Rupa pesawat pengangkutan tentera Airbus A400M Malaysia

CG Sponsors




msaifziec

Active+ Member
Joined
Aug 4, 2010
Messages
2,571
Reaction score
62
Points
30




Malaysia komited dengan tempahannya bagi empat pesawat pengangkut tentera Airbus A400M meskipun beberapa negara menyemak semula tempahan mereka.

"Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang membeli A400M dan ia masih komited dengan tempahannya," kata Naib Presiden pemasaran keupayaan pertahanan Airbus Military, Peter Scoffham (gambar) pada taklimat media di sini semalam.

Scoffham berada di Malaysia untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat pengangkut awam dan tentera Airbus selepas menghadiri Indo Defence 2010 di Jakarta.

Sebelum ini, Organisation Conjointe de Coopération en Matière d'Armement yang mewakili Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki, dan UK komited untuk membeli 180 pesawat A400M tetapi kemudian mengurangkannya kepada 170 unit.

Ini berikutan keputusan Jerman untuk mengurangkan tempahan kepada 53 pesawat daripada 60 unit manakala UK mengurangkannya sebanyak tiga kepada 22 unit.

Ditanya mengenai sama ada akan terdapat kelewatan dan semakan semula kos bagi A400M, Scoffham berkata:

"Saya tidak boleh memberikan perkembangan terkini rasmi... apa yang boleh saya katakan ialah kami gembira dengan kemajuan A400M dan ujian penerbangan."

Dilaporkan pada tahun lepas bahawa Malaysia yang akan menerima pesawat itu pada 2013, tidak perlu membayar wang tambahan bagi empat pesawat pengangkut yang ia tempah pada 2005.​
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
125
Points
123
beli le jenis ape pun..janji jgn beli yg senang dicabut enjinnya :))
 

warheadfx

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,274
Reaction score
278
Points
41
kenapa negara lain semak utk kurangkan pembelian?
 

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
mantap. apesal kipas besor nau?
 

lizzqute

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
9,786
Reaction score
58
Points
70
Bagus la...... Satu kebanggaan negara...... Boleh gantikan yang lama...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register