Rossi sertai F1????

CG Sponsors




sarawak_lineup

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2008
Messages
5,217
Reaction score
107
Points
88


ROM - Juara dunia perlumbaan MotoGP, Valentino Rossi percaya dia mampu menjadi pemandu terhebat dalam perlumbaan Formula Satu (F1) suatu hari nanti.Keyakinan jaguh dari Itali itu disuarakan selepas dia mencatat masa yang mengagumkan pada sesi ujian bersama pasukan Ferrari kelmarin.

Rossi juga turut mengakui bahawa dia mungkin akan beralih arah untuk beraksi dalam perlumbaan kereta pada masa akan datang.
Sebelum ini, Rossi telah membuktikan kehebatannya dalam perlumbaan kereta apabila menduduki tempat kedua pada Kejuaraan Rali Undangan di Monza minggu lepas dengan hanya tewas kepada juara Le Mans sebanyak tiga kali, Rinaldo Capello.

Kelmarin, dia yang memandu jentera Ferrari F2008 melengkapkan sesi ujian pertama sebanyak 30 pusingan di Litar Mugello dengan catatan terbaik, satu minit dan 23.930 saat. Dia juga turut memperbaiki catatannya itu pada sesi ujian kedua dengan masa 1:22.5s sebelum sesi ujian dihentikan akibat cuaca buruk.
"Catatan masa yang saya lakukan ini akan dianalisis dan dengan kerja keras dan usaha yang tinggi, saya mampu menjadi pemandu F1 yang hebat," kata Rossi."Memang sukar untuk saya katakan sama ada saya mampu untuk menang atau tidak tetapi saya percaya saya tetap mempunyai peluang."

Dalam pada itu, Rossi juga turut memuji pemandu Ferrari, Felipe Massa yang menduduki tempat kedua keseluruhan musim ini dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang pemandu McLaren, Lewis Hamilton."Saya menonton perlumbaan F1 terakhir musim ini dan saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Massa," tambah Rossi."Saya juga kagum melihat kebangkitan dan perubahan dirinya (Massa) musim ini berbanding pada penampilan pertamanya bersama Ferrari. Dia telah menunjukkan peningkatan yang besar."Saya menyokong Ferrari dan saya bersimpati terhadap Massa tetapi saya rasa, Hamilton berhak untuk menjadi juara dunia. - AFP


memang jiwa pelumba mengalir dlm diri mamat ni..
hati kering beb
...#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post

hakimi88

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2007
Messages
335
Reaction score
0
Points
10
mamat nie sume bley bawak...

untung laa die dapat testing kete ferarri..
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
pergh.. juara dlm pembikinan la cenggini.. baru la lebih dramatik.. statistik gitu...aotomatik:)):eek:
 

shah08

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
2,625
Reaction score
5
Points
25
mmg kentang laa die nie...
berani...
 

polong

Active+ Member
Joined
May 22, 2008
Messages
3,818
Reaction score
17
Points
25
pasni no.46 kt keter ferari...:)paid
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
Korang x suka ferrari korang punya pasal ler,:p

but I do love ferrari,

Go kimi Go...:)paid:)paid

Go Massa go....:)paid:)paid
 
Sponsored Post
Top
Log in Register