BTC USD 41,771.1 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rugi RM11,000 selepas dijanji boleh beli-belah sakan

sarawak_lineup

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2008
Messages
5,217
Reaction score
107
Points
88
KUALA LUMPUR: Seorang penipu menggunakan taktik amat menarik apabila memperdaya ramai mangsa kononnya mereka terpilih sebagai pelanggan bertuah dan dibenarkan mengambil sebanyak mungkin produk di pasar raya itu secara percuma dengan membayar RM2,000.

Namun, mangsa hanya menyedari ditipu apabila suspek yang menyamar sebagai pengurus pasar raya terkemuka sebaliknya ghaib sebaik mangsa cuba keluar dari kaunter bayaran bersama puluhan troli berisi ‘hadiah’ percuma yang diambil.

Dalam kes terbaru, seorang pesara guru, Chin Wah Seng, 83, menjadi mangsa penipuan licik berkenaan selepas seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba mengisytiharkannya sebagai pemenang bertuah sebaik dia selesai membeli-belah di sebuah pasar raya di Kelana Jaya, di sini.

Menurutnya, dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Su, 30-an, memberitahu adalah pengurus besar pasar raya terbabit.
“Dia pada mulanya meminta saya menunjukkan resit pembelian di pasar raya itu sebelum tiba-tiba mengucapkan tahniah dengan mendakwa saya pemenang bertuah cabutan khas pasar raya itu.

“Lelaki itu mendakwa saya memenangi hadiah lumayan yang hanya boleh dituntut di cawangan pasar raya itu di Klang. Namun, lelaki berkenaan terlebih dulu memberitahu saya perlu membayar wang tunai RM2,000 bagi mendapatkan hadiah besar terbabit,” katanya, dia bagaimanapun memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak itu sambil menyerahkan RM800 di dalam dompet.

“Lebih aneh apabila suspek seolah-olah mengetahui saya memiliki kad kredit dan meminta saya membuat pembayaran tambahan menggunakan kad kredit terbabit.“Saya yang seolah-oleh dipukau bersetuju sebelum dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah bank di Klang oleh lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di bank berkenaan, mangsa diarah mengeluarkan RM4,500 menggunakan kad kredit miliknya itu.“Namun, suspek seolah-olah tidak berpuas hati apabila mendakwa jumlah wang yang diperolehnya itu masih tidak mencukupi.“Akibatnya, isteri saya yang turut sama ketika kejadian turut diminta supaya mengeluarkan RM2,000 lagi daripada bank menjadikan jumlah keseluruhan wang diambil RM7,300,” katanya.

“Saya dan isteri dibawa masuk ke dalam kompleks beli-belah terkemuka itu sebelum diarahkan suspek mengambil apa saja produk dijual di dalam pasar raya itu secara percuma,” katanya.

Pada masa sama lelaki terbabit memberitahu akan menunggunya di kaunter pembayaran.Menurutnya, dia yang tidak sabar kemudian meluru masuk ke dalam pasar raya sebelum memilih pelbagai barang perkakas rumah dan elektronik yang dianggap menarik dan berbaloi dengan wang dibayar sebelum ini.

“Selepas lebih satu jam memilih barang, saya menolak troli berisi penuh barangan ke kaunter bayaran. Namun saya terkejut apabila mendapati ‘pengurus’ berkenaan lesap begitu saja,” katanya.

Menurutnya, selepas lama menanti, dia akhirnya mula menyedari ditipu sebelum mengambil keputusan berjumpa dengan pengurus sebenar pasar raya itu.

“Lebih mengejutkan apabila pengurus terbabit mendakwa dia bukan mangsa pertama ditipu dengan taktik sama berdasarkan laporan beberapa mangsa lain diterima sebelum ini.

“Saya yang menyedari diperdaya kemudian segera membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya. Pada masa sama saya turut menghubungi pihak bank bagi memastikan tiada transaksi wang dilakukan menggunakan kad kredit saya yang masih berada pada tangan penjenayah,” katanya.

Namun, malang bagi mangsa apabila penjenayah dikesan sempat menggunakan kad kredit mangsa untuk membuat pengeluaran RM4,500.

“Akibat kejadian itu saya kerugian lebih RM11,000 hanya kerana percaya dengan tipu helah suspek. Kejadian ini amat menyedihkan kerana lelaki terbabit sanggup menipu saya yang sudah tua,” katanya.

MORAL OF THE STORY
kepada kaki shopping tu,hati2 semasa bershopping
...:D
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Macam2 cara orang nak carik duit mudah
 

sarawak_lineup

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2008
Messages
5,217
Reaction score
107
Points
88
yup...
x terpikir lg den teknik tu...
best gak klu di praktik kot..:D
 

diablo

Active+ Member
Joined
May 18, 2007
Messages
3,639
Reaction score
10
Points
25
Sah2 area Giant Kelana Jaya la ni
 

moneymaker

Active Member
Joined
Dec 11, 2006
Messages
1,029
Reaction score
2
Points
25
mcmnie pun ader ekk?sng jew dpt duit org ssh payah cri duit sng2 jew diorang kebas
 

blue.frosty

Active Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
2,045
Reaction score
1
Points
25
penat2 je cari duit senang2 je dapat kat org lain
 

g_kan

Active Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
2,279
Reaction score
180
Points
33
kena kencing hidup2 la si tua tu....
siann dia...
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
kena kat aku tah cmna tah...nah cari duit bkn main susah...
 

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,730
Reaction score
231
Points
83
RM 11,000 wooo. kate nama si penipu tu Su, oghe kito ko?:(scam
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
pas nih .. nk kena knl manager2 TESCO, CARRE4,JUSCO:)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register