BTC USD 108,912 Gold USD 3,300.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanted Runner Utk Bekalan Telur Ayam Kampung Ori

FAQ

1. teluq ayam boleh tahan berapa lama .

2. Cara penyimpanan teluq . contoh nak juai lagi 10 hari. tapi hari ni dah berteluq.

3. Cara bagi ayam ayam cepat mengawan & pastu barulah dia bertelug..
===================================================================

1. KETAHANANNYA LAMA JUGA LEBIH SEBULAN. TAPI UNTUK PENETASAN TIDAK BOLEH:
a) Jangan terdedah pada cuaca panas
b) Jangan simpan dalam peti sejuk
c) Jangan terkena air terutama air hujan
d) Jangan dipegang selalu
e) Jangan digoreng atau direbus heheheeeeehhe

2. Simpan didalam bekas Trey telur ditempat redup
a) Pastikan jangan lebih 6 hari dalam simpanan untuk sampai ketempat saya
b) Sebab utama sampai di tempat saya, saya akan awet dari kulat.
c) Kerana telur akan berada dipasaran terutamanya dipasaraya besar akan tersimpan dalam sebulan. Kerja sama ini sangat saya hargai. Kerana perniagaan ini berpanjangan. Permintaan dari saya jangan ada penipuan dalam simpanan yang terlalu lama takut rosak dipasaran.
d) Sama sama la kita usahakan agar maju perniagann ini. Rasanya belum ada lagi pasaran telur ayam kampung secara besar besaran. Saya akan menanggung risiko yang besar. Demi untuk kemajuan bersama.

3. Penjagaan supaya ayam cepat biak ada berbagai kaedah:
a) 10 ekor ayam betina di kurung dalam reban berpagar seluas 15kaki X 20kaki. Bersama 1 ekor ayam Jantan.
b) Ayam betina dikerat kepak supaya tidak boleh terbang..... sebab utama biar senang ayam jantan kejar...hehhehe
c) Selepas 12 tengahari ayam betina dilepaskan dari reban tadi bebas diluar. Pastikan ayam jantan tidak dilepaskan bersama ayam betina. Sebabnya terjawap di Jawapan (d)
d) Diluar reban tadi dibela ayam jantan sahaja. nisbah 2 ekor satu reban. Sebab utama ketika ayam betina keluar dari reban, ayam jantan diluar akan menanti untuk mengawan.
e) Waktu petang ayam betina akan masuk reban, tetapi ayam jantan diluar jangan dimasukan. Bgi can ayam jantan didalam reban pula.
f) banyak cara untuk galakan ayam bertelur cepat dan banyak dari segi pemakanan ada dijual untuk mengalakan ayam bertelur.
 
Sponsored Post


Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga

Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan

Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.



Boleh dibiakkan sepanjang tahun

Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang

Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had

Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.

Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.


Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit

Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya

Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit

Boleh dilepaskan pada siang hari

Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi

Sediakan sarang bertelur

Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

*


Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli

1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina

Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur

Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan

Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.



Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan

Pemakanan

Pengurusan

Persekitaran

Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih

Anak ayam bebas dari penyakit

Jauh dari ternakan dan haiwan lain

Pelawat perlu dikawal

Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan

Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit

Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam "F" (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)

Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar "F"

Umur 6 - 8 minggu - Sampar " S "

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan

Monyok dan tidak aktif

Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung

Muka bengkak

Berak cair atau berdarah

Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)

Penyakit Gumboro (IBD)

Puru

Salmonellosis

Pasteurellosis

Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan
 
ayam kampung lagi elok lepas2...kandang utk tdur je.... kawasan besar lagi bagus... aku nasihatkan jangan banyak makan ayam daging ni... dorang inject kasik besar cepat...40 hari je hidup...kalau kita byk makan pun...tak lama hidup...hehehe....sebab tu orang2 singapore jepun suka ayam kampung....natural
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register