Royalti minyak Kelantan: Kalau semua nak bawa ke mahkamah, tak payah ada akta - Ku Li

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
KOTA BHARU 30 Jan. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta kerajaan Pas Kelantan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, apa yang dinyatakan pada ceramah di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV malam kelmarin adalah berdasarkan Akta Petroleum 1974 yang jelas memberikan hak tersebut kepada kerajaan Kelantan.

“Kalau dia (Rais) fikir begitu elok dia bawa ke mahkamah, saya tidak ada kuasa juga. Dia (Rais) tahu sejarah, saya tak tahu sejarah

“Saya bercakap apa yang diperuntukkan akta dan oleh perjanjian yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan negeri dengan restu kerajaan Pusat diketika itu, ini yang dipakai sampai sekarang.

“Jadi kalau hendak selesai segala-gala di mahkamah maka tidak usah pakai apa-apa (undang-undang atau perjanjian), bawa ke mahkamah sajalah,”
katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rais bahawa isu tuntutan petroleum oleh kerajaan akan hanya dapat diselesaikan di mahkamah dan bukannya melalui ceramah di stadium.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai persetujuan untuk mengetuai kaukus petroleum yang dicadangkan pakatan pembangkang, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana jawatankuasa tersebut akan turut disertai oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak menetapkan sebarang syarat. Saya cadang hendak terima jawatan itu tetapi belum buat keputusan lagi kerana saya kena bercakap dengan ahli-ahli Parlimen terutama dari negeri-negeri yang mengeluarkan minyak supaya ada perwakilan dari mereka, barang kali dua orang dari satu negeri.

“Kebanyakan negeri ini diwakili oleh ahli Parlimen BN tetapi kita tidak kira sangat kecuali Kelantan yang tidak dalam kalangan BN.

“Kalau dikira bilangan majoritinya adalah dari BN jadi tidak ada apa nak ditakut bukan hendak buat keputusan, ini bukan kerajaan tetapi kita nak bincang saja,” katanya.

Menurut beliau, kaukus tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada ahli-ahli Parlimen dari BN dan pembangkang.

Jelasnya, ia bukan sahaja membincangkan mengenai royalti tetapi juga kedudukan ekonomi negeri-negeri di seluruh negara.

Sumber
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
elok jgn di panjangkan lagi..better bg je royalti tu kepada yg empunye..
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
sampai macam nih kes royalti nih...

ala, bagi je la...

Kelantan pun Malaysia gak bukan negara lain....:">:">:">

parti je lain....:">:">:">
 

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
pedas kuli jawap..huhuhu
 

belakepare

Active+ Member
Joined
Apr 19, 2008
Messages
2,912
Reaction score
40
Points
30
ini lah br pemimpin tak bias mana2 just follow the rules

tahniah Ku Li
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
-deleted-------
 
Last edited:

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
erm..ku li ni kalo korang nak tau ramai org lam bn terutama umno xske kat dia..kenapa?atas sebab2 yg mcm ni la..ni pulak petikan kata2 dari rais semalam..dipetik dari sinar harian hari ni..

Rais terkejut Ku Li tidak tetap pendirian

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, terkejut dengan perubahan pendirian bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak berbanding pendiriannya sebelum ini.

Beliau berkata, kenyataan Tengku Razaleigh pada Khamis lalu yang mendakwa Kerajaan Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukan wang ihsan adalah bertentangan kenyataan yang dibuat pada Oktober 2000, dan kenyataan terbarunya itu mengelirukan rakyat, terutama penduduk Kelantan.

Rais berkata demikian semalam, kepada apabila diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royaliti minyak yang dibuatnya semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baharu, Kelantan pada Khamis lalu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 31 Oktober 2000, media melaporkan Tengku Razaleigh berkata, daripada segi undang-undang, negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing.

Oleh itu, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Petronas pada tahun 1974 yang terbabit dalam perjanjian berhubung pemberian wang ihsan itu kepada kerajaan negeri terbabit, termasuk Terengganu dan Kelantan, berkata, pembayaran wang hasil minyak oleh Petronas kepada kerajaan negeri terbabit bukan diberi kerana ada dasar ianya hak negeri terbabit.

Kenyataan itu dibuat Tengku Razaleigh bagi mengulas pembayaran wang ihsan yang dipertikaikan oleh ahli Pas pada persidangan Dewan Rakyat.

Rais berkata, kenyataan Tengku Razaleigh pada tahun 2000 itu jelas nyata bahawa semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak di bawah Akta Petroleum 1974 dan apabila Ku Li ubah pendirian dua malam lalu, ini satu perkara yang sangat mengejutkan bagaimana beliau boleh sanggup tukar pendirian benarnya yang dilahirkannya akhir Oktober 2000 dengan semata-mata beliau berhadapan dengan ribuan orang.”

Kenyataan terbaru Tengku Razaleigh itu mengelirukan rakyat, terutama sekali di Kelantan yang harus diperbetulkan kedudukannya daripada segi undang-undang iaitu negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing, katanya.

“Bagi negeri yang memikirkan untuk membuat tuntutan ke atas royalti minyak seperti Kelantan, tidak berhak di bawah mana-mana Akta Petroleum kerana berada di kawasan antarabangsa yang Persekutuan berhak.

“Ini adalah kedudukan undang-undang antarabangsa dan juga undang-undang negara. Akta Petroleum berbeza dengan peruntukan Akta Pelantar Benua yang mana Sabah dan Sarawak tertakluk bawahnya,” katanya.

“Sekiranya hendak jadi orang tengah tidak menjadi masalah, tapi saya berharap beliau tidak kemukakan tuntutan dan pandangan bagi pihak Pas dan parti pembangkang kerana beliau masih Ketua UMNO Bahagian Gua Musang. Saya berharap rakyat faham keadaan sebenar,” katanya. - Bernama

jadi bg aku,maybe kuli rasa umno ni da terlampau teruk selepas era tun mahthir..walaupun masa tu ku li tak suka tun m,tp xdela sampai mcm skang ni..dari fakta yg diperkatakn kuli,maka jelaslah bahawa kelantan berhak mendapat royalti minyak..:) aku pun tak tau samada betol atau x ape yg rais ckp koz rais dakwa pada tahun 2000, ku li ckp lain (rujuk statement rais di atas)..tp kalo da ada akta,so guna la akta tu..kalo akta i.s.a utk kepentingan sendiri leh lak pakai ikut sesuka hati jek..ape cer?kpd pro umno or bn,kalo statement aku slh plis betolkan dgn fakta anda ye,..:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register