Royalti: Ku Li sedih amanah Tun Abdul Razak dilupakan

CG Sponsors




azriff

Permanently Banned - , Multiple Accounts Cytokines
Joined
Jul 31, 2008
Messages
4,789
Reaction score
473
Points
46
KUALA LUMPUR,5 Jan: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini sekali lagi mempertahankan tindakan beliau memberikan penerangan kepada rakyat mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

"Saya berasa gembira menghadiri majlis tersebut kerana saya berpeluang memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perjanjian Petronas pada 1974 dahulu", katanya.

Ku Li yang juga Bekas Menteri Kewangan juga berkata, beliau hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.

Ku Li pada 28 Januari lalu hadir memberikan penerangan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dianggotai 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang juga tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat untuk memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan berkata, rakyat kelantan berasa terhina dengan keputusan itu kerana mereka inginkan hak mereka dikembalikan.

"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk.

"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.

Selain itu, beliau mahu Petronas membuat perkara yang betul manakala Pengerusi Petronas yang baru dilantik juga diingatkan membuat perkara sama dalam tuntutan royalti ini.

"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"katanya.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kerajaan negeri untuk mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan hak royalti diberikan kepada rakyat negeri itu.

"Samaada Kerajaan negeri nak dakwa atau nak bawa ke mahkamah itu bukan bidang saya.Saya cuma nak menjelaskan perkara yang sebanar. Itu sahaja,"katanya.
Mengambil sesuatu yang bukan hak adalah sama macam mencuri dan zalim.. Hmm memang perangai UMNGOK ni suka makan harta orang lain.. Semoga berkat hidup dunia akhirat..:mad::mad:
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
dah dasar UMNO, memang keja nak lawan hukum Allah je...
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Tun Razak kalau masih hidup mesti malu dgn perbuatan anak dia menafikan hak kerajaan Kelantan seperti yg dikehendakinya.

Kerajaan BN zalim! Adakah anda mahu sokong kerajaan zalim? Jika anda sokong kerajaan zalim, maka anda zalim.
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Tun Abdul Razak dan Ku Li adalah diantara dua pemimpim yang paling aku kagumi dan paling aku hormati.

Tun Abdul Razak merangka dasar ekonomi dengan mengenepikan budaya kapitalis untuk membela ekonomi rakyat. Tapi semua itu berubah bila Mahathir mengambil-alih tampuk pemerintahan.

Dan memeritkan keadaan dipanjangkanlah oleh Pak Lah dan seterusnya Najib. Melayu? Hari-hari kita tengok dalam CG melayu kena tipu. Bangun jer tidor buka CG terus kena tipu :))
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,051
Reaction score
923
Points
121
hehehe tp tun razak ngan ku li semua 2 kelahiran dr UMNO gak kan yg dikatakan melanggar hukum Allah oleh saudara kuhik kita 2......
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
hehehe tp tun razak ngan ku li semua 2 kelahiran dr UMNO gak kan yg dikatakan melanggar hukum Allah oleh saudara kuhik kita 2......
itu cerita topik lain. Ini cerita royalti minyak Kelantan.
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
satu lagi suka bukak topik lepas tu hilang.... :))
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
hehehe tp tun razak ngan ku li semua 2 kelahiran dr UMNO gak kan yg dikatakan melanggar hukum Allah oleh saudara kuhik kita 2......
yup, so apa masalahnya?
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,045
Reaction score
137
Points
123
Tun Abdul Razak dan Ku Li adalah diantara dua pemimpim yang paling aku kagumi dan paling aku hormati.

Tun Abdul Razak merangka dasar ekonomi dengan mengenepikan budaya kapitalis untuk membela ekonomi rakyat. Tapi semua itu berubah bila Mahathir mengambil-alih tampuk pemerintahan.

Dan memeritkan keadaan dipanjangkanlah oleh Pak Lah dan seterusnya Najib. Melayu? Hari-hari kita tengok dalam CG melayu kena tipu. Bangun jer tidor buka CG terus kena tipu :))
betol tuh..rakyat terus ditipu dan mereka tetap menipu..sampai bila2..selagi BN/UMNOK memerintah..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register