TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
MEMASUKI pertengahan musim Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas 2011, Mohd. Rozaiman Mohd. Said berazam untuk mencatat kemenangan sulung pada Pusingan 4 di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun minggu ini.
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang itu berharap prestasinya berada di tahap terbaik seterusnya dapat menaiki podium di litar teknikal sepanjang 3.022 kilometer itu yang mengandungi tujuh selekoh kanan dan empat selekoh kiri.
"Litar itu boleh dianggap antara litar kegemaran saya. Litar teknikal tersebut mengandungi banyak selekoh berkelajuan tinggi, tetapi tidak sukar untuk melaluinya.
"Tahun lalu ketika beraksi buat pertama kali di sana, saya berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan.
"Dengan pengalaman tersebut, saya mahu mencapai keputusan yang lebih baik kali ini," kata Rozaiman.
Pada Pusingan 3 di Chennai, India, Rozaiman berjaya menamatkan Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 di tempat kelima dan dia percaya sasarannya untuk menaiki podium kali ini tidak mustahil.
"Saingan pada tahun ini semakin sengit, tetapi perkara yang bagus adalah kami, pelumba-pelumba Malaysia mampu untuk berada dalam kelompok hadapan.
"Semakin ramai pelumba Malaysia berada dalam kelompok hadapan, maka peluang kami untuk menaiki podium juga semakin cerah.
"Ini kerana kami dapat bekerjasama untuk menghadapi cabaran dari pelumba-pelumba lain. Kami mahu mencatat kejayaan yang boleh membanggakan negara," jelasnya.
Selepas tamat tiga pusingan, pelumba 22 tahun itu berada di kedudukan keempat dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 50 mata.
Pencapaian terbaiknya sewaktu menduduki tempat keempat pada Perlumbaan 1 dalam pusingan pembukaan di Litar Antarabangsa Sepang.
Berada di kedudukan teratas ialah Rafid Topan Sucipto daripada pasukan Yamaha CKJ TJM Racing dengan jumlah keseluruhan 125 mata, diikuti juara bertahan, Hadi Wijaya (Kawasaki NHK Rextor Manual Tech) dengan 86 mata.
Pelumba negara, Shahril Izzuwan Mohd. Noor yang mewakili pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM Racing berada di tempat ketiga dengan 76 mata.
Rozaiman menambah, menaiki podium bukan satu-satunya sasarannya kali ini, malah pada masa yang sama, dia turut mahu merapatkan jurang mata dengan Hadi dan Shahril.
"Kini saya dibezakan sebanyak 36 mata dengan Hadi, manakala 26 mata berbanding Shahril.
"Dengan baki enam perlumbaan, saya perlu merebut setiap peluang untuk mengutip seberapa banyak mata bagi merapatkan jurang mata ketika ini," tambahnya.