BTC USD 40,206.1 Gold USD 1,862.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Rumah Allah pun kena saman 10K pening sungguh

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,565
Reaction score
76
Points
40
rumah allah pun kena saman 10 k

Kompaun RM10,000 terhadap masjid diharap jadi iktibar​


Kompaun RM10,000 yang dikenakan ke atas sebuah masjid di Pekan dekat Kuantan semalam diharap menjadi pengajaran kepada pengurusan masjid lain supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Pekan mengeluarkan kompaun itu selepas mendapati pengurusan masjid tidak mendaftarkan nama jemaah seperti disyaratkan.

“Kompaun dikeluarkan agar masjid lain mengambil iktibar. Bayaran telah dibuat oleh pihak masjid dengan 50 peratus diskaun,” katanya ringkas kepada media menerusi pesanan aplikasi WhatsApp hari ini.

Hari ini tular di media sosial Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sri Maulana di Pekan dikompaun RM10,000 kerana didakwa tidak menyediakan Kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan semasa pemeriksaan dijalankan 11 pagi semalam, yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

- Bernama

0912FFF4-67B0-4F79-AB6F-CD6356A78C87.jpeg
 
Last edited:
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,133
Reaction score
2,904
Points
201
salah pengerusi kot tak buat QR kod dan list buku tu......tapi sejak 2020 takan tak buat.....dah berapa lama dah SOP berjalan...mcm tak logik je...kecuali pengerusi tu koma dan baru bangkit dari katil...
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,209
Reaction score
692
Points
121
2 kali jumaat punya collection ni, naya jugak.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,692
Reaction score
1,246
Points
156
Kalau ada kes berpunca dari masjid ni, memang susah KKM nak trace.
Dalam kes ni ketegasan KKM adalah betul.
 

chip555

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
2,342
Reaction score
215
Points
43
ni mesti dalam kepala "tak payah buat la, takkan la orang nak saman masjid ". orang solat kat situ tak gaduh ke takde QR code, kalau kat tempat aku dah gaduh dah tu. masing2 takut jangkit pegang pen.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,692
Reaction score
1,246
Points
156
ni mesti dalam kepala "tak payah buat la, takkan la orang nak saman masjid ". orang solat kat situ tak gaduh ke takde QR code, kalau kat tempat aku dah gaduh dah tu. masing2 takut jangkit pegang pen.
Tuan, kat masjid ada qariah tarik muka bila kita tak menyambut salam dari mereka.
Sedangkan sebelum solat, bilal berulang2 kata jaga SOP, jaga jarak.
Bila kita tak sambut salam, mereka kata salam tu membawa berkat....😝
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register