BTC USD 60,605.9 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah terbuka Aidilfitri PAS, 9 September

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR: PAS menjemput orang ramai menghadiri majlis hari terbuka Aidilfitri parti itu, 9 September ini di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Majlis akan bermula jam dua hingga lima petang.

Justeru, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali menjemput orang ramai sama ada dalam dan luar Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis yang memang diadakan setiap tahun.

"Saya jemputlah semua hadir ke rumah terbuka PAS kali ini, termasuk media-media sekali. Kita memang buat terbuka kepada semua," kata beliau selepas selesai sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap pengarah program Mohd Nor Mohamad berkata, PAS menyediakan pelbagai makanan untuk seratus ibu orang.

"Kita ada menu istimewa seperti nasi dagang Terengganu, satey, mihun sup utara, lemang dan pelbagai juadah sampingan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah beliau, selain pimpinan utama Pakatan Rakyat, beberapa tetamu istimewa akan turut memeriahkan majlis.

Selain itu, kumpulan dikir barat dari Kelantan diundang khas untuk menghiburkan orang ramai.
 
Sponsored Post

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
jangan geng Perkosa datang memperkosa kt sana udah ler....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register