BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rugi RM1000 beli sofa di internet

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
3016_Model-608SP-628x250.jpg

Hiasan

Raub: Seorang lelaki yang membeli set sofa kulit bagi menyambut Aidilfitri secara dalam talian, kerugian RM1,000 apabila tidak menerima barangan berkenan.

Mangsa berusia 30 tahun itu melayari satu laman web tertarik dengan iklan memaparkan set sofa dengan harga RM1,600 lalu menghubungi nombor telefon penjual berkenaan.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, panggilan mangsa dijawab seorang wanita yang memberitahu dia tinggal di Selangor.

Menurutnya, selepas berbincang, mangsa bersetuju membeli set sofa berkenaan dengan harga ditawarkan dan membuat bayaran pendahuluan RM1,000 ke dalam akaun seorang lelaki di sebuah bank di bandar ini.

Katanya, lelaki itu kemudian menghantar gambar slip bayaran berkenaan kepada wanita terbabit melalui aplikasi WhatsApp dan dia diminta menjelaskan baki RM1,250 yang termasuk kos penghantaran sehari sebelum barang dihantar.

“Mangsa memberitahu baki bayaran akan dibuat adiknya sebaik sofa berkenaan tiba namun suspek tidak bersetuju dengan permintaan mangsa sebelum mematikan talian telefon bimbit.

“Tiba hari dijanjikan, lelaki itu cuba menghubungi nombor telefon wanita terbabit namun panggilannya tidak dijawab sebelum mangsa menyedari ditipu.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin (dua hari lalu),” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kempunansofadibelidalamtalian/Article/index_html
 
Gila sofa beli o line nk pkai courier apa? Confirm2 mahal
 
Kdg2 sesetengah barang kita nak tgk benda maujud...rasa xpuas hnya gambar.
X blh guna 5 deria utk puaskan hati.
 
mangsa umur 30tahun ..buta IT ke mcm mana dia ni..aku ingatkan mangsa umur 60tahun ke yela..
 
Kalau betul...menangis la posto hantar brg gedebak besar begitu
 
sofa pun mau beli on9 kaa...haiyaaa
 
Back
Top
Log in Register