BTC USD 16,817.0 Gold USD 1,786.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rusuhan bola sepak: 120 maut

zackpenang

Active Member
Messages
1,170
Joined
Jan 9, 2010
Messages
1,170
Reaction score
396
Points
51

Rusuhan bola sepak: 120 maut​


INSIDEN berkenaan. FOTO MPI
INSIDEN berkenaan. FOTO MPI
Jakarta: Lebih daripada 120 individu dilaporkan maut selepas kekecohan dan keganasan susulan perlawanan liga bola sepak di Indonesia, lapor The Guardian.
Penyokong kelab Arema dan Prasebaya bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.
Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, lebih 120 orang meninggal dunia.
Katanya, pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera.


"Lebih daripada 120 orang meninggal dunia selepas huru-hara, kesesakan dan terpijak dan lemas," kata Wiyanto sambil menambah jumlah korban melebihi 100 orang dan mereka dihantar ke hospital berdekatan.

Pergaduhan tercetus selepas ribuan peminat Arema meluru ke padang selepas pasukan mereka kalah.

Pemain Persebaya serta-merta meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih di padang turut diserang.
Laporan mengatakan kematian turut disebabkan polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan panik dalam kalangan penonton di Stadium Kanjuruhan.
Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,678
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,678
Reaction score
20,379
Points
2,866
Awards
1
tu dia, sampai 120 maut
mcm tak bernilai je nyawa tu bergaduh pasal perkara ni je
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,678
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,678
Reaction score
20,379
Points
2,866
Awards
1
1664670899012.png


Fakta: 74 Kematian Dalam Tempoh 25 Tahun, Bukti Indonesia Antara Negara Paling Ganas Dalam Bola Sepak Asia​



July 22, 2019 - 12:15 am


Bagi kebanyakan peminat, bola sepak adalah lebih dari sebuah sukan. Bola sepak mampu menyatu padukan komuniti, mengumpulkan ramai penduduk tanpa mengira bangsa, kaum dan agama dibawah satu bendera serta membawa sesetengah individu keluar dari kemiskinan.






Di Indonesia, bola sepak sepak juga lebih dari sebuah sukan tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan menonton bola sepak disana, kita sedang terdedah kepada risiko untuk terbunuh angkara pergaduhan yang sering berlaku.

Permusuhan yang cukup menebal diantara penyokong pasukan dan keganasan yang acap kali berlaku ketika perlawanan berlangsung, para pemain sering kali terpaksa dibawa masuk ke stadium menggunakan Barracuda serta diiringi oleh pasukan keselamatan yang mengawal ketat keadaan sekeliling.

10794094-3x2-700x467.jpg




Dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh ASEAN Today pada 15 April 2019, menyatakan bahawa insiden terbaru kematian akibat keganasan itu berlaku kepada seorang penyokong Persija Jakarta, Haringga Sirla yang telah dipukul sehingga maut oleh penyokong Persib Bandung.

Saingan liga telah dihentikan selama 2 minggu selepas kejadian itu, namun keganasan bola sepak masih juga berlaku di venue perlawanan selepas itu.


Sejak tahun 1994, keganasan bola sepak di Indonesia telah meragut 74 nyawa. Negara ini telah menerima reputasi sebagai salah sebuah negara bola sepak paling ganas di Asia!
Daripada data dan statistik yang dikeluarkan oleh Data to Visual melalui laman sosial Instagram mereka, menunjukkan jumlah kematian penyokong bola sepak di Indonesia dari tahun 1995 hingga 2018 adalah seramai 68 orang.

Persebaya merekodkan jumlah kematian paling tinggi sepanjang tempoh itu apabila 16 penyokong mereka maut, hampir 2 kali ganda dari jumlah yang dicatatkan oleh pasukan Arema.



D17B895F-947C-49CB-BBC8-2BE9869341BB.jpeg

50D62613-2019-4B5D-8AC9-0EE6E1BBAD6C_4_5005_c.jpeg



Berdasarkan data ini juga, sebanyak 21 buah kelab telah sekurang-kurangnya merekodkan 1 kematian penyokong mereka dengan majoriti kelab tersebut berada di Pulau Jawa. 4 mangsa dari jumlah kematian keseluruhan itu adalah ketika perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan Indonesia.

Permusuhan Tiada Sempadan Dan Terlalu Dalam​

Kebencian yang paling gila dalam bola sepak Indonesia boleh dilihat dengan jelas terutama diantara penyokong Persija Jakarta yang dikenali sebagai ‘Jak Mania’ dan penyokong Persib Bandung yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘The Viking’ atau ‘Bobotoh’.

7 orang penyokong bola sepak telah maut hanya dalam pertemuan 2 buah kelab ini sahaja dalam tempoh 7 tahun terkini mengikut laporan ABC News.





10799046-3x2-940x627.jpg
Irlan Alarancia, ketua kelab penyokong ‘Garis Keras’ Persija Jakarta
Menurut seorang ‘komander’ kepada sebuah kelab penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Garis Keras’, Irlan Alarancia memberitahu bahawa tahap fanatik penyokong telah bertukar menjadi satu keganasan yang tidak boleh dikawal lagi.

10794122-3x2-700x467.jpg
Ahli-ahli remaja kelab penyokong Jak Mania dibawah kumpulan yang diterajui oleh Komander Irlan Alarancia, Garis Keras, berlatih untuk persediaan perlawanan seterusnya.
“Sekarang, saya perlu cuba menenangkan keadaan. Jika kami biarkan, ia akan menjadi lebih bahaya.”, katanya.
“Rivalry kami sudah melampaui batas”.
Sistem tiket juga merupakan satu masalah besar yang menjurus kepada kejadian yang tidak diingini di stadium. Ramai penyokong bola sepak di Indonesia menonton perlawanan tanpa membeli tiket. Mereka berjaya lolos masuk ke stadium melalui ‘lorong tikus’.

Berdasarkan maklumat dari pegawai Persib Bandung, pada malam tragedi kematian Harringa, lebih 50,000 orang berada dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 38,000 orang.

Dan yang lebih menarik, hanya 36,000 tiket terjual!


Tidak Percaya Kepada Persatuan Bola Sepak Dan Pihak Berkuasa​

Bekas pengerusi PSSI, Edy Rahmadi yang meletakkan jawatan tidak lama selepas tragedi Harringa, melabelkan penyokong bola sepak Indonesia sebagai tidak bertamadun, hati tisu, dan bersifat anak-anak.

10794084-3x2-940x627.jpg
Akmal Marhali – NGO Save Our Soccer (SOS)
Namun, Akmal Marhali bekas seorang jurnalis yang kini mengetuai sebuah badan NGO Save Our Soccer (SOS), menyatakan bahawa ketika zaman Edy Rahmadi, 19 orang telah maut sejak beliau memegang jawatan tersebut. 13 daripada kejadian tersebut berlaku didalam stadium.

Pada 25 Mac 2019, pemangku Pengerusi PSSI Joko Driyono dan 15 lagi pegawai telah ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan salah laku terlibat dalam skandal match-fixing, mencetuskan kemarahan penyokong serta menghancurkan keyakinan orang awam terhadap PSSI.

Ada cadangan untuk menambah baik sistem tiket dengan merekodkan butiran pembeli namun mereka menghadapi beberapa masalah. Pertama, sistem seperti itu memerlukan kerjasama dari pihak kerajaan yang sehingga kini dilaporkan tidak berminat membantu.



Kedua, ramai penyokong tidak membeli tiket perlawanan kerana mereka masih boleh masuk ke dalam stadium tanpa dikesan oleh pihak petugas. Mereka sebenarnya perlu menangani masalah masuk ke stadium secara haram sebelum mahu menggunakan apa juga sistem penjualan tiket.

Denda Yang Berat Tidak Mampu Selesaikan Masalah Ini​

Pelbagai denda yang berat telah dikenakan untuk menyelesaikan masalah ini seperti bermain dalam stadium kosong bagi perlawanan berisiko tinggi, tetapi tetap gagal menghentikan keganasan.

Bambang Pamungkas, bintang pasukan Persija Jakarta turut bersetuju dengan perkara itu.

“Denda bukan lagi cara efektif menghukum kelab.”


Beliau juga mencadangkan PSSI memotong mata dari pasukan yang penyokong mereka terlibat dalam keganasan.

“Jika penyokong mahu pasukan mereka berjaya, maka mereka perlu berkelakuan lebih baik.”

Bekas pemain pasukan Selangor itu juga turut bersetuju dengan cadangan penggantungan perlawanan liga sehingga keadaan menjadi aman.

“Jika kecelakaan masih berlaku, saya fikir bola sepak bukan untuk Indonesia.”

Keganasan dalam bola sepak di Indonesia perlu dihentikan, atau negara itu sudah perlu mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak!

https://www.cari.gold/fakta-74-kema...ra-negara-paling-ganas-dalam-bola-sepak-asia/
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,678
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,678
Reaction score
20,379
Points
2,866
Awards
1
di atas adalah data pada 2019
ni tahun 2022, masih berlaku rusuhan seperti ni
 

amieshoro

Active+ Member
Messages
2,814
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,814
Reaction score
170
Points
43
Sebab bola bergaduh? Kalau menang pun pemain yang dapat duit dan piala..

Penyokong cuma bersorak dah la. Abis game balik kena teh tarik..
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,678
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,678
Reaction score
20,379
Points
2,866
Awards
1
#bolatime #indonesia Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka akan memulakan siasatan dengan apa yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/.../liga-utama-indonesia...

Liga utama Indonesia ditangguh selama seminggu​

Reuters
SUASANA di luar Stadium Kanjuruhan, Malang selepas rusuhan penyokong. FOTO AFP
SUASANA di luar Stadium Kanjuruhan, Malang selepas rusuhan penyokong. FOTO AFP

Jakarta: Liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1 BRI digantung selama seminggu berikutan rusuhan penyokong yang berlaku antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Menurut pengumuman berkenaan, terdapat kemalangan jiwa (127 terkorban) dan kerosakan yang ketara di sekitar stadium.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka akan memulakan siasatan dengan apa yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.

"Kami mengumumkan keputusan itu selepas mendapat arahan daripada Pengerusi PSSI. Kami melakukan ini untuk menghormati segala yang berlaku dan sementara menunggu proses siasatan daripada PSSI," kata Presiden Pengarah pemilik liga PT LIB, Akhmad Hadian Lukita.






Dalam perlawanan berkenaan Persebaya menumpaskan Arema 3-2.

Sementara itu, Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur berkata seramai 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera selepas penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.

Penyokong kelab Arema yang tumpas dalam perlawanan itu masuk ke dalam padang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas, kata Nico Afinta kepada wartawan.
Disiarkan pada: Oktober 2, 2022 @ 8:43am
 

theblur

Super Active Member
gem
Messages
8,169
Joined
Apr 15, 2012
Messages
8,169
Reaction score
1,185
Points
151
Bangsa barbar itulah indon.

Pegi je youtube , search 'tawuran'.

Budak2 sekolah rendah bergaduh pakai senjata perkara biasa disana.

Pegi tgk kat youtube cepat.

Enjoy...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register