BTC USD 94,173.3 Gold USD 2,688.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah selebriti disita, IG Datuk Vida diserang netizen

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,150
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,150
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
Rumah selebriti disita, IG Datuk Vida diserang netizen


Instagram usahawan selebriti Vida diserang netizen bertubi-tubi.
PETALING JAYA – Selepas aset mewah disita, Instagram usahawan selebriti Datuk Seri Vida diserang netizen bertubi-tubi.

Semuanya berlaku selepas Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, dilaporkan tidak menyelesaikan hutang kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan sebanyak RM1,060,285.

Rata-rata tidak percaya dengan berita tersebut selain terkejut usahawan yang selama ini sering menayang kemewahan mempunyai hutang berjumlah jutaan ringgit.

“Rumah Datuk kena serbu katanya tidak bayar hutang RM1 juta betulkah?,” soal netizen

“Ingatkan orang kaya tak ada hutang, rupa-rupanya lagi banyak berhutang,” herdik pengikut.

”Semalam anak baru tayang terima duit berpuluh ribu, hari ini keluar berita tak bayar hutang,” ujar netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang masih bersangka baik terhadap Vida dan beranggapan wanita itu ada sebab kukuh bertindak tidak melunaskan hutang.

“Mungkin Datuk Vida sendiri yang tak bayar sebab kontraktor bermasalah, mana kita tahu,” ujar peminat.

“Rasanya dia malas nak bayar, setakat RM1 juta celah gigi dia sahaja,” kata pengikut.

Hari ini, media melaporkan bahawa aset seperti barangan rumah, kediaman dan kereta Vida disita selepas gagal membayar hutang pada 2018.

Tindakan sita tersebut dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Vida gagal memberi sebarang respons untuk membayar kembali ganti rugi pada tahun 2023. – KOSMO!ONLINE
 
Sponsored Post

scam jgk la ye vida ni..aritu mse GV scam hadiah tanah x dpt dgn gelang emas tipu kat aishah..tp bru je tgk post cik b mntak kat mak dia duit belanja sampai 70k kau..kau2 belajar kat sana haha
Tanah tu dengan company lain bro. Tapi scam jugak lah Aisyah tak dapat keluasan lot dijanjikan pun
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register