BTC USD 94,173.3 Gold USD 2,688.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah selebriti disita, IG Datuk Vida diserang netizen

Sponsored Post

Yg paling tak cerdik....depa buat live.......org yg kategori konon tak berduit...bising pasal ekonomi...puak ni lah dok bagi GIFT.....kelakar kan
maknanya dorang suka bagi duit kat influencer dari bagi kat kerajaan. tolong sesama melayu dari tolong kerajaan UMDAP.
 
mcm kes shuib aaa . tayang sana sini gaji tak byr hutang tak byr.. gitu la gan vida ni

tapi org Kita gak yg duk jek sokong depa jd femes
tula

nsb baik kita bijak

kalo ada harta sikit pon dendiam je - xriak, takaboor

yg penting org xfokus & hidup tenang2
 
Datuk Vida dakwa plaintif ada surat sita barang, namun tiada waran masuk rumah​

Usahawan kosmetik terkenal dari Malaysia, Datuk Seri Vida mendakwa pihak plaintif sememangnya ada surat sita aset daripada mahkamah, tetapi tidak mempunyai satu lagi dokumen penting iaitu waran masuk ke dalam rumah.

datuk_vida.jpg

(Gambar: Sinar Harian)

SHAH ALAM: Usahawan kosmetik terkenal dari Malaysia, Datuk Seri Vida mendakwa pihak plaintif sememangnya ada surat sita aset daripada mahkamah, tetapi tidak mempunyai satu lagi dokumen penting iaitu waran masuk ke dalam rumah.

Beliau berkata plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan oleh pekerjanya, namun keizinan tersebut di luar pengetahuannya.

“Sebab ex-parte (sebelah pihak) tanpa kehadiran boleh ambil penghakiman. Ini saya tahu pada hari kejadian sita rumah.

“Staf tak boleh hubungi saya kerana dalam perjalanan ke luar negara, maka mereka buat keputusan sendiri. Diberitahu ada sita.

“Sepatutnya ada satu lagi surat. Sita barang ada, surat masuk rumah tak ada, tetapi atas kerjasama staf yang saya pun tak tahu, mereka (plaintif) dipersilakan masuk,” katanya menerusi sesi penstriman langsung di TikTok pada Selasa (26 Nov).

Pada Isnin, pihak media melaporkan Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman gagal melunaskan hutang sebanyak RM1,060,285 (S$320,556) untuk kerja-kerja ubah suai di kilangnya di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada 2018.

Empat kereta mewah milik beliau turut disita iaitu Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 serta semua barangan di dalam rumah berkenaan.

Pihak mahkamah bersama peguam, Samir Zainal dan kontraktor, Mohamad Taufik Kamarul tiba di rumahnya di Persiaran Bukit Meru pada pukul 9.00 pagi sambil ditemani wartawan.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan masuk kira-kira pukul 10.30 pagi selepas beberapa kakitangan Vida tiba.

Menurut Samir, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan penghakiman yang memerintahkan Vida untuk menyelesaikan hutang pada 29 Oktober tahun lalu.

Beliau juga diberikan tempoh dua minggu sehingga 9 Disember ini untuk menyelesaikan baki hutang, jika tidak mahu barangannya dilelong.

Menurutnya, perkara tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada peguam memandangkan ia sudah mendapat liputan meluas.

“Tak tahulah ini takdir dan ujian saya, dipanggil pula wartawan datang depan rumah. Maka, terbukalah aib yang tidak sepatutnya.

“Tetapi, saya rasa netizen bijak dan tahu kisahnya macam mana. Saya takkan tak bayar hutang orang!

“Orang berniaga tak boleh ada hutang, insya-ALLAH perkara ini saya serahkan kepada peguam. Tolong doakan saya supaya terus kuat dan hebat kerana setiap ujian ada hikmahnya,” ujar Vida.

denial ke cane ni??
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register