BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Russia sekat pengeluaran minyak

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
oil_4.jpg


Syarikat minyak gergasi milik Russia, Rosneft mengurangkan pengeluaran minyak ekoran penyusutan harga minyak mentah, juga sebagai tekanan ke atas OPEC agar mengikuti langkah sama.

Rosneft mengurangkan pengeluaran harian sebanyak 25,000 tong, kurang daripada satu peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluarannya.

Kenyataan itu dibuat selepas Ketua Eksekutif Rosneft, Igor Sechin mengadakan perjumpaan dengan pegawai Mexico, Venezuela dan ahli-ahli OPEC Arab Saudi di Vienna.

Vienna akan menjadi lokasi pertemuan anggota-anggota OPEC esok bagi membincangkan isu harga minyak yang menjadi kebimbangan dunia sekarang.

Harga hadapan minyak menyusut sebanyak 30 peratus sejak bulan Jun lalu kepada kedudukan empat tahun paling rendah berpunca daripada lebihan bekalan, pengukuhan dolar Amerika Syarikat dan kebimbangan terhadap permintaan tenaga itu di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.

Bagaimanapun, Arab Saudi yang mengetuai kartel itu telah menolak cadangan untuk mengurangkan bekalan kecuali terdapat jaminan penguasaan pasaran, menurut para penganalisis.

Menteri Luar Venezuela, Rafael Ramirez berkata meskipun perbezaan pandangan, OPEC dan pengeluar bukan OPEC bersetuju bahawa harga minyak dunia sudah terlalu murah.

"Kami semua setuju harga minyak semasa tidak baik. Kami semua bimbang," katanya.

OPEC mengeluarkan 30.6 juta tong minyak sehari pada bulan lalu, melepasi sasaran 30 juta tong sehari, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa. - MalaysiaGazette


http://www.malaysiagazette.com/ms/ekonomi/russia-sekat-pengeluaran-minyak
 
subsidi kena bagi balik la nanti kalau rege minyak naik...aduh pening kepala pak menteri...
 
player dh short lama dah. skang ni amik untungla

pstu masuk long pulak thn depan nak perang
 
mana boleh.rusia & iran bankrup dulu baru pengeluaran di kurangkan.
 
sekat pengeluaran supaya harga minyak naik la lepas ini.. bila pemintaan banyak pengeluaran sikit harga minyak naik la
 
Back
Top
Log in Register