BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah Tangga Retak Punca Kes Suami Bunuh Isteri, Suspek Serah Diri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
20.06.2024 - Rumah tangga retak punca kes suami bunuh isteri di hotel Batu Gajah, suspek serah diri; Seorang lelaki bertindak menyerahkan diri di balai polis Batu Gajah, Perak selepas membunuh isterinya dalam kejadian di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos pada Khamis. Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah kira-kira pukul 2 petang untuk menyerah diri dengan memaklumkan dia sudah membunuh isterinya dalam bilik di hotel itu.

Lelaki itu membunuh isterinya menggunakan pisau dan punca pembunuhan dipercayai akibat keretakan rumah tangga yang menghampiri perceraian. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad, berkata motif suspek berusia 36 tahun itu membunuh wanita berumur 32 tahun berkenaan, dipercayai kerana tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh. Katanya, siasatan polis menemukan mayat mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel itu, dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

"Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian, iaitu pada 19 Jun. Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun sudah dipujuk. Suspek kemudiannya ditangkap untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Md Noor Aehawan turut mengesahkan bahawa selepas menikam isterinya itu, suspek kemudiannya pergi ke Balai Polis Batu Gajah sekitar pukul 2 petang tadi untuk menyerah diri. Beliau dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Aaiaten Superintendan V K Gunaselan di talian 0123634341 untuk membantu siasatan.
1718899251887.png
 
'Arwah Adik Terima Ugutan Berulang-Kali Lebih Setahun' - Abang Mangsa

21.06.2024 - Wanita yang maut dibunuh oleh suaminya sendiri di sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, semalam dipercayai menerima ugutan jenayah termasuk bunuh berulang-kali sejak lebih setahun lalu.

Mangsa, Nisya Syahkila Shaharun, ditemui dengan kesan tikaman di lokasi kejadian selepas suspek berusia 36 tahun menyerah diri di balai polis jam 2 petang. Abang mangsa, Syahiran Shaharun, 34, berkata anak kedua daripada enam beradik itu mendirikan rumah tangga dengan suspek dan menetap di Kedah pada 2022 lalu. Bagaimanapun menurutnya, adiknya itu mengadu kepada keluarga bahawa dia kerap dipukul dan diugut oleh suaminya yang culas dalam pemberian nafkah sehinggalah arwah bapa, Shaharun bertegas membawa Nisya Syahkila dan anak lelaki berusia sembilan tahun pulang ke pangkuan keluarga di Perak pada tahun sama.

"Ini adalah perkahwinan kali kedua arwah. Anak lelaki itu hasil perkahwinan arwah bersama suami pertama. Sepanjang tempoh di Perak, arwah sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana menerima ugutan menerusi panggilan telefon dan mesej suara secara berterusan. Mei lalu, suspek pernah ditahan reman oleh polis selama dua hari sebelum dilepaskan," katanya semasa ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.

Syahiran berkata, pada hari kejadian (semalam), Nisya Syahkila dan suspek sepatutnya hadir ke mahkamah syariah untuk prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh. Katanya, adiknya itu bertindak berani berjumpa dengan suaminya di hotel kerana menyangka lelaki itu mahu menyelesaikan permasalahan rumah tangga mereka secara baik.

"Pada mulanya mak melarang adik bertemu lelaki itu, tetapi arwah yakinkan semuanya akan baik-baik sahaja, malah pada sebelah pagi, dia sempat menghantar anaknya ke sekolah menaiki mo

tosikal sebelum kembali menemui lelaki itu. Mungkin arwah adik fikir ini kali terakhir kerana suaminya sebelum ini enggan hadir ke mahkamah walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian. Suspek tidak rapat dengan keluarga kami, semasa awal perkahwinan dahulu sahaja dia beraya bersama," katanya.

Syahiran berkata, ahli keluarga masih terkejut dengan pemergian Nisya Syahkila yang mesra dipanggil Angah dalam kalangan keluarga, namun berlapang dada dan reda dengan ketentuan Allah.

"Arwah sebelum ini pernah kata dia mahu pergi jauh sekiranya suaminya tak mahu menceraikannya, saya sangka dia mahu tinggal dan bekerja di tempat lain.Apabila difikirkan semula, saya tak sangka kata-katanya itu adalah petanda dia akan pergi buat selamanya," katanya memaklumkan jenazah Allahyarhamah Nisya Syahkila akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah selepas solat Asar, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Jun depan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.​

1718953224921.png

Lelaki Di Syaki Bunuh Isteri Minta Fasakh Di Reman 7 Hari

21.06.2024 - Suspek disyaki menikam mati isterinya kerana menuntut fasakh direman seminggu sehingga 27 Jun. Semalam, lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah, Perak, pada 2 petang selepas maklum kepada polis dia membunuh mangsa di sebuah bilik hotel, di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah. Menurut Berita Harian, suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ketua Polis Batu Gajah Md Noor Aehawan Mohammad dilaporkan, berkata suspek disyaki membunuh mangsa yang berusia 32 tahun kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh. Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di bilik hotel tersebut dengan kesan tikaman serta sebilah pisau.
1718938355834.png

Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register