BTC USD 62,805.4 Gold USD 1,744.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Fadillah berkata laporan penuh berkenaan insiden itu akan dimaklumkan apabila siasatan selesai. #AWANInews #AWANI745

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 'Jangan buat spekulasi' - Menteri Kerja Raya


Mac 3, 2021 21:25 MYT
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 'Jangan buat spekulasi' - Menteri Kerja Raya

Fadillah berkata laporan penuh berkenaan insiden itu akan dimaklumkan apabila siasatan selesai. -Gambar fail

KUALA LUMPUR : "Bukan disebabkan struktur jejantas, sebaliknya disebabkan pelanggaran."

Demikian kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengulas mengenai insiden runtuhan struktur besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang berlaku pada petang tadi.

Beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berkenaan kejadian dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

 
Sponsored Post

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,532
Reaction score
553
Points
121
Aku plg takut lalu dekat area sblm midvalley..desa park kot tmpt tu
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,774
Reaction score
1,609
Points
201
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiagazette

hmmmm kesian pada waris arwah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Kerja menyelamat mangsa terperangkap dalam van kilang sukar, ambil masa lebih 3 jam – Bomba.
#malaysiagazette

Kerja menyelamat mangsa terperangkap dalam van kilang sukar, ambil masa lebih 3 jam – Bomba


3 March 2021

MGE03032021_RUNTUHANSUKE03.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat dilihat membawa jenazah mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van pekerja selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap dalam sebuah van kilang yang dihempap runtuhan di lebuh raya dalam pembinaan berhampiran Desa Tasik Sungai Besi, Cheras selesai kira-kira pukul 9.30 malam selepas mengambil masa lebih tiga jam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Nordin Pauzi berkata, keempat-empat mangsa wanita yang berada di kerusi penumpang belakang berada dalam keadaan terhimpit akibat keadaan van yang remuk teruk.




“Pemandu lelaki dikeluarkan dalam keadaan selamat manakala empat mangsa wanita berada di kerusi tempat duduk belakang dalam keadaan terhimpit dan sukar dikeluarkan.
“Mereka ini terhimpit oleh besi bersama kerangka jejantas jadi, operasi ini mengambil masa yang cukup lama kerana kita berusaha untuk selamatkan mangsa supaya tidak terhimpit dengan lebih teruk lagi.

“Kita terpaksa gunakan pelbagai alatan sokongan dengan bantuan kontraktor pembinaan serta tiga buah kren untuk mengangkat kerangka besi tersebut,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian hari ini.



Mengulas lanjut, Nordin berkata, kerja-kerja menyelamat mengambil masa yang panjang kerana runtuhan tersebut perlu distabilkan terlebih dahulu bagi mengelak runtuhan lain daripada berlaku.
Tambah Nordin, runtuhan struktur kerangka tersebut perlu diangkat terlebih dahulu menggunakan kren sebelum anggota dapat mengeluarkan mangsa dari van berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, dua mangsa yang terperangkap dalam van kilang yang dihempap runtuhan struktur binaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai-Besi Ulu Kelang (SUKE) maut manakala tiga lagi termasuk pemandu van terselamat. – Malaysia Gazette


 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,301
Reaction score
1,320
Points
201
Delate info salah
 
Last edited:

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,301
Reaction score
1,320
Points
201
Langgar struktur lebuh raya: Polis tahan pemandu lori.
#malaysiagazette

Langgar struktur lebuh raya: Polis tahan pemandu lori


3 March 2021

View attachment 348966
Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu lori treler yang melanggar struktur binaan lebuh raya dalam pembinaan mengakibatkan tiga orang cedera dan dua mangsa meninggal dunia bagi membantu siasatan.
Kemalangan berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan.




Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pemandu lori treler terbabit di Balai Polis Sungai Besi sejurus selepas kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas treler terbabit melanggar struktur jejambat mengakibatkan berlaku runtuhan dan menghempap van dinaiki mangsa di arah bersebelahan.
“Ia menyebabkan lima pekerja kilang termasuk seorang pemandu kesemuanywa warga tempatan parahd an juga dua daripadanya meninggal dunia.



“Pemandu itu telah ditahan untuk direkod keterangan selain lakukan ujian saringan air kencing,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.
Lori trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiagazette


Punya besar lori nie, lebih muatan lg....napa ms di jalan xmau tahan....sita terus dh jd tragedi br nak tahan....tolong la ubah mcm nie
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Pemandu sudah ditahan
#malaysiagazette #mgnews

Runtuhan binaan SUKE: Pemandu treler positif dadah


4 March 2021

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH9.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.


KUALA LUMPUR – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh, di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) didapati positif dadah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.




“Pemandu treler berusia 40 tahun dan berasal dari Perak itu tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian tersebut,” katanya.
Menurutnya, dua penumpang van yang maut dalam kejadian itu disahkan sebagai Nurina Edwin Abdullah, 47, yang berasal dari Kampung Baru Sungai Chedong. 26500 Maran Pahang dan Norhayati Abdullah, 42, dari Kampung Jerang Belanga. Bagan Terap 45300 Sungai Besar. Selangor.

Kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja di kilang Sensata Technologies di USJ maut di tempat kejadian.



Manakala pemandu van kilang. Muhd Fairus Mohd Yusof (47) berasal dari Batu 8 Gombak mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan pendarahan dalaman.
Seorang lagi penumpang van, Zakiyyah Yakop, 51, dari PPR Jalan Jelatek Datok Keramat cedera di betis sebelah kiri dan masih menerima rawatan.
Zulkefly berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.



Menurutnya, tragedi berlaku pada jam 6 petang itu melibatkan sebuah treler jenis Volvo warna oren yang melanggar kerangka besi di kawasan pembinaan.
Akibat perlanggaran itu, rusuk keluli bersama dengan perancah besi telah jatuh di kedua-dua laluan utama dan menyebabkan sebuah van jenis Toyota Hiace warna biru terhempap di bawah rusuk keluli laluan dari Ampang ke arah Terminal Bersepadu Selatan (TBS). – MalaysiaGazette

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,532
Reaction score
553
Points
121
mcm mana struktur tu lebih rendah dari jejantas?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
#BHnasional Insiden bukan akibat kemalangan di tapak pembinaan, sebaliknya berpunca daripada treler melanggar perancah besi pembinaan SUKE di MRR2
https://bit.ly/2MKQcMR

Perancah besi runtuh diklasifikasi kemalangan jalan raya - JKKP



Mac 4, 2021 @ 11:38am


rancahtuh43_1614829250.jpg

Tinjauan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh, di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pagi ini. - NSTP/Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Insiden runtuhan perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak di sini, semalam, diklasifikasikan sebagai kemalangan jalan raya.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur, Husdin Che Amat, berkata insiden itu berlaku bukan akibat kemalangan di tapak pembinaan, sebaliknya berpunca daripada treler yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

"Runtuhan ini berlaku apabila treler itu melanggar struktur sementara pembinaan SUKE, menyebabkan rusuk keluli bersama perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2.
"Kejadian ini bukan membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ia tidak berpunca daripada kegagalan struktur atau kesalahan reka bentuk dan sebagainya, sebaliknya ia diklasifikasi sebagai kemalangan jalan raya.



"Jadi, ia disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan yang diketuai polis, dan bukan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. JKKP turut jalankan siasatan, namun ia di luar bidang kuasa kami," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Dalam insiden itu, dua wanita pekerja kilang meninggal dunia dalam nahas di MRR2 petang semalam, manakala dua lagi rakan mereka bersama seorang lelaki yang juga pemandu van, terselamat namun mengalami kecederaan.


sukejkkp_1614829245.jpg

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak runtuh semalam. - Foto BERNAMA

Ia susulan runtuhan perancah besi dan rusuk keluli itu menghempap sebuah van kilang yang melalui lokasi terbabit, ketika sebuah treler melanggar struktur sementara pembinaan SUKE.
Husdin berkata, runtuhan itu berlaku apabila muatan tinggi dibawa treler berkenaan melanggar struktur sementara pembinaan yang membentuk jejambat.

"'Flyover' (jejambat) itu rendah, manakala muatan yang dibawa treler itu agak tinggi. Apabila berlanggar, struktur itu runtuh dan menghempap van pekerja kilang yang kebetulan lalu di situ ketika nahas berlaku," katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register