BTC USD 35,960.3 Gold USD 1,838.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Rumah teres dua tingkat jadi stor rokok seludup

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,553
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,553
Reaction score
466
Points
91
Rumah teres dua tingkat jadi stor rokok seludup
FB_IMG_1638707616913.jpg

KLANG ā€“ Taktik licik sindiket pengedaran rokok seludup menjadikan rumah teres dua tingkat di Taman Overseas Union, Jalan Klang Lama dekat sini sebagai stor terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Dalam serbuan pukul 3.30 petang itu, PPM berjaya merampas 6,910 karton pelbagai jenis rokok bernilai RM759,434.88 termasuk cukai, namun tiada tangkapan dilakukan.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pembongkaran itu hasil intipan PPM Pelabuhan Klang menerusi Op Contraband terhadap sebuah kereta jenis Proton Persona yang baharu selesai menghantar rokok tidak bercukai di Telok Gong di sini.

Katanya, pasukan serbuan kemudian mengekori kereta itu ke sebuah rumah di Taman Overseas Union.

ā€œPihak kami terpaksa memanjat pagar dan memasuki rumah tersebut setelah panggilan tidak bersahut.

ā€œPemeriksaan mendapati penghuni dipercayai telah lari melalui pintu belakang. Kami menemui rokok disyaki tidak bercukai,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, rumah itu disewa sindiket dengan rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

ā€œHasil pemantauan hampir sebulan ke atas sindiket ini mendapati mereka bergiat aktif menggunakan pelbagai jenis kenderaan bagi tujuan pengedaran.

ā€œSindiket juga dipercayai mempunyai banyak lokasi yang dijadikan stor transit,ā€ katanya. -K!ONLINE
 
Sponsored Post

azmann33

Legendary Member
gem
Messages
11,440
Joined
Mar 2, 2009
Messages
11,440
Reaction score
1,336
Points
201
bersangka baik,,boleh jadi ini kali pertama mrk buat serbuan..
Terlupa yg suspek boleh lari kot belakang.....haha
Lain kali kepung belakang juga ya...
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Org putih ada berkata dont put all eggs in one basket
Simpan la banyak tempat. Sekali kantoi 700k byk rugi la šŸ¤­
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register