RUU355: Mana lebih utama kita dahulukan, kata menteri agama

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896



Malaysiakini (BM Version)
11 min ·
Dr Zulkifli Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan pelaksanaan RUU355.


RUU355: Mana lebih utama kita dahulukan, kata menteri agama
Shakira Buang
Diterbitkan Hari ini 2:55 pm

Dikemaskini Hari ini 3:04 pm



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad berkata pihaknya akan meneliti keutamaan terlebih dahulu berkenaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau RUU355.
“Soalan yang baik. Awal sekali dah tanya soalan tu. Saya tak masuk lagi pejabat.

"(Tapi) Insya-Allah kita tengok yang mana lebih aula (utama) kita didahulukan dulu. Insya-Allah,” katanya dalam sidang media selepas Tausiyah Am agensi agama, di Putrajaya, hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan pelaksanaan RUU355 khususnya di Kelantan dan Terengganu.

RUU355 adalah usul persendirian yang pernah dibawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355) bagi meningkatkan hukuman mahkamah syariah.

Melalui pindaan itu, mahkamah syariah boleh mengenakan hukuman lebih tinggi berbanding penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali pada masa ini.

Pindaan itu mencadangkan seorang pesalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.

Beberapa pihak menganggap langkah tersebut akan membuka pintu kepada pelaksanaan hukum hudud yang dahulu diperjuangkan PAS namun tidak lagi dibangkitkan parti itu ketika ini.



Satu daripada pihak yang menolak cadangan pindaan itu ialah MCA, yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional yang disertai PAS.

Meskipun usul tersebut pernah dibentangkan di Dewan Rakyat namun perbahasan mengenainya ditangguhkan sehingga kini.

Serah isu LGBT pada jabatan berkaitan
Sementara itu, mengulas sama ada pihaknya akan memberi fokus kepada isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Zulkifli berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk dijawab jabatan berkaitan berdasarkan garis panduan ditetapkan.

“Saya sebenarnya nak dan kalau boleh setiap jabatan yang ada kena mengena dengan Yapiem, saya kena serah kepada Yapiem (untuk jawab).

"Yang ada kena mengena dengan Tabung Haji saya akan serahkan kepada Tabung Haji. Tetapi, maklumat itu perlu (sampai) kepada saya dahulu supaya selaras.



“Saya tak nak jawab, jawab dan terus jawab. No way,” tegasnya.

Menurut Zulkifli, ini kerana beliau tidak mahu memberikan maklum balas yang tidak tepat.

“Bab Jakim, Jakim ada. Timbalan (menteri) kita pun ada, tetapi kita nak jawab dengan jawapan yang profesional, tepat, padu dan yang kena pada sasarannya.

“Jadi, tak payah tanya dua, tiga kali macam hibah (Tabung Haji) berapa peratus. Saya pun tak dapat maklumat lagi. Jadi tak kenalah macam itu,” jelasnya.

Datang awal ke tempat kerja
Selain itu, Zulkifli dalam amanat sulungnya sebagai menteri agama menyeru pegawai dan kakitangannya mengubah gaya kerja dengan menetapi masa.

Memetik kata- kata Imam Syafie, beliau berkata, masa ibarat mata pedang.

"Kalau kamu tidak pancung, masa akan pancung kamu. Kalau lambat, pasti ketinggalan.

"Cukuplah stigma orang agama lemah, agensi agama lemah, tidak pandai urus tadbir. Itu bukan cara kita sekarang ini. Datang awal, punch card awal dan siap (kerja) awal," katanya.

Zulkifli turut menggesa jabatan dan agensi di bawahnya menepati masa.

"Sengaja saya tidak percepatkan dan melambatkan masa, seboleh-bolehnya saya ikut tepat masa.

"Janji pukul berapa, sebolehnya tunaikanlah melainkan takdir Allah SWT," katanya yang menegaskan kemajuan dunia pada masa kini bersandarkan kepada kepantasan.

"Tanpa kepantasan, satu kelemahan berlaku. Buat tak ada hasil, malang kita sebagai Islam hendakkan keberkatan," katanya.

Dalam ucapan sulungnya itu, Zulkifli turut melahirkan hasrat memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang cemerlang setiap bulan.

"Setiap bulan jika dipanjangkan umur saya akan diberi hadiah kepada pekerja melebihi sasaran tinggi," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalannya, Marzuk Shaary.

 
Sponsored Post

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,705
Reaction score
2,255
Points
191
Org yg aku sgt sanjung pada era ini kini dah menjadi menteri terpaksa redha.. semoga Allah memberikan kekuatan utk beliau mengurus.. lebih2 lagi dlm menjawab persoalan wartawan yg tricky dan netizen2 yg hnya tau berckp..
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,707
Reaction score
190
Points
73
bidaah yg nyata..org berzina dkenakan denda ribuan ringgit...

mencuri dipenjara...

haa..sambung

p/s: sy bukan wahabi salafiyun..dan bukan mesra wahabi salahpi,hukum ttp hukum
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,070
Reaction score
565
Points
161
Dalam perlaksanaan setiap hukum tak ada yg Islam zalimi,perlaksanaan tu utk kesejahteraan semua secara makro,menyeluruh,holistic,bukan nak target individu.

Fiqh awlawiyat ni penting,cer baca buku Yusuf AlQaradawi.
 
Last edited:

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,994
Reaction score
2,011
Points
191
orang hebat nih..
semoga Allah lindungi dia dari fitnah dunia..
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
647
Reaction score
228
Points
33
Dr Zulkifli ni agamawan yg aku tengok ade character yg tersangat bagus.. dan ade berberapa org lagi lah

statement dia jelas, point dia neutral dan aku harap dia tak terperangkap nanti dgn wartawan media2 jahat yg suka provoke tanya soalan panas lepas tu quote out of contact.. a.k.a fitnah

rakyat msia ni biasa baca tajuk je lepas tu terus judge org, xde nak cross check lps tu dok viral :p
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,358
Reaction score
552
Points
126
terbaik. menteri agama berani sound penjawat awam kaki ngular
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
2,927
Reaction score
211
Points
33
terbaik. menteri agama berani sound penjawat awam kaki ngular
yang kaki ni...kena sound macam mana pun dieorg susah nak berubah...bukan penjawat awam je...mana2 comp pun sama...tegar...kita doakan je la dieorg ni insaf...
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
647
Reaction score
228
Points
33
teringat dulu ade tv3 (rasanya) buat terjah time keje area alamanda

bersepah staff tengah shopping sakan, maybe tgh beli barangan utk majlis opis kot :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register