BTC USD 16,801.4 Gold USD 1,789.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rusuhan bola sepak: 120 maut

thehornbill

Active Member
Messages
1,082
Joined
Dec 31, 2020
Messages
1,082
Reaction score
309
Points
41
Kalau polis disalahkan, lepas ni memang polis biarkan je fan tikam menikam sesama semdiri.
Dilerai salah, ditangkap salah…so biarkan je.

Macam kes anjing berkeliaran la. Bila Majlis tangkap, kata majlis zalim. Bila majlis biarkan, ada budak kena gigit, Majlis di salahkan.
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,583
Points
251
Awards
1
Kalau polis disalahkan, lepas ni memang polis biarkan je fan tikam menikam sesama semdiri.
Dilerai salah, ditangkap salah…so biarkan je.

Ada manusia yg memang sifatnya buas macam haiwan.
Kena ada orang disiplinkan mereka
Tak boleh dibiarkan
Nanti naik lemak
 
Last edited:

thehornbill

Active Member
Messages
1,082
Joined
Dec 31, 2020
Messages
1,082
Reaction score
309
Points
41
Kalau kat Malaysia, Polis dah keluar press conference senarai gambar yang buat rusuhan masatu. Tunggu orang serah diri je.

Dengan kereta perisai terbalik, 2 polis terbunuh, tiba tiba polis pulak salah. Gilosss
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,394
Joined
Jun 28, 2011
Messages
28,394
Reaction score
3,635
Points
261
Awards
1
Dengan kereta perisai terbalik, 2 polis terbunuh, tiba tiba polis pulak salah. Gilosss
Polis dorang takut juga orang ramai merusuh lebih teruk dari yang ni.
 

thehornbill

Active Member
Messages
1,082
Joined
Dec 31, 2020
Messages
1,082
Reaction score
309
Points
41
Kesian juga dari polis indonesia. Rakyat tak puas hati sikit, merusuh. Tak puas hati,merusuh.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,201
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,201
Reaction score
4,932
Points
296
Awards
1
Video Paling Jelas 2 Orang Pertama Turung Ke Padang, Mereka Hanya Ingin Naiki Mental & Motivasi Pemain, Peluk & Kasih Support Langsung Ke Pemain

 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,583
Points
251
Awards
1
Itu pasal jangan mula.
Mula dengan 2 orang.
Lepas tu...semua ikut.
Kalau 2 org tu tak turun, takkan ada yg turun langsung.
 

maxpda

Legendary Member
gem
Messages
10,818
Joined
Jan 15, 2007
Messages
10,818
Reaction score
1,259
Points
201
Video Paling Jelas 2 Orang Pertama Turung Ke Padang, Mereka Hanya Ingin Naiki Mental & Motivasi Pemain, Peluk & Kasih Support Langsung Ke Pemain


Sebab ni je sampai 182 org mati...
Polis pun ade menyumbang untuk angka ni?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,201
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,201
Reaction score
4,932
Points
296
Awards
1
Pintu Pagar Stadium Berkunci Punca Ramai Mati

05.10.2022 - Jakarta, Kelewatan membuka kunci pagar di stadium bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur, Indonesia selepas kekecohan pada penghujung perlawanan, menyumbang kepada peningkatan kematian. Stadium itu penuh sesak petang Sabtu lalu dengan 42,000 ‘Aremania’, atau penyokong Arema FC (Arema), pada perlawanan menentang saingan sengit Persebaya Surabaya (Persebaya). Namun, selepas kekalahan 3-2 Arema, yang pertama di tempat sendiri sejak lebih dua dekad kepada musuh mereka, peminat meluru ke padang untuk berdepan dengan pemain dan pengurusan.

Polis yang bertindak menembak gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong, sebaliknya menyebabkan rempuhan berlaku dan sekurang-kurangnya 131 penyokong termasuk 32 kanak-kanak terkorban. Sehubungan itu, Ketua Polis Malang, Ferli Hidayat, dipecat susulan tragedi itu dan digantikan oleh Putu Kholis Aryana iaitu Ketua Polis Pelabuhan Tanjung Priuk Metro Jaya sebelum ini. Lapor Kompas.com, Ferli pula akan ditugaskan sebagai Perwira Menengah Polisi (Pamen) di Jabatan Bidang Sumber Daya Manusia (SSDM) Polis Republik Indonesia.

“Keputusan ini dibuat oleh Ketua Polis Negara selepas mendapatkan laporan hasil analisis dan penilaian pasukan siasatan khas mengenai tragedi di stadium itu,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Dedi Prasetyo.

Menurut Dedi, Listyo turut mengarahkan Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Nico Afinta melucutkan jawatan sembilan anggota Komander Kompeni Batalion dan Komander Platun Brimbob Jawa Timur. Dalam perkembangan sama, pihak polis turut menjalankan pemeriksaan terhadap 28 anggotanya yang didakwa melanggar kod etika dalam tragedi Stadium Kanjuruhan. Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memaklumkan sudah menggantung selama-lamanya ketua eksekutif dan penyelaras keselamatan pasukan Arema FC yang menjadi tuan rumah perlawanan.

Tindakan penggantungan itu dilaksanakan berikutan mereka gagal memastikan keadaan selamat di padang dan mengeluarkan arahan segera untuk membuka kunci pagar.

“Pintu pagar sepatutnya dibuka, tetapi ia dalam keadaan tertutup,” kata ketua suruhanjaya disiplin PSSI, Erwin Tobing.

Jurucakap PSSI, Ahmad Riyadh, memaklumkan jumlah petugas yang diarahkan membuka pagar tidak mencukupi kerana kekurangan pekerja, dan mereka tidak sempat tiba ke beberapa pagar apabila penonton mula bertempiaran selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Katanya, semua pintu pagar sepatutnya dibuka 10 minit sebelum perlawanan tamat, namun dalam kejadian Sabtu lalu, beberapa pintu masih berkunci walaupun selepas tujuh minit pengadil meniup wisel penamat, sekali gus menyumbang pada angka kematian bencana sukan antara yang tertinggi di dunia.

Foto dari stadium di Malang itu menunjukkan ada empat panel pintu yang bersambung membentuk satu pintu besar di mana secara keseluruhan terdapat 14 pintu keluar. Bagaimanapun, polis semalam tetap menegaskan bahawa pintu pagar sudah dibuka, namun ia terlalu kecil dan hanya boleh memuatkan dua individu pada satu masa, sedangkan ratusan penonton cuba menyelamatkan diri. Siasatan mereka mendapati kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahawa kebanyakan kematian berlaku di enam pintu utama.

Beberapa mangsa yang terselamat turut mengesahkan bahawa beberapa pintu dikunci, menghalang mereka menyelamatkan diri, terutama Pintu 13, yang juga lokasi paling banyak mayat ditemui. Menurut saranan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), pintu masuk stadium perlu dibuka pada setiap masa ketika perlawanan berlangsung untuk keselamatan, selain tidak menyarankan penggunaan gas pemedih mata untuk mengawal penonton.

Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/pintu-pagar-stadium-berkunci-punca-ramai-mati/
 
Sponsored Post

Top
Log in Register