’,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahir yang menyifatkan tindakan Faiz yang mencetuskan isu ini sebagai peniup seruling sebuah orkestra.

”Seperti sebuah orkestra, pemimpin muda Amanah ini meniup seruling beliau seraya konduktor memberikan isyarat kepadanya. Penuh tekun dan disiplin, seruling ditiup memainkan melodi yang diarahkan – tanpa cacat atau cela.

”Konduktor orkestra tentu bangga mempunyai seorang yang amat setia dan taat seperti saudara Faiz Fadzil ini.

”Penonton dapat melihat bayang konduktor dan gerakan tangan yang penuh emosi dan autoritatif.

”Penonton juga dapat meneka siapa gerangan konduktor tersebut namun wajahnya masih belum dapat ditatap dengan jelas kerana konduktor orkestra ini lebih selesa untuk beroperasi dalam kerahsiaan,” katanya penuh makna. – MalaysiaGazette
ni la yg dinamakan "blow job"...
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,254
Reaction score
3,177
Points
201
Pas tidak pernah berhenti perjuang RUU355

KOTA BHARU - Pas menegaskan parti itu tidak pernah berhenti memperjuangkan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau RUU 355 seperti didakwa oleh sesetengah pihak.


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, cuma buat masa ini parti itu memutuskan untuk memberikan keutamaan kepada usaha membendung koronavirus (Covid-19) dan pemulihan ekonomi kesan wabak itu.

"Kita tidak pernah lari dari matlamat asal dan pembentangan RUU355 itu sudah dilakukan sebelum ini di Parlimen. Ketika ini adalah masa untuk proses seterusnya iaitu dibentangkan sekali lagi di Parlimen dan kemudian dibahaskan.

"Masanya akan sampai jadi kita pakat-pakat tunggu lah. Keutamaan kita hari ini ialah untuk lawan Covid-19 dan pulih ekonomi," katanya selepas menjawab pertanyaan berkaitan pelaksanaan RUU 355 yang merupakan salah satu agenda Pas sebelum menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan hadir ke Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd Amar menambah, proses tersebut dilaksanakan mengikut sistem perundangan yang betul dan Pas sedia menunggu untuk tempoh yang lama asalkan ia dapat dilaksana dengan sebaik mungkin.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...tik/Pas-tidak-pernah-berhenti-perjuang-RUU355
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)
12m ·
PARLIMEN | Sejumlah proses melibatkan pelbagai pihak perlu dilalui sebelum ia dapat dibentang secara tertib berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Dr Zulkifli Mohamad.

1597061918303.png


Menteri: Saya harap RUU355 dapat direalisasi sebelum saya mati
Diterbitkan Hari ini 7:55 pm

Dikemaskini Hari ini 8:00 pm

PARLIMEN | Kerajaan perlu melalui sejumlah proses yang melibatkan pelbagai pihak sebelum dapat membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau lebih dikenali sebagai RUU 355, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad.

Berucap dalam sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Zulkifli menjelaskan setiap proses tersebut perlu diikuti agar pindaan tersebut dapat dibentang secara tertib dan teratur berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Ia perlu dibincangkan dalam jawatankuasa undang-undang syarak dan sivil yang ditubuhkan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi menilai dan menyeragamkan segala pindaan dan penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam.

"Kerajaan perlu beri ruang dan masa yang wajar kepada jawatankuasa untuk meneliti cadangan dan berunding dengan negeri-negeri," katanya.

Selepas itu, kata Zulkifli, rundingan dengan pihak pentadbiran agama di setiap negeri perlu dibuat agar RUU tersebut "menjadi undang-undang yang mantap dan menyeluruh serta mewakili aspirasi semua negeri".

Antara pihak pentadbiran negeri yang perlu terlibat dalam rundingan tersebut ialah majlis agama Islam, mahkamah syariah jabatan pendakwaan syariah, jabatan agama Islam, pejabat mufti dan pejabat penasihat dan undang-undang.

"Pihak-pihak inilah yang akan terkesan secara langsung dengan penggubalan akta ini," katanya lagi.

RUU itu dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Presiden PAS merangkap Anggota Parlimen Marang Abdul Hadi Awang, sebagai RUU persendirian. Perbahasan berkenaannya ditangguhkan dan versi yang disemak semula dibentang pada November 2016 dan April 2017.

Setakat ini, RUU 355 tersebut hanya baru di peringkat mengemukakan usul sahaja tanpa perbahasan.

e2a29e8747655a91e06550c461ab9e8f.jpg
Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) kemudian mencelah dan menyatakan persetujuannya dengan jawapan yang diberikan yang menurutnya "realistik dan berpijak di bumi nyata".

Bagaimanapun dia meminta menteri agar memberikan satu tempoh masa untuk RUU tersebut dibentang.

"Saya tiada khilaf sama sekali untuk menerima (jawapan yang diberikan). Masalah berlaku kalau ada kalangan yang merasakan 'aku sahaja betul, kamu sanggah kamu keluar akidah'," katanya tanpa merujuk mana-mana pihak.

Bagaimanapun RUU tersebut merupakan antara isu utama antara PAS - pihak yang membawa perkara itu - dengan PH sebelum ini, terutama dengan parti serpihannya, Amanah.
Meneruskan jawapannya, Zulkifli berkata selepas segala proses yang dinyatakannya itu selesai, RUU tersebut perlu dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

"Sebaik sahaja semua proses dan tertib ini selesai, dilaksanakan mengikut lunas undang-undang, barulah pindaan itu (RUU) boleh dibentang bila tiba masa yang sesuai.
"Saya harap - insya-Allah - ia akan dapat direalisasikan sebelum saya mati," kata bekas mufti Wilayah Persekutuan itu lagi.

Jawapan Zulkifli itu senada dengan jawapan Parlimen oleh timbalannya Ahmad Marzuk Shaary pada 22 Julai lalu bahawa setiap cadangan berkaitan penggubalan undang-undang perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Marzuk berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Anggota Parlimen Tampin, Hasan Bahrom berkenaan sama ada kerajaan berhasrat untuk membentangkan RUU tersebut buat kali kedua, serta bila ia akan dibuat dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa penghukuman mahkamah syariah bagi kesalahan jenayah syariah daripada:
i) Penjara tidak melebihi 3 tahun kepada penjara tidak melebihi 30 tahun.
ii) Denda tidak melebihi RM5,000 kepada Denda tidak melebihi RM100,000.00.
iii) Sebatan tidak melebihi enam kali kepada Sebatan tidak melebihi 100 kali


 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register