BTC USD 47,868.0 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Rondaan helikopter patahkan cubaan seludup daun ketum

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,311
Reaction score
397
Points
91
FB_IMG_1627452997088.jpg
FB_IMG_1627452999230.jpg
FB_IMG_1627453001446.jpg
FB_IMG_1627453003576.jpg
FB_IMG_1627453005609.jpg

Rondaan helikopter patahkan cubaan seludup daun ketum

BUKIT KAYU HITAM – Rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) menggunakan helikopter di sempadan darat Malaysia-Thailand di negeri ini dan Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara jiran dekat Padang Besar, Perlis pada semalam.

Tinjauan udara Ops Benteng Covid menggunakan helikopter AW139 itu mengesan beberapa objek berwarna putih di tepi kawasan berbukit yang merupakan lorong tikus kegiatan penyeludupan di Felcra Lubuk Sireh kira-kira pukul 3.30 petang.

Rondaan tersebut diketuai Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Perak, Superintendan Azhar Hashim bersama juruterbang helikopter PGU Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pangkalan Semenanjung, Superintendan Muhamad Jefri Jaafar.

Menurut Azhar, pihaknya kemudian mengarahkan sepasukan anggota tindak cepat PGA untuk mengesan dan menggeledah kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak lima guni putih mengandungi 150 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM4,500 yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.

“Lokasi penemuan daun ketum terletak berhampiran jalan keselamatan negara iaitu hanya kira-kira 15 meter dari tembok sempadan Malaysia-Thailand,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

▶️KOSMO ONLINE

Tahniah PGA dan PDRM
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
Hanya di Malaysia kot benda nie berlaku, lawak antarabangsa.....yg pokoknya bersepah di tanam siap buat ladang lg.....pastu bila ada hasil nak jual di tangkap.....undang2 pak kadok kot....klau xboleh tebang la pokok tu, klau boleh bg la lesen dpt jgk jana pendapatan
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,355
Reaction score
21,611
Points
1,671
Rm30 sekilo je ke tu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,764
Reaction score
852
Points
121
Nak halang seludup ketum je kot, macam tak berbaloi.
Baik lah guna helikopter tu buat pantau orang ceroboh hutan simpan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register