BTC USD 37,992.8 Gold USD 1,773.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Education RTM Akan Melancarkan Saluran Baru Untuk PdPR Sepanjang PKP

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Antara idea bernas yang telah dilakukan sejak rungutan mula dilaporkan ibu bapa mengenai masalah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ialah JAKIM akan melancarkan saluran khas kelas KAFA di TV Al Hijrah. Kini RTM juga dalam perancangan melancarkan saluran khas untuk PdPR untuk sekolah kebangsaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata RTM sudahpun bersedia untuk melancarkan saluran baru ini kerana pengalaman yang luas mengendalikan TV Pendidikan sejak 1972 hingga 2008. Semasa PKP pertama awal tahun lalu, saluran TV Okey telah digunakan untuk PdPR selama empat jam sehari. Dengan saluran tambahan lebih banyak slot pembelajaran boleh ditayangkan tanpa pelajar menggunakan telefon pintar dan data Internet.

Kandungan saluran akan dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan dengan ujian saluran telah berjaya dilakukan. Saluran ini akan diteruskan walaupun selepas tempoh PKP ditamatkan kelak. Sebagai insan yang membesar dengan menonton TV Pendidikan, keputusan menghentikan saluran percuma ini dahulu adalah antara langkah aneh yang dilakukan kerajaan. Kembalinya TV Pendidikan ialah langkah bijak dan diharap dapat dikekalkan kerana akses mendapatkan pendidikan seharusnya percuma untuk semua.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1924831
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Sekolah Kembali Ke PdPR Selepas Cuti Hari Raya Aidilfitri

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan kembali selepas cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi pelajar sekolah rendah dan menengah kebangsaan seluruh negara. Pengumuman ini dilakukan oleh Menteri Pelajaran Datuk Dr Radzi Jidin sebentar selepas mengambil kira situasi penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di sekolah sejak dua minggu lalu.

Tempoh PdPR kali ini hanya selama dua minggu bermula dari 15-27 Mei di negeri-negeri yang memulakan persekolahan pada hari Ahad dan bermula dari 16-28 Mei di negeri-negeri yang memulakan persekolahan pada hari Isnin. Pengumuman PdPR dilakukan awal oleh Kementerian Pendidikan bagi memudahkan tenaga pengajar menghasilkan modul yang akan digunakan kelak. Arahan ini akan memberi kesan kepada 2.7 juta pelajar sekolah rendah dan 2.03 juta pelajar sekolah menengah seluruh negara.

Pada waktu yang sama sama Dr Radzi Jidin turut mengatakan pelajar-pelajar yang sudah tidak ke sekolah kerana kebimbangan jangkitan Covid-19 meningkat tidak akan dikenakan sebarang tindakan tetapi perlu memberitahu pihak sekolah terlebih dahulu.

Screenshot-38.jpg

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1956151
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,147
Reaction score
808
Points
121
KPM byk peruntukan bajet setiap tahun, paling tertinggi.

situ lah lubuk buat duit utk para kroni hahahahaha..
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
PdPR Bukan Halangan Pelajar Raih Keputusan Cemerlang SPM

11.06.2021 - Shah Alam, Kaedah baharu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ternyata tidak menghalang pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Mengakui PdPR tidak seperti kaedah konvensional yang membolehkan mereka berinteraksi secara terus dan bersua muka dengan guru, rata-rata pelajar menganggapnya sebagai cabaran dan tidak putus asa untuk mempraktikkan teknik pembelajaran baharu itu.

Aina Nurain Mohd Zamanshahril, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian, Kelantan yang memperoleh keputusan 8A dalam sembilan mata pelajaran berkata kekangan tidak dapat belajar secara bersemuka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak pernah menghalangnya untuk berusaha dan berjaya.

“Hampir setiap hari saya akan memulakan ulang kaji sekitar 10 malam sehingga 12 tengah malam dan setiap kali membuat ulang kaji saya akan mengumpul soalan yang tidak faham untuk ditanya kepada guru pada keesokkan harinya,” katanya yang merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Turut berkongsi pengalaman, Muhammad Azfar Nasution Sakaria dari Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, Kelantan yang memperoleh 7A dalam sembilan mata pelajaran. Menurutnya, beliau memanfaatkan kemudahan seperti telefon bimbit dengan menggunakan capaian internet untuk mengoptimumkan PdPR selain mengambil inisiatif mengulang kaji pelajaran sekitar lima jam sehari.

“Alhamdulillah dengan keputusan yang cemerlang ini saya bercita-cita untuk menyambung pengajian ke matrikulasi ataupun Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya yang berhasrat menjadi seorang guru.

Di Pulau Pinang, tiga kembar seiras melakar sejarah bagi Sekolah Menengah Agama Al-Maahadul Islami Tasek Junjung, di Simpang Ampat di sini kerana menjadi pelajar cemerlang sekolah itu selepas memperoleh 7A dalam SPM. Mereka ialah Nadwa Insyirah Baharom, Nadwa Maisarah dan Nadwa Zafirah yang merupakan anak kepada pasangan bekerja sendiri serta pekerja am tidak pernah menyangka akan memperoleh keputusan yang sama.

“Kami bukan orang senang, jadi hanya pelajaran saja mampu mengubah hidup keluarga, jadi saya dan dua lagi adik kembar memang sentiasa belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah kehidupan kami pada masa hadapan.

Sementara itu, fokus semasa PdPR dan rajin bertanya dengan guru adalah antara rahsia kejayaan buat pelajar Nur Syamira Ishak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk, Bukit Mertajam yang memperoleh 8A dan 2B.

“Walaupun kadang-kadang terdapat masalah internet ketika PdPR, saya kuatkan semangat dan terus fokus kerana mahu memperoleh keputusan cemerlang, lagipun emak dan ayah selalu beri dorongan…terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang banyak membantu saya dan rakan-rakan lain,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Di Kedah, Nur Nada Azhar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah yang mendapat 11A+ dan 1B+ dalam peperiksaan itu mengakui kaedah PdPR agak rumit, namun tidak mematahkan semangatnya.

“Waktu PdPR ini memang mencabar antaranya pelajar tidak boleh bertanyakan soalan secara bersemuka kepada guru dan yang paling rumit, pelajar aliran sains ketinggalan dari segi pelaksanaan eksperimen dan saya serta kawan-kawan jadi susah nak faham topik yang diajar dan latihan juga susah nak siapkan,” katanya yang menetap di Sungai Petani.

FW1171034_KB09_10062021_SPM-lpr-960x708.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2021/06/pdpr-bukan-halangan-pelajar-raih-keputusan-cemerlang-spm/
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,732
Reaction score
1,613
Points
201

Maksudnya kena buat studi kt rumah lg la kot
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register