BTC USD 52,636.6 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RoS setuju UMNO tangguh pemilihan sebelum 29 Disember 2022-m/s 28

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,268
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,268
Reaction score
15,432
Points
1,906

MKT tangguh keputusan pemilihan Umno 18 bulan tidak sah, kata JPPM​


August 6, 2021 3:57 PM

Bendera-Umno-Flag-Bernama-290521.jpg


PETALING JAYA: Keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno 7 Julai lalu untuk untuk menangguhkan pemilihan MKT, bahagian dan cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Memetik laporan The Star, JPPM berkata tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018-2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 
Sahkan ia dilakukan secara teratur #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../ros-setuju-umno-tangguh.../

RoS setuju UMNO tangguh pemilihan sebelum 29 Disember 2022​



30 August 2021

1630332761122.png


KUALA LUMPUR – UMNO telah menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mengesahkan keputusan penangguhan pemilihan parti itu untuk penggal 2021/2023 dibuat secara teratur.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilihan jawatan UMNO untuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

“Pada lewat petang hari ini, saya telah menerima surat daripada RoS, Ketua Pengarah Jasri Kasim, rujukan surat PPM/WKL 251/88 JLD. 11 (1).

“Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam UMNO berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Ahmad, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran 1/4 korum masih perlu diadakan pada tahun ini dan tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.


Justeru beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersabar dalam hal tersebut termasuklah RoS yang memberikan kerjasama kepada UMNO.

“Terima kasih diucapkan kepada presiden, timbalan, naib-naib presiden, ahli MKT kerana memberi panduan dan juga kepimpinan UMNO serta ahli yang sabar dan tabah melalui episod yang berlaku.

“Terima kasih kepada KP RoS dan pegawainya yang telah memberikan kerjasama baik di sepanjang semakan dan pertemuan kami,” katanya.- MalaysiaGazette


JPPM menyangkal khabar angin bahawa pendaftaran Umno boleh dibatalkan dengan mudah kerana ia masih diterajui pengerusi tetap dalam tempoh fungsi kepimpinan MKT ketika ini.

MKT Umno hanya ‘caretaker’ sehingga pemilihan parti dibuat, kata JPPM​


August 10, 2021 9:45 AM

Umno-flag-bendera-umno-fmt-100520-1-1.jpg


Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (JPPM) berkata pihaknya akan meneliti dengan terperinci surat penjelasan yang diterima daripada Umno semalam kerana parti itu ada mengemukakan maklumat baharu.



PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno diketuai Presiden Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021 dijalankan, kata Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (JPPM).
Ketua Pengarah JPPM Jasri Kasim berkata, dalam situasi itu, pihaknya menyangkal khabar angin bahawa pendaftaran parti itu boleh dibatalkan dengan mudah kerana ia masih diterajui pengerusi tetap dalam tempoh fungsi kepimpinan MKT ketika ini.

“Pada masa ini (kepimpinan Umno) seperti ‘caretaker’ sahaja, hanya boleh buat pengurusan ‘administrative’ atau pentadbiran biasa parti.
“Dari segi pelaksanaan keputusan dasar kena bawa ke perhimpunan agung dahulu kerana dia lebih kepada ‘caretaker’ sahaja,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.



Jasri berkata, JPPM sudah menerima surat penjelasan daripada Umno semalam berhubung keputusan penangguhan pemilihan 18 bulan yang mana pihaknya berpandangan sebelum ini sebagai tidak sah memandangkan keputusan penangguhan itu dibuat selepas tamat tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 pada 30 Jun lalu.

Jelas beliau, pihaknya akan meneliti dengan terperinci surat penjelasan yang diterima terlebih dahulu kerana Umno ada mengemukakan maklumat baharu.

Bagaimanapun, katanya, segala intipati surat penjelasan itu tidak boleh didedahkan, namun memaklumkan akan menilai satu persatu penjelasan berkenaan.

“Saya sudah bercakap perkara ini kepada Umno bahawa isu ini ‘straight forward’ sahaja, kita dah dengar penjelasan mereka dan akan teliti satu persatu.

“Mereka juga tidak mengemukakan lagi cadangan tarikh baharu pemilihan parti dan Mesyuarat Agung Umno 2021 yang akan diadakan,” katanya.

JPPM pada Ahad lalu menyarankan Umno mengadakan pemilihan parti selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini dan pelaksanaan pemilihan hanya dibenarkan untuk ditangguhkan sebelum 31 Dis, dengan parti tersebut perlu mengemukakan permohonan penangguhan kepada JPPM dalam tempoh terdekat.

Perkara sama juga perlu dipatuhi pertubuhan lain, bukan hanya melibatkan pertubuhan politik yang belum mengadakan pemilihan atau mesyuarat agung sejak tahun lalu.

Berikutan itu, Umno menyangkal dakwaan JPPM itu kerana percaya tiada sebarang kekhilafan berhubung keputusan penangguhan berkenaan dan pihaknya menerima surat daripada Ketua Pengarah JPPM bertarikh 19 Julai lalu yang menyatakan pihaknya tiada halangan berhubung penangguhan pemilihan mengikut Perlembagaan Umno Perkara 10.16.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam satu sidang media maya menjelaskan mesyuarat MKT pada 7 Julai mengabsahkan keputusan mesyuarat pada 18 Jun untuk menangguhkan pemilihan, malah Ketua Pengarah JPPM kemudian dalam satu surat pada 19 Julai pula menyebut pihaknya tiada halangan tentang penangguhan pemilihan mengikut Perlembagaan Umno Perkara 10.16.

Selain itu, Umno telah menghantar surat kepada JPPM pada 30 Julai berhubung minit mesyuarat MKT bertarikh 7 Julai lalu yang mengesahkan keputusan resolusi edaran pekeliling 18 Jun.

Pada 29 Jun lalu, Umno menangguhkan pemilihannya di semua peringkat Cawangan, Bahagian dan peringkat tertinggi parti selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu setelah menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan serta Ketua Pengarah JPPM.


Terdahulu, RoS memaklumkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan MT, Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah kerana berpandangan, ketetapan itu adalah kerana tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.
https://www.utusan.com.my/.../tiada-sebarang-kekhilafan.../

Tiada sebarang kekhilafan penangguhan pemilihan UMNO​

Ahmad-Maslan-newa.jpg


AHMAD MASLAN

  • 6 Ogos 2021, 6:41 pm


PETALING JAYA: UMNO telah merujuk keputusan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kepada peguam parti dan kemudian menyatakan tiada sebarang kekhilafan dibuat mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sehubungan itu UMNO akan memberikan surat jawapan kepada Ketua Pengarah RoS pada Isnin ini.

Menurut beliau, Surat RoS bertarikh 19 Julai lalu telah menyebut tiada halangan tentang penangguhan pemilihan mengikut Perlembagaan UMNO Perkara 10.16.

“Malah surat Setiausaha UMNO dihantar kemudian kepada Ketua Pengarah RoS tentang minit mesyuarat Majlis Tertinggi pada 7 Julai yang mengabsahkan keputusan resolusi edaran pekeliling 18 Jun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, RoS memaklumkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan MT, Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah kerana berpandangan, ketetapan itu adalah kerana tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

Pada 29 Jun lalu, UMNO menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu setelah menemui menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan serta Ketua Pengarah ROS.


Sponsored Post

guri2demon

Active Member
Messages
2,202
Joined
Mar 17, 2010
Messages
2,202
Reaction score
673
Points
81
Aha!
Plot baru..
Adakah umno akan diharamkan sekali lagi.
Adakah akan wujud umno 3.0.

Berita lanjut menyusul..
 

jaws_am

Legendary Member
Messages
17,768
Joined
May 29, 2008
Messages
17,768
Reaction score
7,150
Points
321
Abah buat keje diam2 kan..
K next..
 

logammaut

Legendary Member
Messages
11,144
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,144
Reaction score
1,246
Points
201
Aaaaaaaasudahhhhh........ Tak tido lena pok jahid mlm ni
 

akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,893
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,893
Reaction score
3,018
Points
206

MKT tangguh keputusan pemilihan Umno 18 bulan tidak sah, kata JPPM​


August 6, 2021 3:57 PM

Bendera-Umno-Flag-Bernama-290521.jpg


PETALING JAYA: Keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno 7 Julai lalu untuk untuk menangguhkan pemilihan MKT, bahagian dan cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Memetik laporan The Star, JPPM berkata tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018-2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Umno dah postpone brape kali
3 kali dah weh
Xsilap kene buat setiap tahun
 

apoeki

Super Active Member
Messages
7,607
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,607
Reaction score
792
Points
121
ini yg ditunggu oleh rakyat. kemon PN
 

silasroon

Active+ Member
Messages
4,427
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,427
Reaction score
1,752
Points
111
Demokrasi adalah alat percaturan kuasa. Hak mentadbir pulak diberi kepada ahlinya.

Tak perlu hairan kenapa ROS masuk.

Yang pelik adalah Peja jadi Penasihat PM. Hehehehe
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,268
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,268
Reaction score
15,432
Points
1,906
Demokrasi adalah alat percaturan kuasa. Hak mentadbir pulak diberi kepada ahlinya.

Tak perlu hairan kenapa ROS masuk.

Yang pelik adalah Peja jadi Penasihat PM. Hehehehe
aah saya setuju yg part peja tu :D
 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,316
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,316
Reaction score
2,816
Points
201
Marah najib pasal hal ning.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register