Rumah terbakar ketika periksa jantung

CG Sponsors




Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUANTAN: Seorang lelaki yang berada di Hospital Temerloh untuk melakukan pemeriksaan jantung terkejut apabila menerima panggilan daripada jirannya memberitahu rumahnya di Kampung Ketapang Tengah, Pekan terbakar.
Sheikh Mohd Lokman Sheikh Hussain, 43, ditemani isterinya yang mengandung tujuh bulan, Norazlina Bakar, 37, segera bergegas pulang selepas menerima panggilan itu kira-kira 10.30 pagi tadi.

Namun mereka bernasib baik, kerana lima orang anak mereka berada di sekolah ketika kejadian sementara ibu mentua Sheikh Mohd Lokman, Hashimah Mahmud, 70, keluar ke pasar.

"Kebakaran rumah separuh kayu ini dipercayai berpunca daripada bahagian tengah dan merebak sehingga ke bahagian dapur menyebabkan tong gas turut meletup," kata Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pekan, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin. - Bernama

p/s: nasib baik tak mati kerna sakit jantung time tu. :D
 
Top
Log in Register