Rompak,Bunuh dan liwat...

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
78
Points
120
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Thailand yang mati dibunuh semalam bukan saja ditinggalkan berbogel di kebun sayur malahan turut diliwat oleh empat lelaki yang sebelum ini menyamunnya di Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh.

Mangsa ditemui di dalam keadaan nazak dengan kecederaan parah di kepala, leher dan dadanya akibat dikelar dan ditikam menggunakan parang oleh penjenayah tidak berperikemanusiaan itu sebelum meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Mohd Shukor Sulong berkata hasil bedah siasat, mangsa Mohd Kamil Karim, 23, atau dikenali sebagai Sollah didapati diliwat sebelum dibunuh.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kami sedang memburu kesemua penjenayah berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, mangsa yang berasal dari Pattani, selatan Thailand bersama rakannya Asri Kutue, 32, sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dari sebuah restoran ’tomyam’ tempat mereka bekerja kira-kira pukul 2.45 pagi apabila disamun empat lelaki bersenjatakan parang.

Keempat-empat lelaki yang menunggang dua motosikal itu merampas telefon bimbit mereka ketika sedang berjalan di Lorong 6, Fasa 1 taman berkenaan.

Kedua-dua mangsa dipaksa menaiki motosikal bersama suspek sebelum Asri terjun dari motosikal dan melarikan diri.

Sollah yang tidak sempat melarikan diri ditemui dalam keadaan tragis dan berlumuran darah di tepi semak dekat sebuah kebun sayur tersebut. - Bernama

Bharian...

berhati-hati...mcm2 skang ni...#:-S#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
78
Points
120
betul ke aku parking ni?? :-?
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Kesiannya... apa nak jadi dengan manusia sekarang nie yer?
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
92
Points
120
aduh... aku ingat kes jenayah ke atas wanita tadi....
 

gihaz

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,468
Reaction score
71
Points
30
apsal sampai bleh liwat tuu.. gay kut perompak tuu..
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
ha?
laki pun dah x selamat?????:eek::eek:
 

klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
gila punye perompak.. kalu nk rompak.. rompak je lah.. tkyah lah bunuh.. kesian yang jadi mangsa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register