BTC USD 61,932.7 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Rumah ‘Saiz kotak kasut harga setengah juta, tak selera beli rumah di Malaysia’

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,606
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,606
Reaction score
6,473
Points
881
Awards
1
‘Saiz kotak kasut harga setengah juta, tak selera beli rumah di Malaysia’

PETALING JAYA – Terkejut harga rumah melambung tinggi, pelakon Diana Danielle melupakan hasrat untuk membeli kediaman sendiri buat masa ini.

Ujar Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Beeson, 33, berdasarkan pasaran semasa dia bimbang terpaksa menanggung kerugian sekiranya mahu menjual semula aset tersebut.

“Tak ada selera nak beli rumah dalam Malaysia sekarang, semua saiz kotak kasut harga setengah juta.

“Nak jual nanti ada ke pembeli, akhirnya jual dengan menanggung kerugian,” ujarnya menerusi ciapan dalam platform X.

Tambah pelakon filem Imaginur itu, dalam situasi bergini lebih baik melabur duit dengan membeli emas berbanding rumah.

“Baik beli emas sahaja tidak sakit hati,” ujarnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan kenyataan isteri kepada pelakon Farid Kamil itu selain mengakui generasi muda kini semakin sukar memiliki kediaman sendiri.

“Harga rumah sekarang mahal, memang susah orang muda terutamanya yang baru berkeluarga untuk membeli rumah, kasihan,” komen netizen.

Harga rumah tak masuk akal terutamanya di Johor Bahru, tapak teres buka setengah juta, siapa mampu beli selain warga Singapura,” tulis pengguna media sosial lain.

“Awak yang artis pun rasa mahal, apatah lagi kami yang makan gaji, hanya mampu berdoa dan pasang impian sahaja,” komen seorang lagi netizen.


Diana antara selebriti yang lantang menyuarakan pandangan dalam laman sosial berkaitan sesuatu isu terutama membabitkan masyarakat. – HIBGLAM
 
Sponsored Post

Zaman awal tahun 20an, masih lagi mampu membayar full settlement loan rumah sebelum capai umur 55.
Sekarang drag sampai umur 60 pun masih ada baki untuk dibayar.
Mahal betul rumah sekarang.
better cari tanah dusun kat N9 yg ada ank sungai + pokok² buah²han .. dlm 1-2 ekar . yg dekat dgn jalan raya ...

buat la tiny house + ternak ikan + ayam .. kebun² sayur

baru dlm 400k
 
Zaman awal tahun 20an, masih lagi mampu membayar full settlement loan rumah sebelum capai umur 55.
Sekarang drag sampai umur 60 pun masih ada baki untuk dibayar.
Mahal betul rumah sekarang.

Sistem riba mmg begitu..

Boleh main speculate sebab sistem pinjaman bank itu sendiri boleh multiply tanpa kekuatan sandaran fizikal..cth emas dll..

Endingnya pakat2 mereput jelah..
 
cost nk develop tanah 3 ekar boleh buat dlm 40 rumah ..

cost tanah dah 3m-4m

cost tukar syarat pecah sempadan kat PTG dah 600k

caj kemajuan kat PBT dah 200k

nak bina IWK cost 500k-600k

kos bina bangunan rm200-rm230 sekaki persegi ..

kerja awalan seperti land clearing & prelininary work + pasang hoding keliling + rumah perkerja 300k

tambak tanah 300k-500k

pilling 300k-400k

belom infrastructure seperti jalan/longkang dan dll lagi

lanskap + playground 150k

horrding yearly fees (PBT ) 60k

konsultan fees 8%-10% dari GDC = 1m

legal fees utk SPA & MOT .. 15K setiap unit kalau harga rumah 500k = 600k

agent comm. 3% .. dah 15k sebijik rumah = 600k
 
Last edited:
takleh nak kata apa ..
bahan binaan mencanak2 naik dlm diam.. pulak2 lepas kenaikan diesel baru2 ni
buruh lak, 2-3 tahun lepas, tukang rm100, skang dah 150.. bancuh simen rm60 dah ok, skang rm80 belum tentu orang nak..
dulu boleh lah beli tanah lot sekitar 50k ( tempat aku la ) dan buat rumah sendiri sekitar 100k, sekarang tanah lot dah 100k, buat rumah 200k
so, menyewa la smpai abam jalil mampus .. :ROFLMAO:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register