BTC USD 49,457.9 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RoS setuju UMNO tangguh pemilihan sebelum 29 Disember 2022-m/s 28

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,293
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,293
Reaction score
15,432
Points
1,906

The Ahmad Maslan

2m ·

*UMNO & ROS*
(Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia)

Pada lewat petang 30 Ogos 2021, saya telah menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) / Ketua Pengarah Tn Hj Jasri Kasim, rujukan surat PPM/WKL 251/88 JLD. 11 (1).

Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam UMNO berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara TERATUR.

Oleh itu, pemilihan jawatan UMNO untuk MKT, bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada ROS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

Walaupun begitu, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran 1/4 korum masih perlu diadakan pada tarikh dalam 2021 ini. Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih diucapkan kepada Presiden, Timbalan, Naib-naib Presiden, Ahli MKT kerana memberi panduan dan juga kepimpinan UMNO serta ahli yang sabar dan tabah melalui episod yang berlaku.

Terima kasih kepada KP ROS / Pendaftar Pertubuhan dan pegawainya yang telah memberikan kerjasama baik di sepanjang semakan dan pertemuan kami.

Salam perjuangan.
Salam MERDEKA 31 Ogos.
(Ahmad bin Maslan)
*Setiausaha Agung UMNO*
30 Ogos 2021, 9 malam.
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,649
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,649
Reaction score
2,747
Points
201
Bkn buat uturn, penjawat awam memang terikat ngn sapa perintah....senang ceta nie umno yg perintah, gila ka nk haramkn umno, pm pun dr umno...semua benda boleh atur bah...dr xboleh jd boleh....sebab kuasa kan...tu org gila nk ada kuasa
 

eizzbizz

Super Active Member
Messages
9,586
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,586
Reaction score
959
Points
126
zahid & MKT hanya caretaker je kan ..tak bole buat keputusan ... atau pun bole ???

dan kes mahkamah zahid dah abis masa ni kan.... ??
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,293
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,293
Reaction score
15,432
Points
1,906
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan keputusan yang menyatakan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan parti sebagai tidak sah.
https://www.utusan.com.my/.../isu-mt-umno-tangguh.../

Isu MT UMNO tangguh pemilihan sudah boleh dianggap selesai​

SHAHRIR-SAMAD-1.jpg


SHAHRIR SAMAD

  • 31 Ogos 2021, 3:12 pm


JOHOR BAHRU: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan isu Majlis Tertinggi (MT) UMNO menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan sama ada sah atau tidak, sudah boleh dianggap sebagai selesai.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata, soal penangguhan pemilihan itu sebelum ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, keputusan kedua-dua pihak itu telah dimaklumkan kepada semua ahli MT dan diminta memberikan pendirian tentang penangguhan pemilihan tersebut.

“Ada ahli MT yang berhujah pendirian yang dipungut secara pekeliling tidak sama keabsahannya dengan melalui mesyuarat yang formal, mahupun secara maya ataupun bersemuka.

“Sebenarnya, pungutan suara itu terhadap perkara berbangkit dalam mesyuarat terdahulu perlu dirujuk dahulu kepada MKN dan Kementerian Kesihatan.

“Seramai 52 bersetuju, dua menolak dan dua tidak menjawab kepada pungutan suara melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan keputusan yang menyatakan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan parti sebagai tidak sah.

Beliau berkata, keputusan itu dinyatakan melalui sepucuk surat daripada Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim yang diterima Isnin lalu dimana perkembangan itu dicapai setelah beliau dan peguam UMNO menyerahkan dokumen dan pernyataan tambahan kepada ROS pada 9, 11 dan 18 Ogos serta penjelasan oleh sebilangan ahli MT UMNO pada 24 Ogos lalu.

Sementara itu, Shahrir turut membangkitkan persoalan sama ada keputusan terhadap suatu perkara berbangkit boleh dibuat secara pekeliling atau harus diputuskan secara bermesyuarat.

“Seminggu sebelum RoS menghantar surat kepada Ahmad untuk memohon penjelasan, seorang ahli MT teruja dengan kemungkinan MT UMNO bakal digantung dan parti itu tidak boleh menangguhkan pemilihan parti.

“Jika arahan RoS sebelum ini dirujuk MKN dan Kementerian Kesihatan, pemilihan itu yang akan melibatkan ratusan ribu ahli di seluruh satu negara akan ditangguhkan sehingga keadaan mengizinkan.

“(Begitu juga) sudah pun tertangguh beribu mesyuarat agung koperasi atas arahan Suruhanjaya Koperasi. Ini sebagai satu contoh. Akhirnya, tidak ada apa-apa muslihat pun sebalik keputusan MT UMNO menangguhkan pemilihan parti.

“Mungkin muslihat yang dirancang adalah supaya MT UMNO diletakkan sebagai ‘caretaker’ untuk memuktamadkan persoalan ‘parti menguasai kerajaan’ atau ‘kerajaan menguasai parti’,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,293
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,293
Reaction score
15,432
Points
1,906
zahid & MKT hanya caretaker je kan ..tak bole buat keputusan ... atau pun bole ???

dan kes mahkamah zahid dah abis masa ni kan.... ??
aah tn eizz, masih caretaker, belum boleh buat keputusan yg besar dan major

kes zahid yg yayasan tu rasanya keputusan keluar tahun ni, tapi kita tahu dia akan merayu

dan satu lagi kes dia yg visa tu baru nak diperingkat bicara
 

eizzbizz

Super Active Member
Messages
9,586
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,586
Reaction score
959
Points
126
aah tn eizz, masih caretaker, belum boleh buat keputusan yg besar dan major

kes zahid yg yayasan tu rasanya keputusan keluar tahun ni, tapi kita tahu dia akan merayu

dan satu lagi kes dia yg visa tu baru nak diperingkat bicara
kenapa org² VIP ..bole duduk luar masa rayuan..?
bkn ke kalo dpti bsalah kena masok penjara..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,293
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,293
Reaction score
15,432
Points
1,906
kenapa org² VIP ..bole duduk luar masa rayuan..?
bkn ke kalo dpti bsalah kena masok penjara..

tn eizz, gini, masa Mahkamah jatuhkan hukuman pada tertuduh,
jadi peguam tertuduh/tertuduh selepas tu mohon dari Mahkamah utk buat rayuan
dan peguam tertuduh/tertuduh mohon penangguhan terhadap pelaksanaan hukuman sementara bicara rayuan dibuat di mahkamah (2nd layer)
maksudnya, alang alang mohon dari Mahkamah utk buat rayuan, jadi mohon la sekali agar tertuduh tak menjalani hukuman sehinggalah bicara rayuan dibuat
klu difikirkan pun mmg lojik jika hukuman ditangguhkan dulu sehinggalah bicara rayuan dibuat. terutduh tak perlu menjalani hukuman terlebih dahulu sehinggalah bicara rayuan dibuat

rasionalnya adalah seperti berikut:
misalnya klu bicara rayuan dibuat, kemudian Mahkamah diperingkat rayuan dapati bahawa tertuduh tak bersalah, jadi takde lah perlu tertuduh manjalani hukuman kan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,293
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,293
Reaction score
15,432
Points
1,906

The Ahmad Maslan

2j ·

*KENYATAAN MEDIA*

Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO pada 29 September 2021 antara lain mengambil beberapa ketentuan berikut:-

1. Tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021 adalah seperti berikut:-
i) Persidangan UMNO Cawangan
15 Oktober – 30 November 2021

ii) Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian – Diadakan Serentak Seluruh Negara
11 Disember dan 12 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)

iii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian –
Diadakan Serentak Seluruh Negara
18 Disember 2021 (Sabtu)

iv) Perhimpunan Agung UMNO 2021
13 -15 Januari 2022 (Khamis – Sabtu)

2. Semua mesyuarat tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah bersetuju mengenai penangguhan Pemilihan Parti UMNO sehingga 29 Disember 2022. Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing. Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minima ¼ daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada ¼ asalkan mengikut SOP yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing.

3. Sempena Sambutan Jubli Intan 75 Tahun UMNO, akan diadakan Majlis Anugerah Tokoh UMNO Negeri-Negeri seperti nama-nama tokoh yang disenaraikan ini:-
BIL NEGERI TOKOH
i. PERLIS - YBHG DATO’ SERI DR MD ISA BIN SABU
ii. KEDAH - YBHG DATO’ SERI AMAR TAN SRI DATUK SERI (DIRAJA) HAJI OSMAN BIN AROFF
iii. KELANTAN - YBHG TAN SRI DATO’ HAJI HUSSEIN BIN AHMAD
iv. TERENGGANU - YBHG DATO’ HAJI MOHD SALLEH BIN ISMAIL
v. PULAU PINANG - YBHG TAN SRI DATUK SERI DR IBRAHIM BIN SAAD
vi. PERAK - YBHG ORANG KAYA-KAYA SERI AGAR DIRAJA TAN SRI DATO’ SERI RAMLI BIN NGAH TALIB
vii. PAHANG - YH TAN SRI DATO’ SRI SABARUDDIN CHIK
viii. SELANGOR - YBHG TAN SRI DATO’ SRI ONN BIN ISMAIL
ix. WILAYAH PERSEKUTUAN - YBHG DATUK FARIDAH BINTI ABU HASSAN
x. NEGERI SEMBILAN - YBHG TAN SRI DATO’ ABU ZAHAR BIN DATO’ NIKA UJANG
xi. MELAKA - ALLAHYARHAM DATUK SERI ABU ZAHAR BIN HAJI ITHNIN
xii. JOHOR - ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK HAJI MOHAMAD
BIN HAJI AZIZ
xiii. SABAH - YBHG TAN SRI HAJI AMPONG PUYON

4. Majlis Kerja Tertinggi UMNO komited mendokong kerajaan yang ada di bawah Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Ismail Sabri dengan mengharapkan agar Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta inisiatif membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat keseluruhan rakyat. MKT UMNO juga berharap agar krisis kesihatan dan krisis ekonomi dapat diselesaikan seberapa segera agar rakyat dapat hidup dalam suasana Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.

*Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan*
Setiausaha Agung UMNO Malaysia
30 September 2021
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,293
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,293
Reaction score
15,432
Points
1,906

PAU2021 bersidang 13 Januari 2022​


1 October 2021

MGF28032021_PAU-UMNO16.jpg


Persidangan PAU2021 boleh diadakan secara bersemuka atau maya, tertakluk kepada situasi Covid-19.


KUALA LUMPUR – Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam kelmarin menetapkan 13 Januari 2022 untuk Perhimpunan Agung parti itu (PAU 2021) bersidang.

PAU 2021 ditetapkan bersidang selama tiga hari sehingga 15 Januari 2022, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.


Beliau berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada malam itu turut menetapkan tarikh persidangan peringkat cawangan pada 15 Oktober hingga 30 November ini.

Manakala Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian bermula 11 dan 12 Disember ini dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Disember.

“Tiada pemilihan jawatan diadakan pada semua mesyuarat kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah bersetuju mengenai penangguhan pemilihan parti sehingga 29 Disember 2022.


“Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi Covid-19 di kawasan masing-masing dengan kehadiran minimum satu per empat daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada satu per empat asalkan mengikut SOP dibenarkan,” katanya. – MalaysiaGazette


 
Sponsored Post
Top
Log in Register