BTC USD 96,831.2 Gold USD 2,673.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rupiah 'jatuh', pelancong Malaysia 'serang' Indonesia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,177
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,177
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
Rupiah 'jatuh', pelancong Malaysia 'serang' Indonesia

A view of the sea
PENGUNJUNG bergambar berlatar belakangkan patung ikonik Monumen Selamat Datang, di astaka hentian bas Transjakarta Bundaran HI, berhampiran bulatan Hotel Indonesia di Jakarta. FOTO AFP
Kuala Lumpur: Kejatuhan nilai mata wang Rupiah berbanding Ringgit ketika ini boleh mendorong minat penduduk Malaysia untuk melancong beramai-ramai ke Indonesia.

Setiausaha Agung Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) Datuk Noor Zaleha Baharuddin berkata, kedudukan nilai Ringgit Malaysia lebih kukuh berbanding Rupiah membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan lebih banyak barangan atau perkhidmatan pada harga lebih rendah di Indonesia.

"Keadaan ini mendorong mereka melawat pusat beli-belah atau bercuti di sana berikutan kos yang lebih berpatutan.

"Kelebihan ini juga berpunca daripada faktor ekonomi seperti kos hidup yang lebih rendah di Indonesia untuk barangan tertentu berbanding Malaysia terutamanya dalam sektor makanan, pakaian dan produk kraftangan.

"Apabila nilai tukaran mata wang menguntungkan, rakyat Malaysia melihatnya sebagai peluang untuk menjimatkan kos sambil menikmati pelbagai barangan atau pengalaman," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, pada masa sama, kuasa membeli yang meningkat itu memberi manfaat kepada peniaga di Indonesia terutamanya di kawasan pelancongan.

"Namun daripada perspektif ekonomi jangka panjang, ini menunjukkan ketidakseimbangan yang boleh menyebabkan perbezaan nilai tukaran mempengaruhi pasaran tempatan kedua-dua negara.

"Selain itu, ia mencetuskan cabaran kepada peniaga Malaysia yang perlu bersaing untuk mengekalkan pengguna tempatan di tengah-tengah tarikan harga rendah di negara jiran," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Seri Dr Mohd Khalid Harun berkata, fenomena rakyat Malaysia melancong ke negara jiran jelas memberi tamparan hebat kepada pengusaha pelancongan tempatan.

"Tetapi keadaan ini dilihat bagus kerana memberikan persaingan kepada pengusaha pelancongan dalam negara.

"Pastinya rakyat Malaysia mahu yang terbaik kerana negara jiran tambang penerbangan, hotel dan kos hidup jauh lebih murah.

"Jadi saya fikir, pengusaha pelancongan tempatan perlu memikirkan sesuatu lebih baik bagi menarik pelancong ke tempat mereka terutama rakyat tempatan sendiri," katanya.

Disiarkan pada: November 2, 2024 @ 4:53pm
 
Sponsored Post

Jiran aku gian dah tu nak pergi main golf sana...caddy sana semuanya bagus2...pandai menilai lelaki malaysia amat hebat & dasyat ketika main golf...

sebb Malaysia da tak de caddy perempuan
dulu sebelum zaman rosmah caddy indo ramai kt golf Malaysia
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register