BTC USD 54,318.5 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah buat bom diserbu

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PASIR MAS: Polis menyerbu sebuah rumah di satu kawasan terpencil di pinggir jajahan ini, pagi semalam, yang disyaki digunakan untuk menghasilkan bom buatan sendiri dan menahan tiga lelaki asing, semuanya dipercayai warga Thailand.

Dalam gerakan di Kampung Gebeng bermula jam 9 pagi itu, sepasukan polis yang turut disertai Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Cawangan Khas (SB) dikatakan menemui sejumlah bahan letupan.

Sehingga jam 8 malam tadi, kawasan itu masih dikepung polis, walaupun tiga suspek yang ditahan di rumah berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan diletakkan di bawah kawalan ketat.

Malam tadi juga, Polis Kelantan atau Bukit Aman tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Malah, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang dihubungi malam tadi, berkata sebarang kenyataan hanya akan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Tinjauan media mendapati, rumah itu terletak dalam kawasan dikelilingi pokok mangga dan turut dipisahkan kawasan sawah padi daripada rumah penduduk kampung terdekat.

Seorang penduduk Kampung Gebeng, Abdul Rahman Che Leh, 56, berkata mereka hanya menyedari polis mengepung kawasan itu apabila mendapati tiga kenderaan polis memasuki kawasan berkenaan jam 9 pagi.

"Penduduk di sini memang tahu yang rumah itu didiami warga asing yang menyewa di situ. Mulanya kami sangka, polis masuk ke situ kerana ada pergaduhan di kalangan warga asing.

“Namun, kami kemudiannya dimaklumkan anggota polis yang melarang penduduk kampung menghampiri kawasan terbabit, dengan alasan ada bom ditemui di situ," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini penduduk kampung yang pernah bertembung dengan warga asing terbabit diberitahu mereka menyewa di situ kerana menjalankan kegiatan menangkap belut di kawasan sawah.

“Saya juga pernah ke rumah itu dan nampak ada mesin yang digunakan untuk memotong dan menebuk besi. Namun, saya tidak mempunyai sebarang prasangka buruk mengenainya sehinggalah polis menyerbu hari ini (semalam)," katanya.
 
Sponsored Post

bazsh

Super Active Member
Messages
7,020
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Tak pasal2 nnt Kelantan dicop sebagai kawasan terorist laks
 

Putra_Quezee

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
1,287
Joined
Feb 7, 2008
Messages
1,287
Reaction score
19
Points
25
hebat benar kat malaysia... kat umah pun leh buat bom... tak payah tunggu kilang.... hehehe...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register