BTC USD 63,167.4 Gold USD 1,746.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Ikuti secara langsung perkembangan runtuhan struktur di tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dari Sg Besi menghala Bandar Tun Razak.
Difahamkan, kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.
#AWANIterkini #HapusCOVID19

 
Pemandu sudah ditahan
#malaysiagazette #mgnews

Runtuhan binaan SUKE: Pemandu treler positif dadah


4 March 2021

MGF03032021__TAPAK-PEMBINAAN-RUNTUH9.jpg

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.


KUALA LUMPUR – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh, di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) didapati positif dadah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.




“Pemandu treler berusia 40 tahun dan berasal dari Perak itu tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian tersebut,” katanya.
Menurutnya, dua penumpang van yang maut dalam kejadian itu disahkan sebagai Nurina Edwin Abdullah, 47, yang berasal dari Kampung Baru Sungai Chedong. 26500 Maran Pahang dan Norhayati Abdullah, 42, dari Kampung Jerang Belanga. Bagan Terap 45300 Sungai Besar. Selangor.

Kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja di kilang Sensata Technologies di USJ maut di tempat kejadian.



Manakala pemandu van kilang. Muhd Fairus Mohd Yusof (47) berasal dari Batu 8 Gombak mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan pendarahan dalaman.
Seorang lagi penumpang van, Zakiyyah Yakop, 51, dari PPR Jalan Jelatek Datok Keramat cedera di betis sebelah kiri dan masih menerima rawatan.
Zulkefly berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.



Menurutnya, tragedi berlaku pada jam 6 petang itu melibatkan sebuah treler jenis Volvo warna oren yang melanggar kerangka besi di kawasan pembinaan.
Akibat perlanggaran itu, rusuk keluli bersama dengan perancah besi telah jatuh di kedua-dua laluan utama dan menyebabkan sebuah van jenis Toyota Hiace warna biru terhempap di bawah rusuk keluli laluan dari Ampang ke arah Terminal Bersepadu Selatan (TBS). – MalaysiaGazette


Astro AWANI



· 2m ·

[TERKINI] Dua wanita maut, makala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat. #AWANInews #AWANI745

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis
Astro Awani
Mac 3, 2021 20:58 MYT
Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Dua wanita maut, makala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.


"Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat," katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, empat hingga lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak.

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Insiden itu telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.



Pihak bomba dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras ke lokasi kejadian.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.

Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.



Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906

Sebahagian daripada struktur binaan tapak pembinaan lebuh raya SUKE berhampiran Desa Tun Razak dari Sungai Besi menghala Bandar Tun Razak dipercayai runtuh petang tadi.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE

Mac 3, 2021 19:28 MYT
Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE

Insiden dipercayai telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.
Insiden juga telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Sehingga jam 8 malam tadi, operasi untuk mengeluarkan kesemua mangsa masih diteruskan.
Mangsa pertama seorang wanita berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Zakiah Yaakop bagaimanapun berjaya dikeluarkan sekitar 8.45 malam.

Zakiah dipercayai pemandu kepada sebuah van yang terperangkap dalam insiden itu.
Pihak bomba dalam satu kenyataan memaklumkan telah menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur memaklumkan sebuah lori telah melanggar struktur sokongan binaan tersebut.

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Susulan itu, struktur binaan itu telah menghempap sebuah van kilang yang dinaiki empat hingga lima penumpang.

Bagaimanapun, status kesemua mangsa masih belum diketahui.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Utusan Online

1m ·

Kesemua mereka dikeluarkan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
http://www.utusan.com.my/.../lima-mangsa-berjaya.../

Lima mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan
tragedi-9.jpg


  • 3 Mac 2021, 9:43 pm


KUALA LUMPUR : Kelima-lima mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan perancah besi di Desa Tun Razak, di sini, hari ini berjaya dikeluarkan.

Difahamkan, kesemua mereka dikeluarkan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Bagaimanapun status terkini kesemua mangsa masih belum dipastikan dan satu sidang akhbar akan dilalukan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur sebentar lagi. -UTUSAN ONLINE


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Sinar Harian



· 5m ·

Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Jejambat runtuh: Tiga mangsa terperangkap dibawa keluar

03 Mac 2021


1614779351171.png

Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menaiki ambulans.


KUALA LUMPUR - Tiga daripada lima mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak di sini pada Rabu berjaya dibawa keluar.

Mangsa pertama merupakan lelaki tempatan dibawa keluar pada jam 8.55 malam disusuli mangsa kedua wanita pada jam 9.17 malam.
Selang seminit, seorang lagi mangsa wanita berjaya dikeluarkan.

Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menaiki ambulans sambil diiringi anggota polis trafik untuk menerima rawatan lanjut.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan terkini mangsa yang berjaya dibawa keluar.

Sementara itu, kerja-kerja menyelamat lima mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak di sini masih dijalankan.

Pasukan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut kelihatan di lokasi.

Laluan masuk ke lokasi turut dilencongkan dan pengguna jalan raya kini perlu berpatah balik.

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini runtuh apabila sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Harian Metro



· 31m ·

#kualalumpur Mangsa lelaki berusia 60-an dibawa ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) dan keadaan terkininya belum dapat dipastikan.
https://www.hmetro.com.my/.../mangsa-pertama-dibawa...

Mangsa pertama dibawa keluar daripada runtuhan jejambat [METROTV]


Kuala Lumpur: Seorang mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, berjaya dikeluar pada 8.55 malam.
Mangsa lelaki berusia 60-an dibawa ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut.

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan terkini mangsa yang berjaya dibawa keluar itu dan dibawa ke HCTM menggunakan ambulans bomba dan diiringi anggota polis trafik.
Terdahulu, kerja menyelamat lima mangsa yang terperangkap akibat van kilang dinaiki mereka dihempap runtuhan struktur jejambat, sedang dijalankan.

Pasukan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut kelihatan di lokasi.

PASUKAN perubatan bersedia dalam operasi menyelamat lima mangsa dihempap runtuhan jejambat, hari ini. FOTO HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR

PASUKAN perubatan bersedia dalam operasi menyelamat lima mangsa dihempap runtuhan jejambat, hari ini. FOTO HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR

Laluan masuk ke lokasi turut dilencongkan dan pengguna kini perlu berpatah balik.
Portal berita Harian Metro melaporkan jejambat projek SUKE itu runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar perancah besi binaan terbabit.
Berita berkaitan
'Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE'
'Jejambat runtuh dilanggar lori bawa jengkaut'
'Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan'
'Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh'



Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 9:14 PM

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,532
Reaction score
553
Points
121
Byk betul tragedi suke ni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register