BTC USD 40,976.4 Gold USD 1,803.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah DIGANGGU Selepas Bomoh Pulang...

Storyday

Active Member
Joined
Dec 9, 2007
Messages
2,409
Reaction score
13
Points
25
Salam warga CG. Di sini sy nk sertakan beberapa kisah ataupun fenomena aneh
yg telah terjadi di rumah saya. Okay, buat pengetahuan rakan2 CG., rumah yg
sy diami sekarang terletak di Melaka, lokasinya? Eloklah saya rahsiakan kerna
dikhuatiri akan menimbulkan perasaan horror dlm kalangan permastautin
di sekitarnya. Rumah sy ialah semi–D (2 semi–D tetapi tlah combined into a somewhat
a bungalow alike. Kalo tgok dari luar mmg boleh merinding bulu roma, cuak juga...
Sumpah saya tak bedek.

Jadi, kisahnya begini. Selang beberapa minggu yg lepas, seputar 8 pagi
kami seisi rumah telah dikejutkan dgn penemuan sisik ular. Bukan sisik ko, tapi kulit dia.
Ye lah, ular kan salin kulit bila dah smpai tempohnya, mcm cocoon juga. Smpai masa
jadi lah rama–rama. Jadi, cuak gila lah nmpk kulit ular tu. Ular sawa agaknya,
gemok jugak diameter ular tu, lebar mcm lengan lelaki dewasa.

Kitorang runsing la pikirkan masalah ni, tkut ular tu menyelinap masuk rumah nnti,
tak ke naya? Tapi, kami tidak terus bertindak, lama kelamaan peristiwa ni lupai..
Hadapi hari2 mcm biasa, happy je tnpa teringat psl ular tu..

So, rabu lepas mak saya pegi panggil seorang dukun ataupun bomoh
yg bertujuan tuk halau ular ni once and for all kata org putih..

Dia buat keje dia hari rabu, seputar jam 8 mlm mungkin. Dia baca2 manteranya,
saya sepatah haram xfaham la. Seusai dia habis kerja dia, dukun tu kata.
"kak.. Ular tu tak wujud sebenarnya.. Ianya ular ghaib, ia pembawa rejeki. Usah khuatir ya"

Ktorang pun ok je la ble dia kata gitu. Hulur rm100, dia pun kluar rumah
dan terus menuju ke motosikal usangnya. Smbil mencucuh rokok dia bilang,
"nanti sy dtg lagi ya... Hehe". Terpapar sesuatu yg cuba disembunyikan di raut
wajahnya. Kitorang wat xtau je, mls amek port. Saya tggu dpan pagar rumah
hinggalah susuk tubuhnya hilang dimamah kepekatan malam..

Then sy pun masuk rmah lepak2 layan CG. Sekitar pukul 11.30..
ini sumpah saya tak bedek kawan2.. Adik perempuan saya nk bg Nobi makn( kucing)..
Rumah sy kan luas, ada 2 compartment gitu (semi D belah kiri dan kanan)..

Jadi adik sy pun g la dapur, area semi D blah kanan.. Nk bg mkn dah, dengan tak
semena–mena, lampu compartment kanan tu padam!! Adik sy terpaku dlm gelap,
xleh gerak coz tkut sgt. Area dpur sy ni pakai tiles yg kayu tu, xtau apa nama.
Adil sy tiba2 terdengar bunyi tapak org berlari ke arahnya dlm keadaan tergesa–gesa!

Menjerit dia "Ya Allah! ". Dia cpat2 amek Nobi dan lari ke bilik ibu sy.
15mins kemudian abg sy balik dan check suis, xda kesan suis kena 'tendang'.. Semua ok je.
Pelil cmne lampu leh padam??

Dan tadi, ni bru terjadi.. Adik sy dan sepupu(dua2 perempuan).
Nk ke dapur, tiba2 dgr suara LELAKI sergah! Bkn perempuan ok??

Jadi sy syak bomoh ni ada buat sesuatu yg memusykilkan.
Apa pendapt rakan2?
 
Sponsored Post

bedal

Fun Poster
Joined
Sep 14, 2006
Messages
312
Reaction score
2
Points
15
x da beban ..batu di galas.. ada ular..panggil bomba...bukan panggil bomoh... :)
 

putrialya

Active+ Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
3,286
Reaction score
22
Points
25
komfem dah tu...bomoh ni mmg cmtu...nama pun bomeh...maknanya dia nak lagi seratus tu...suh dia amik balik brg2 dia yg tertinggal...isk2
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
kalau perubatan cara islam dia cegah terus...InsyAllah
tp kalau bomoh dia tinggalkan pendamping dia..senang kata hantu lama lari tp hantu bomoh plak dok menjaga..
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
betul la tu angkara bomoh .. cam nak bomoh jer bomoh **** tu kan ..
 

pashaok

Fun Poster
Joined
Apr 5, 2011
Messages
396
Reaction score
0
Points
10
hantu belaan tu...bahaya lah lagi
 

Storyday

Active Member
Joined
Dec 9, 2007
Messages
2,409
Reaction score
13
Points
25
N
komfem dah tu...bomoh ni mmg cmtu...nama pun bomeh...maknanya dia nak lagi seratus tu...suh dia amik balik brg2 dia yg tertinggal...isk2

Betul! Esokan hari(khamis), dia dtg mintak lagi
Rm100. Mak sy bagi. Pastu dia dtg lagi, mintak rm500!

Mak sy xbgi la. Then dia balik dgn muka masam. Xpuas hati kot...
 

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
bapak kau kan polis pasal apa tak panggil jer bapa ko jumpa bomoh tu ..


lupa lak bapa ko sibuk pasal musa hassan .. :D:D
 

Asmat

Active+ Member
Joined
Mar 22, 2011
Messages
3,110
Reaction score
0
Points
20
bunga cerita lbih byk dari cerita..pendekkan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register