BTC USD 62,807.6 Gold USD 1,745.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Berita Harian Online



6m ·

#BHNasional Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz.
https://bit.ly/3kDINeO

Perancah besi runtuh: 5 mangsa dikeluarkan


Mac 3, 2021 @ 9:46pm

runtuh_1614779171.jpg

Sebahagian perancah besi pembinaan di SUKE runtuh dilanggar sebuah lori - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Semua lima mangsa terdiri pemandu dan penumpang van kilang yang terperangkap dihempap runtuhan perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berjaya dibawa keluar malam ini.

Mangsa pertama dibawa keluar bermula jam 8.30 malam tadi sebelum mangsa terakhir dibawa keluar pada jam 9.29 malam.

Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut.

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan terkini mangsa lelaki yang berjaya dibawa keluar itu.


Mangsa dibawa ke HCTM menggunakan ambulans bomba dan diiring anggota polis trafik.
Pasukan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut kelihatan di lokasi.

Laluan masuk ke lokasi turut dilencongkan dan pengguna kini perlu berpatah balik.
Perancah besi pembinaan itu runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit, hari ini.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Astro AWANI



· 2m ·

[TERKINI] Dua wanita maut, makala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat. #AWANInews #AWANI745

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis
Astro Awani
Mac 3, 2021 20:58 MYT
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Dua wanita maut, makala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.


"Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat," katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, empat hingga lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak.

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Insiden itu telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.



Pihak bomba dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras ke lokasi kejadian.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.

Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.


 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
van kilang rupanya.
2 wanita tempatan maut.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Dua maut, tiga cedera dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya SUKE.
#malaysiagazette #mgnews

Dua maut, tiga cedera dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya SUKE


3 March 2021

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH6.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Dua mangsa yang terperangkap dalam van kilang yang dihempap runtuhan struktur binaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) maut manakala tiga lagi termasuk pemandu van terselamat.

Kedua-dua mangsa yang maut adalah wanita.




Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
#kualalumpur Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa.
https://www.hmetro.com.my/.../lori-terlanggar-jejambat...

Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE


LORI dipercayai terlanggar jejambat sehingga menyebabkan runtuhan. FOTO ihsan pembaca.

LORI dipercayai terlanggar jejambat sehingga menyebabkan runtuhan. FOTO ihsan pembaca.



Kuala Lumpur: Lori membawa jengkaut yang terlanggar perancah besi pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, hari ini, tidak terbabit dalam projek pembinaan itu.

SUKE dalam kenyataan berkata, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemaju bagi projek pembinaan SUKE mengesahkan terdapat satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati lori itu tidak terbabit dalam pembinaan lebuh raya SUKE.

"Kemalangan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan menyebabkan kesesakan trafik yang teruk.

"Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan," katanya.
Katanya, pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 8:30 PM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
[FOTO] Keadaan Mayat dan Mangsa Ketika Dikeluarkan Dari Runtuhan Binaan Lebuh Raya SUKE.
#malaysiagazette

Keadaan Mayat dan Mangsa Ketika Dikeluarkan Dari Runtuhan Binaan Lebuh Raya SUKE
By
Lensa MalaysiaGazette
-
3 March 2021
MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH8.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.
MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH5.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.


MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH7.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021

.
MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH6-1.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH10.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021

.
MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH13.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH15.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH2.jpg
Orang awam melihat keadaan sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.
MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH1.jpg

Orang awam melihat keadaan sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH4.jpg

Struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang runtuh di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.
MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH9.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

.
MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH11.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

.
MGE03032021_RUNTUHANSUKE03.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat dilihat membawa jenazah mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van pekerja selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

MGE03032021_RUNTUHANSUKE05.jpg

Dua jenazah mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van pekerja selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.

MGE03032021_RUNTUHANSUKE08.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van pekerja selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.

.
MGE03032021_RUNTUHANSUKE02.jpg

Dua jenazah mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van pekerja selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
"Saya berusaha menenangkannya dengan memberitahu bomba sedang berusaha mengeluarkan mereka" - Suami #AWANInews #AWANI745

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Mangsa sempat berhubung dengan suami ketika terperangkap


Mac 3, 2021 21:52 MYT
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Mangsa sempat berhubung dengan suami ketika terperangkap

Zakiah mengadu mengalami kesukaran untuk bergerak sewaktu berada di dalam van yang dihempap struktur besi binaan. - Gambar/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan struktur pembinaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak sempat berhubung dengan suaminya ketika masih berada di bawah runtuhan itu.
Zakiah Yaakop, 51 , merupakan seorang daripada lima mangsa yang terperangkap dalam sebuah van kilang yang dihempap runtuhan struktur besi.

Dia dan seorang lagi rakan sekerja wanita serta pemandu van kilang terselamat namun dua rakan mereka disahkan meninggal dunia.
Terdahulu, Zakiah dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang melalui telefon ketika dia masih belum dikeluarkan dari runtuhan berkenaan.

"Dia memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.


"Saya berasa amat bimbang dan berusaha menenangkannya dengan memberitahu bomba sedang berusaha mengeluarkan mereka," kata Kamarulzaman ketika ditemui Astro AWANI ketika operasi mengeluarkan semua mangsa masih berlangsung malam ini.

Kesemua mangsa merupakan warga tempatan berusia antara 30 hingga 45 tahun dan mangsa yang maut merupakan dua wanita yang merupakan pekerja kilang.
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Langgar struktur lebuh raya: Polis tahan pemandu lori.
#malaysiagazette

Langgar struktur lebuh raya: Polis tahan pemandu lori


3 March 2021

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH16.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu lori treler yang melanggar struktur binaan lebuh raya dalam pembinaan mengakibatkan tiga orang cedera dan dua mangsa meninggal dunia bagi membantu siasatan.
Kemalangan berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan.




Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pemandu lori treler terbabit di Balai Polis Sungai Besi sejurus selepas kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas treler terbabit melanggar struktur jejambat mengakibatkan berlaku runtuhan dan menghempap van dinaiki mangsa di arah bersebelahan.
“Ia menyebabkan lima pekerja kilang termasuk seorang pemandu kesemuanywa warga tempatan parahd an juga dua daripadanya meninggal dunia.



“Pemandu itu telah ditahan untuk direkod keterangan selain lakukan ujian saringan air kencing,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.
Lori trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiagazette


 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,992
Reaction score
622
Points
121
Mesti ngeri nak lalu area situ lepas ni.
Kalau lalu pun kena selalu jeling-jeling kat atas.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register