Rumah terbakar, Kira-kira 200 tinggal sehelai sepinggang

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,249
Reaction score
8,817
Points
2,226


Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di Kampung Teck Guan, Lahad Datu. - Foto ihsan Bomba



200 mangsa Membabitkan 43 keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Teck Guan, Lahad Datu. - Foto ihsan Bomba



200 mangsa Membabitkan 43 keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Teck Guan, Lahad Datu. - Foto ihsan Bomba
LAHAD DATU: Kira-kira 200 mangsa daripada 43 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Teck Guan, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 pintu bilik daripada dua blok rumah kongsi yang didiami pekerja kilang tayar dan empat rumah termasuk dua rumah sewa membabitkan 15 pintu bilik di kawasan terbabit musnah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tawau, Ismaidi Ismail, berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Daerah (BBP) Lahad Datu menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.27 malam.

“Seramai 31 anggota termasuk dari BBP Kunak dikejarkan ke lokasi kejadian bersama empat jentera dan dua kenderaan utiliti untuk memadam kebakaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran membabitkan dua blok rumah rumah kongsi dan empat rumah musnah 100 peratus. Usaha mengawal kebakaran segera dilakukan bagaimanapun anggota menghadapi masalah tiada punca air di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ismaidi berkata, api hanya berjaya dikawal pada jam 10.35 malam sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.22 tengah malam tadi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata kebakaran membabitkan dua rumah persendirian, dua rumah sewa yang dianggarkan ada 15 bilik serta 10 bilik dari dua blok rumah kongsi.

“Jumlah keluarga yang terbabit adalah 18 keluarga dari empat rumah dan 25 keluarga dari rumah kongsi terbabit.

“Sebahagian mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara dan ada juga yang menumpang di rumah ahli keluarga di sekitar daerah ini,” katanya.


 
Top
Log in Register