BTC USD 95,014.9 Gold USD 3,338.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ronnie Liu dan Parti Komunis Malaya (PKM)

abg_x

Banned
Messages
3,280
Joined
Aug 17, 2008
Messages
3,280
Reaction score
6
Points
25
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata beliau tidak pernah terlibat dalam membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ini seperti didakwa oleh sebuah blog, unspinners.blogspot.com.

Ketika ditemui di luar sidang dewan undangan negeri di Shah Alam hari ini Liu berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan atau menyalurkan sebarang bantuan kepada PKM sama ada tenaga, makanan atau ubat-ubatan seperti didakwa laman blog itu.

Tegasnya, dakwaan laman blog itu adalah fitnah dan tidak berasas yang bertujuan menjatuhkan imejnya selaku wakil rakyat pakatan pembangkang di Pandamaran, Selangor.

Selain menafikan penyaluran bantuan kepada PKM, Liu juga turut menolak dakwaan beliau pernah bertemu dengan bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng di sempadan Thailand seperti yang didakwa.

Beliau berkata:"Saya tak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti PKM. Saya ingat ini satu tuduhan terhadap saya yang mempunyai motif tertentu.

"Saya tidak pelik dengan dakwaan ini kerana sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan yang mengaitkan saya dengan perkara tidak baik seperti 'mengarahkan mendiang Teoh Beng Hock dibunuh' serta mempunyai hubungan dengan kongsi gelap," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai dakwaan dalam blog itu, Liu berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggjawab mengendalikannya.
 
Sponsored Post

Aku paste latest development tentang "komunis" ni....

Hu Jintao, Presiden China Komunis dan Ketua Parti Komunis Negeri China, akan melawat Malaysia pada hari ini dan akan menjadi tetamu Negara.

Bukan sahaja Malaysia mengalu-alukan Tetamu Komunis itu bahkan badan-badan Korporat turut mengalu-alukan beliau. Semuka penuh didalam The Star hari ini menempatkan iklan mengalu-alukan Hu Jintao dari Sime Darby.


Sime Darby adalah sebuah syarikat korporat pertanian milik Kerajaan Malaysia. Diceriterakan bahawa saham-saham Sime Darby akan bertukar tangan.

Pada tahun-tahun empat puluhan dulu usahkan pemimpin-pemimpin Komunis nak pijak kaki ke bumi Malaya, Sabah dan Sarawak; sebut "komunis" pun tak boleh. Mereka itu dikenali sebagai pengganas, dan oleh kerana begitu benci pendokong-pendokong Perikatan dan kini Barisan Nasional, mereka sanggup mengubah Sejarah Negara, iaitu menggolongkan perjuangan menentang Komunis sebagai perjuangan menentang Penjajah.


BN BUAT APA PON TAK PE. SAY FO0L JUMPA NAJIB TAK PE, LEE KUAN YEW JUMPA ROSMAH TAK PE, SETAKAT JUMPA KOMUNIS APA LAH SANGAT.....
 
Last edited:
Ronnie Liu nafi dakwaan bantu PKM
Nov 9, 09 6:34pm

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata beliau tidak pernah terlibat dalam membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ini seperti didakwa oleh sebuah blog, unspinners.blogspot.com.

Ketika ditemui di luar sidang dewan undangan negeri di Shah Alam hari ini Liu berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan atau menyalurkan sebarang bantuan kepada PKM sama ada tenaga, makanan atau ubat-ubatan seperti didakwa laman blog itu.

Tegasnya, dakwaan laman blog itu adalah fitnah dan tidak berasas yang bertujuan menjatuhkan imejnya selaku wakil rakyat pakatan pembangkang di Pandamaran, Selangor.

Selain menafikan penyaluran bantuan kepada PKM, Liu juga turut menolak dakwaan beliau pernah bertemu dengan bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng di sempadan Thailand seperti yang didakwa.

Beliau berkata:"Saya tak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti PKM. Saya ingat ini satu tuduhan terhadap saya yang mempunyai motif tertentu.

"Saya tidak pelik dengan dakwaan ini kerana sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan yang mengaitkan saya dengan perkara tidak baik seperti 'mengarahkan mendiang Teoh Beng Hock dibunuh' serta mempunyai hubungan dengan kongsi gelap," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai dakwaan dalam blog itu, Liu berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggjawab mengendalikannya.
- Bernama
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register