Rumah Sudirman terbakar

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
TEMERLOH 3 Dis. — Rumah penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Arshad di Kampung Bukit Tok Embun, Mentakab dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Penolong Penguasa Md Yusof Mustafa berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca dari api lilin yang mungkin ditinggalkan oleh penagih dadah yang menjadikan rumah itu sebagai sarang menghisap dadah sejak ditinggalkan kosong beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, bomba pada mulanya menerima laporan mengenai kebakaran tiang elektrik pada jarak 15 meter dari rumah tersebut, tetapi setelah tiba di kawasan kejadian, pihaknya mendapati kepulan asap menyelubungi kawasan rumah tersebut.

“Semasa anggota bomba sampai ke rumah itu, kira-kira 90 peratus rumah berkenaan sudah hangus terbakar dan bahagian bumbungnya telah ranap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran itu dan kerugian belum dapat ditaksirkan. - Bernama
 
Sponsored Post

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
terbakar pun takpe kalu jadi tempat penagih...
takde owang duduk dah ke umah tu...
sudirman pun dah lame xde...
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
apo nak wat..tuan punye badan pun dah xde
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
sedey lak..
xda keluarga ke dia??
 

Pistia

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2008
Messages
8,760
Reaction score
47
Points
70
tak org jage ke umah tu..

sampai jd sarang penagih lak..:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register