BTC USD 64,924.7 Gold USD 2,326.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rosmah dahului senarai darjah kebesaran Sarawak

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUCHING: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendahului senarai 863 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin, hari ini.

Beliau antara penerima tunggal Darjah Utama Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Selain itu, empat penerima Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam.


Lima penerima Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk antaranya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof; Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Md Yahaya Basimin; Panglima Markas 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Awie Suboh; Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Datuk Dr Khairuddin Abd Hamid dan Menteri Muda Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Abang Rauf Abang Zen.


Sementara itu, tujuh individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Chaiti Bolhassan; Setiausaha Tetap Kementerian Permodenan Pertanian, Datuk Dr Ngenang anak Janggu; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak, Datuk Ik Pahon anak Joyik.


Pengarah Bahagian Belanjawan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Junaidi Reduan dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Datuk Mustapa Han; Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES), Datuk Dr Sulaiman Husaini dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Andrew Kiyu Dawie anak Usop.


Turut menerima gelaran Datuk menerusi darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) Datin Lee Soon Ngo @ Lee Gek Hong; Temenggong James Jimbun anak Pungga; Mior Ahmad Baiti Mir Lub Ahmad; Wee Hong Seng, Liew Chin Joon dan Teo Tieng Hiong.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register