RUU355: Mana lebih utama kita dahulukan, kata menteri agama

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,254
Reaction score
3,177
Points
201
RUU 355: Hadi sangkal dakwaan tidak bersedia

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal dakwaan yang menyatakan parti itu belum bersedia sewaktu mencadangkan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

Beliau sebaliknya berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran parti itu iaitu di Terengganu dan Kelantan sudah melaksanakannya melalui peruntukan Enakmen Syariah yang ada.

“Dia mana tahu? Terengganu sudah ada undang-undang. Kelantan pun sudah ada, cuma (tinggal di peringkat) Perlembagaan (Persekutuan) sahaja. Saya difahamkan Negeri Sembilan pun ada juga, Sabah pun ada kalau tak silap saya. Cuma (tinggal) proses Perlembagaan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Exco Agama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Hafiz Salleh Hudin yang menyatakan Pas tidak mempunyai persiapan teknikal dari segi perundangan mahupun hujah agama ketika mencadangkan RUU 355.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi dalam nada bergurau turut menyatakan kenyataan itu dibuat oleh budak (anak muda) yang masih baharu.

“Cuma dia tak baca habis.. budak lagi (anak muda). Dia tak sempat dengan tahun 1990-an. Kita tahun 1990-an sudah selesai (pinda Enakmen Syariah di Terengganu dan Kelantan),” katanya.

Abdul Hadi membentangkan RUU 355 buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 sebagai RUU persendirian, bagaimanapun perbahasan mengenainya ditangguhkan dan versi yang disemak semula dibentangkan pada November 2016 dan April 2017.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa penghukuman mahkamah syariah bagi kesalahan jenayah syariah, namun ia hanya di peringkat mengemukakan usul tanpa perbahasan.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai agihan kerusi antara Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi berkata, rundingan di antara ketiga-tiga parti itu masih berlangsung dan tidak timbul soal negeri idaman parti-parti tertentu.

“Tidak timbul (isu negeri idaman parti-parti tertentu) kerana perbincangan dibuat melibatkan pimpinan tertinggi parti dan bukannya peringkat negeri,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan PN memiliki kaedah dan formula tersendiri dalam mencapai kata putus berkaitan isu agihan kerusi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...l/RUU-355-Hadi-sangkal-dakwaan-tidak-bersedia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
Ikut orang jugak. Ada yang yakin, ada yang tak. Tapi yang join demo RUU355 haritu mesti nak benda ni direalisasikan.
InsyaAllah niat yg baik
Allah akan mempercepatkan
Jgn di tanya bila dan bila As Saah itu
Pasti dtg hehhe

kita pun risau
Statistik beritahu byk pesalah drp org melayu islam
Mungkin sbb api neraka belum kuat sebagai peringatan buat mereka


Dgn adanya hukuman di dunia yg lebih berat drp api neraka, ini dpt memberikan teladan supaya jgn di buat kesalahan

Nanti da takde pesalah islam
Kita cuba plak apply pd non islam

supaya mereka nampak undang2 islam lebih baik drp undang sivil :p

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,254
Reaction score
3,177
Points
201
Kerajaan PN tidak berusaha pinda Akta 355

SHAH ALAM - Pemimpin pembangkang menyifatkan polemik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) yang kini 'bergema' kembali bukanlah untuk diluluskan, sebaliknya untuk digugurkan.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, orang Melayu Islam ternanti-nanti bilakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Pas akan membentangkan RUU 355 tersebut di Parlimen.

Menurutnya, jangkaan orang ramai ternyata meleset apabila Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary memberi jawapan bahawa RUU 355 perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ketika mana hujah ini dibangkitkan dahulu, pakar undang-undang dilabel menentang RUU 355 sehinggakan seorang ulama Pas bersikap takfiri mendakwa sesiapa yang menentang RUU 355 akan ditanam di jirat Cina.

“Apabila disoal tujuan RUU 355 ini adalah untuk pelaksanaan hukum hudud, Pas berdolak-dalik mendakwa RUU ini bagi meningkatkan martabat Mahkamah Syariah. Apakah perasaan ribuan orang Melayu Islam yang hadir ke Himpunan RUU 355 pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur yang ikhlas mahu melihat RUU ini diluluskan.

“Kini, RUU 355 yang dibawa Pas sebelum ini tinggal kenangan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu dalam satu kenyataan hari ini.

Faiz berkata, RUU 355 menjadi titik tolak perpecahan dalam Pas dan Pakatan Rakyat sebelum ini, kononnya Pas serius mahu membentangkan pindaan kepada Akta 355 itu bagi meningkatkan hukuman jenayah syariah.

Bagaimanapun katanya, setelah enam bulan menjadi kerajaan, tiada apa-apa usaha kerajaan PN ke arah itu, sedangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui menteri daripada Amanah telah berjaya meluluskan Akta Profesion Guaman Syarie.

“Bukankah sebagai kerajaan, Pas lebih mudah membentangkan pindaan Akta 355 kerana sudah pasti disokong semua ahli Parlimen PN termasuk MCA dan GPS Sarawak,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...tik/Kerajaan-PN-tidak-berusaha-pinda-Akta-355
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,254
Reaction score
3,177
Points
201
photo_2020-07-25_15-06-55_1595670837.jpg

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari.

Perlu ada tertib sebelum bentang kali kedua, RUU 355 - Ahmad Marzuk

KOTA BHARU: Pembentangan kali kedua Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau RUU 355, perlu mengikut tertib tertentu jika dibawa oleh kerajaan, berbeza dengan pembangkang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari, berkata banyak prosedur perlu dilakukan sebelum pembentangan di Parlimen.

"Antara prosedur atau tertib yang perlu dilakukan adalah mengadakan perbincangan dengan semua negeri dan selepas itu akan dibawa ke Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Proses seterusnya adalah mengangkat perkara berkenaan kepada Majlis Raja-Raja selaku ketua agama negeri dan bagi negeri yang tiada Raja akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebelum ke proses terakhir pembentangan di Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, proses berkenaan semestinya mengambil masa yang agak lama dan

tidak boleh dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas PAS menjadi parti kerajaan.

"PAS sudah berusaha membawa RUU 355 sejak menjadi pembangkang dan kita berjaya meyakinkan kerajaan ketika itu yang memberi laluan supaya dibentangkan RUU.

"Namun selepas bertukar kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, saya membuat semakan tiada usaha langsung dilakukan mereka sebagaimana prosedur yang perlu dilakukan untuk membentangkan RUU 355 buat kali kedua.

"Bila kita mengambil alih tiga bulan, terus mereka bertanya dimana RUU 355, sedangkan sepatutnya mereka tanya apa yang mereka buat selama 22 bulan untuk membolehkan RUU itu dibentangkan," katanya.

Ahmad Marzuk berkata, disebabkan tiada usaha daripada kerajaan terdahulu, pihaknya perlu memulakan usaha itu bermula dari bawah dan akan pastikan perkara itu berjaya.

"Sukar atau tidak untuk melalui proses berkenaan, terpulang kepada parti komponen. Kita jangkakan ia dapat diterima memandangkan RUU 355 sudah lama tidak disemak," katanya.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151

Sy ingat kita kene buat balik la demo himpunan ru355..tp covid la plak huhuh
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,254
Reaction score
3,177
Points
201
RUU355: Saya jawab dalam sesi perbahasan, kata Takiyuddin

KUALA LUMPUR - Isu berkenaan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 akan dijawab pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana perkara itu terlalu panjang untuk diperjelaskan buat masa ini.

"Itu di bawah bidang kuasa (Menteri) agama tapi mungkin saya akan sentuh sikit.

"Nanti (sebab) panjang, tidak boleh (jelas) sedikit sahaja. Saya akan jawab dalam sesi perbahasan," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pelaksanaan RUU355 oleh kerajaan ketika ini.

Ia susulan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata, parti itu yang menjadi sebahagian kerajaan tidak perlu lagi memainkan peranan untuk mendesak dalam sesuatu perkara sebaliknya mengemukakan cadangan termasuklah membabitkan RUU355 itu.

Katanya, apabila menjadi kerajaan banyak perkara yang perlu dilakukan oleh parti itu dalam usaha menjadikan RUU355 satu kenyataan.

Terdahulu, Exco Agama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Hafiz Salleh Hudin menyatakan Pas tidak mempunyai persiapan teknikal daripada segi perundangan mahu pun hujah agama ketika mencadangkan RUU 355.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...a-jawab-dalam-sesi-perbahasan-kata-Takiyuddin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register