Rusia uji jet pejuang Sukhoi T-50,pesawat stealth pertama Rusia

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
MOSCOW 29 Jan. - Jet pejuang baru Rusia berjaya melepasi ujian penerbangan pertamanya hari ini, ketika Rusia cuba bersaing untuk menyamai kecanggihan peralatan tentera udara Amerika Syarikat (AS), kata pengeluar pesawat, Sukhoi.

Menurut jurucakap Sukhoi, Olga Kayukova kepada stesen televisyen Rossiya 24, pesawat pejuang generasi kelima itu yang juga merupakan jet pejuang Rusia pertama sejak kejatuhan kerajaan Soviet, mengadakan latihan penerbangan kira-kira 45 minit.

"Pesawat itu beroperasi dengan baik. Segalanya berjalan dengan lancar," katanya.

Katanya, pesawat itu berlepas dari Komsomolsk-on-Amur yang terletak di timur Rusia.

Sebelum ini, pihak berkuasa Rusia telah berjanji untuk menghasilkan satu jet pejuang yang baru tahun lalu.

Kehadiran pesawat pejuang yang dipanggil T-50 oleh stesen televisyen Rossiya 24 itu adalah penting bagi menunjukkan bahawa Rusia juga mampu menyaingi teknologi daripada AS.

Malah, ia dilihat pesaing baru kepada pesawat buatan AS iaitu F-22 Raptor yang terbang buat kali pertama pada 1997.

Pesawat generasi kelima ini tidak boleh dikesan melalui radar, mempunyai beberapa kemudahan ketika memandu, sistem kawalan senjata yang canggih serta mampu untuk terbang pada kelajuan yang melebihi kelajuan bunyi.

Kejatuhan kerajaan Soviet menyebabkan tentera Rusia diheret masalah kewangan manakala pengeluar pesawat perang mereka hanya mampu mengeluarkan pesawat berdasarkan reka bentuk era-Soviet lalu.

Sukhoi merupakan pengeksport utama pesawat perang Rusia serta mencatatkan keuntungan kira-kira suku daripada pendapatan jualan senjata Rusia yang dikatakan berjumlah AS$7.4 bilion (RM25.27 bilion). - REUTERS



http://www.youtube.com/watch?v=pNrog7hkRBg
 
Sponsored Post

XTigy

Fun Poster
Joined
Mar 18, 2009
Messages
465
Reaction score
51
Points
20
mcm ada rupe f22 raptor pon ade
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
canggih dan mantap
 

Joe1911

Active Member
Joined
Mar 5, 2009
Messages
1,644
Reaction score
8
Points
25
malaysia bila lagi nak cipta jet mcm nih??jangan beli harapkan komesennnnnn jer!
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,213
Reaction score
1,116
Points
201
Malaysia ade buatan jet sendiri, cuma x nak dedahkan jer... Paling "berkuasa" di dunia nih... Tp belum siap lagik... masih dalam pembinaan... hihihihi
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
ni prototaip jer..tak lama lagi kuar plak model T-52..russia ada 5 prototaip..masing2 2 dari mig dan 3 dari sukhoi :)
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
sukhoi ~ malaysia beli terus jatuh masuk utan.. arap2 x ler
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
Malaysia ade buatan jet sendiri, cuma x nak dedahkan jer... Paling "berkuasa" di dunia nih... Tp belum siap lagik... masih dalam pembinaan... hihihihi
malaysia memang pernah berhajat nak buat jet sendiri...terutama melalui program PERISTA....tapi selepas program tuh dibatalkan..main beli jer laa..:)):eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register